Friday, March 1, 2013

Sirah Itu Seronok!



Salam





Sebenarnya aku dah lama sangat-sangat mencari novel tentang sirah Srikandi Islam - Rabiatul Adawiyah ni. Ramai orang kata best. Apa yang buat aku sangat-sangat tertarik dengan Rabiatul Adawiyah ini adalah tentang kisah kehidupan beliau dan kecintaan beliau terhadap Allah. Rabiatul Adawiyah bertahajud beratus-ratus rakaat sehingga Subuh. Ada riwayat mengatakan 100,500 rakaat. Dalam 24 jam, mampu solat 1000 rakaat. Subhanallah. Sangat sangat SANGAT mengagumkan! Like seriously, she's one of my idol :') 


Sebelum ni aku banyak baca kisah-kisah hidup Rabiatul Adawiyah trough internet sahaja since aku tak ada bahan bacaan sirah sangat kat rumah. Tapi tau-tau je lah, internet ni tak details sangat dan kadang-kadang ada fakta yang tidak berapa benar dan agak pelik ._. internet nowadays.


Sejarah itu penting. Baru sekarang aku sedar betapa pentingnya kita sebagai umat akhir zaman ni, cuba untuk mencontohi dan mengikuti akhlak-akhlak Rasulullah s.a.w dan para sahabat-sahabat baginda serta srikandi-srikandi Islam suatu ketika dahulu. Mereka semua sememangnya insan-insan yang hebat yang layak kita jadikan role-model untuk berjaya di dunia dan akhirat.


Tadi pergi berjalan-jalan sekitar Kangar dan macam biasa persinggahan wajib untuk mencuci mataku semestinya Kedai Buku Metro depan KWSP tu. Tengah dok ralit tengok buku-buku yang baru sampai, mata tertancap pada novel yang sekian lama ku mencari-cari :'D tak pandang tempat lain dah, ambil dan terus bayar. 


Yang bestnya pulak, kedai buku ni ada jual buku kompilasi srikandi-srikandi Islam iaitu Aminah (ibu Rasulullah s.a.w), Fatimah (puteri Rasulullah s.a.w), dan Rabiatul Adawiyah yang dikarang oleh penulis yang sama dalam satu buku. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal gitu ^_^ Terselit sekali buku Amalan 24 Jam Wanita Haid. Nampak menarik, why not kita bawak ia ke kaunter untuk dibayar jugaaa ;)





Ada orang kata, proses untuk berubah ni perlu kita mulakan dari dalam diri kita sendiri dahulu. Langkah pertama yang aku cuba buat untuk melewati proses perubahan ni adalah dengan mencuba buang tabiat-tabiat buruk aku dan cuba cambahkan dan semaikan sifat-sifat mahmudah dalam diri aku dengan mencontohi mereka yang hebat-hebat ini. Susah, lebih-lebih lagi aku yang punya iman yang lebih nipis dari kulit bawang ni T_T 


Aku ubah mind-set. Aku cuba jadikan srikandi-srikandi Islam sebagai role-model untuk aku tuju akhirat berbanding 'mereka-mereka' yang hebat di dunia moden ni untuk aku tuju dunia. Kadang-kadang aku rasa macam aku ni dah terlambat dan ketinggalan :'( Tapi putus asa bukan jawapannya. Aku kena lari laju-laju lagi ni !


Okay, nak menghanyutkan diri dengan novel srikandi-srikandi Islam itu tadi~TTYL




Buku seterusnya yang bakal jadi buruan.




No comments:

Post a Comment