Tuesday, March 5, 2013

Hikmah Yang Super Manis :)



Salam


Hey-ho. Pernah tak rasa seronok sangat-sangat sebab kau rasa macam kau dah jumpa semula diri kau yang sebenar? Perasaan seronok tak terkata bila kau akhirnya dah jumpa apa yang kau cari-cari selama ni? Keseronokan apabila kau dah jumpa senyuman dan gelak-tawa kau yang suatu ketika dulu pernah hilang dibawa lari. Kini ia datang semula tanpa dipaksa-paksa. Seronok tak terhingga sampai tak mampu nak digambarkan dengan kata-kata, syukur Alhamdulillah :')






Tidak syak lagi, setiap kali selepas hujan, pasti ada pelangi yang akan mewarnai semula kemendungan yang bersifat sementara itu. Ujian kali ini banyak mematangkan aku dari berbagai segi. Mahal sungguh harga ujian ini yang perlu dibayar semula, bak kata orang, 'no pain no gain'. Hikmahnya sangat manissss. Aaaah~ Kenapa lah bila dah masuk tahun 2 ni baru aku tergerak nak mengenali hati budi classmates ku yang baik-baik hati semuanya ni. Kenapa tak dari dulu lagi? Aigoo~ Tapi apa-apa pun, syukur Alhamdulillah, aku rasa happy sangat sekarang ni, happy macam waktu study dekat matrik sebelum aku berjumpa 'dia'. Happy macam waktu zaman kegemilangan aku dengan ama and nono ^_^ Happy untuk berkawan dengan semua orang! :D







Allah bawa pergi 'seseorang' yang suatu ketika dahulu pernah aku sayangi, lalu Allah gantikan 'seseorang' itu dengan mereka-mereka yang menyayangi aku berlipat-kali-ganda lebih lagi. SubhanAllah :') Selain keluarga yang semestinya orang yang paling banyak membantu aku bangkit semula, sahabat-sahabat adalah antara penguat semangat untuk aku terus move on dan belajar tersenyum kembali malah lebih manis lagi :') Alahaiiii perasantan le pulekk~ :P Bukan sekadar sahabat, malah Allah hadirkan juga orang yang tak disangka-sangka untuk turut mengajar aku melupakan kesedihan yang sementara itu sambil mengajar aku tersenyum kembali :) Terima kasih sahabat! Terima kasih semua! :'D Sejujurnya, aku sangat sangat SANGAT menghargainya :')







Besar harapanku agar aku lebih cekal dan tabah menempuh hari-hari yang mendatang. Dengan Allah disisi, tiada gentar lagi. :') Moga senyuman ini akan terus kekal sampai bila-bila, InsyaAllah, Amin. 




No comments:

Post a Comment