Thursday, August 6, 2015

24 tahun & 2 bulan setengah

si pendek


Aku punya prinsip, iaitu, selagi mana Mama masih perlu berleter atas kelakuan aku yang tidak kena dia matanya, selagi itulah aku masih belum cukup layak untuk bergelar seorang isteri apatah lagi seorang ibu. Mungkin orang akan kata, "Oh kemon, nak capai tahap PERFECTION memang sampai ke tua lah kau takkan kahwin." Tapi aku punya cita-cita, untuk kelihatan hampir sempurna di kedua mata insan yang berhempas pulas melahirkan dan membesarkan aku. Sebelum tanggungjawab mereka dilepaskan ke bahu seseorang yang ditugaskan untuk membimbing aku. Salah ke? 


Rasa lucu pula, mengenangkan Abah yang mengeluh kerana semakin lama rumah semakin terasa kosong apabila anak-anak sudah mula bina hidup dan keluarga sendiri, tetapi dah mula bagi hint supaya aku mula bersedia kerana selepas turn Ami turn aku pula. Dan setiap kali hal sebegini diutarakan, aku dengan tangkas men-suggest-kan adik yang nampaknya sudah bersedia serba-serbi, dari segi kestabilan ekonomi mahupun kestabilan hubungan itu sendiri. Apa salahnya kalau langkah bendul dulu kan? 


Aku? Entahlah. Banyak lagi cita-cita yang belum tercapai. Biarlah masa saja yang menentukan segalanya. Yang penting segalanya aku serahkan pada Dia yang Maha Mengetahui & Sebaik-baik Pengatur. 



No comments:

Post a Comment