Friday, April 17, 2015

Pendamping Terbaik


Daripada Abu Hurairah RA, daripada Rasulullah SAW bersabda;
' Orang yang hafal Al-Quran pada hari kiamat nanti akan datang dan Al-Quran akan berkata; "Wahai Tuhan, pakaikanlah dia dengan pakaian yang baik lagi baru." Maka orang tersebut diberi mahkota kehormatan. Al-Quran berkata lagi; "Wahai Tuhan tambahkanlah pakaiannya." Maka orang itu diberi pakaian kehormatannya." Al-Quran lalu berkata lagi; "Wahai Tuhan, redhailah dia." Maka kepadanya dikatakan; "Bacalah dan naiklah." Dan untuk setiap ayat, dia diberi tambahan satu kebajikan. '



Daripada Buraidah Al-Aslami RA, dia berkata bahawasanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda; 
' Pada hari kiamat nanti, Al-Quran akan menemui penghafalnya ketika dia itu keluar dari kuburnya. Al-Quran akan wujud dalam bentuk seseorang dan bertanya kepada penghafalnya; "Apakah engkau mengenalku?" Penghafal tadi menjawab; "Saya tidak mengenal kamu." Al-Quran berkata; "Saya adalah kawanmu, Al-Quran yang membuatmu kehausan di tengah hari yang panas dan membuatmu tidak tidur pada malam hari. Sesungguhnya setiap pedagang akan mendapat keuntungan selepas dari dagangannya dan kamu pada hari ini telah selesai semua dagangan." Maka penghafal Al-Quran tadi diberi kekuasaan di tangan kanannya dan diberi kekekalan di tangan kirinya, serta di atas kepalanya dipasang mahkota perkasa. Sedang kedua orang tuanya diberi dua pakaian baru lagi bagus yang harganya tidak dapat dibayar oleh penghuni dunia keseluruhannya. Kedua orang tua itu bertanya; "Kenapa kami diberi pakaian begini?" Kemudian dijawab; "Kerana anakmu hafal Al-Quran." Kemudian penghafal Al-Quran tadi diperintahkan; "Bacalah dan naiklah ke tingkat-tingkat syurga dan kamar-kamarnya." Maka dia pun terus naik selagi dia tetap membaca, baik bacaan itu cepat atau perlahan (tartil). '



Sabda Rasulullah SAW daripada Anas RA, dia berkata bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud;
' Sesungguhnya Allah itu mempunyai keluarga yang terdiri daripada manusia. Kemudian Anas berkata lagi, lalu bertanya; "Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?" Baginda menjawab; "Iaitu ahli Quran (orang yang membaca atau menghafal Al-Quran dan mengamalkan isinya). Mereka adalah keluarga Allah dan orang-orang yang istimewa bagi Allah. ' 



Daripada Abdullah Bin Mas'ud RA, daripada Rasulullah SAW bersabda;
' Bacalah Al-Quran kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang hafal Al-Quran. Sesungguhnya Al-Quran ini adalah hidangan Allah, sesiapa yang memasukkannya, dia akan aman. Dan barangsiapa yang mencintai Al-Quran maka hendaklah dia bergembira. ' 



Daripada Ali bin Abu Talib, dia berkata;
' Barangsiapa membaca Al-Quran dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberinya hak syafaat untuk sepuluh anggota keluarganya di mana mereka semua telah ditetapkan untuk masuk neraka. '  



Secara jujur dari hati, since lepas balik dari Umrah hari itu, aku cuba untuk membaca Al-Quran dengan lebih kerap dari kebiasaan serta memahami kandungan isinya serta cuba semampu yang boleh untuk beramal dengannya. Dan Subhanallah, aku rasa jatuh kasih pada Al-Quran. Rasa sayang sangat dan rasa terlalu cinta. Rasa macam tak mahu berenggang dengan ayat-ayat Al-Quran. Bila ABC, aku bagaikan orang yang sedang angau, terlalu rindu untuk melafazkan kalam-kalam suci dari Allah SWT itu. Walaupun bisa untuk mendengar kalam suci itu melalui mp3, tapi kerinduan untuk menyentuh dan membacanya menusuk-nusuk ke dalam tangkai jantung ini. Serba tak kena jadinya diri ini apabila seharian tidak membaca Al-Quran. 



Alhamdulillah. Terima Kasih Ya Allah. Aku percaya, ini semua adalah kerana kekuasaan-Mu Ya Allah. Tanpa kuasa-Mu, adalah tidak mungkin aku dapat berperasaan sebegini. Sesungguhnya hanya Engkaulah yang berkuasa membolak-balikkan hati ini. Terima Kasih Ya Allah. Kerana telah memberikan aku peluang untuk menghayati nikmat Islam yang sebenar. Tidak akan aku sia-siakan ia Ya Allah. Alangkah indahnya jika aku mampu untuk menghafal keseluruhan isi kandungan Al-Quran. Subhanallah. Jujur aku cemburu sekali dengan mereka-meraka yang lengkap sempurna hafalan Al-Quran di dada. Betapa beruntungnya mereka. Aku juga ingin termasuk dalam golongan mereka yang beruntung itu. Sempatkah aku? 




Indeed. I felt the same way too. Kadang-kadang bila sudah habis mengaji, rasa refresh sangat, rasa macam taknak lepas Al-Quran tu dari pelukan sambil tersenyum panjang :) Sungguh indah perasaan itu, Subhanallah.



Very-very true indeed. And my most favourite surah is Ar-Rahman. Sebab Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Diri ini terlalu kurang bersyukur dengan nikmat Allah, jadi perlu selalu diingatkan melalui surah ini. Each time rasa macam nak give up, surah Ar-Rahman ini akan jadi wake-up call for me :)



Moga impianku untuk menghafal dan mengamalkan seluruh isi kandungan Al-Quran dapat tercapai sebelum mata ini tertutup buat selama-lamanya. Amin. 



No comments:

Post a Comment