Wednesday, March 13, 2013

Mujahadah



Salam.


“Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya)”
 [90:4]






Secara jujurnya, bermujahadah adalah sesuatu yang agak perit buat aku kerana ia masih sesuatu yang baru bagi aku. Salah satu habit ataupun amalan baik yang sedang cuba aku praktikkan dalam kehidupan sehari-harian. Perit, kerana menahan diri dari melakukan aktiviti-aktiviti mahupun tabiat-tabiat sia-sia yang sudah jadi darah daging sejak dari kecil memang sangat-sangat susah! Kadang-kala diri ini terbabas juga. :'( Tapi aku tak nak give up! TAK NAK GIVE UP!



Memang benar kadang-kadang aku jatuh tersungkur dalam menghadapi ujianMu. Memang benar kadang-kadang aku seperti berputus asa dari rahmatMu. Memang benar kadang-kadang aku tidak mensyukuri nikmat kurniaanMu. Memang benar kadang-kadang aku terlalu leka dengan dunia yang cuma sementara waktu.



Kerna aku hanyalah manusia yang lemah. Sangat lemah disisiMu. Tiada sumber kekuatan yang aku dambakan melainkan dariMu. Teguhkanlah pendirianku. Istiqamahkanlah segala amal kebaikanku. Ampunkanlah dosa yang aku lakukan secara sedar ataupun tak sedar. Jauhkan diriku dari bersangka buruk denganMu. Suburkanlah hatiku dengan perkara-perkara yang bisa membuatkan diriku terasa dekat denganMu.



Moga diperkenankan doa ini. Ameen Ya Rabb!





No comments:

Post a Comment