Hey-ho
Ini Oki Setiana Dewi. Manis kan? :) Semenjak tengok Ketika Cinta Bertasbih part 1 & part 2, aku jadi minat sangat SANGAT dengan perwatakan Anna Althafunnisa yang lemah lembut, menjaga, dan paling penting sekali sangat-sangat mementingkan ilmu. Minat sangat sampai kadang-kadang ada jugak practice nak bercakap lemah-lembut macam Anna ni :3 tapi macam biasa, selalu FAIL!
Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang tidak berlatarbelakangkan agama sangat, tapi aku tetap sangat-sangat bersyukur sebab abah & mama bagi didikan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi dan secukupnya. Aku tak pernah pergi sekolah agama yang petang-petang lepas sekolah harian tu, means aku cuma dapat input berkaitan agama daripada subjek-subjek pendidikan islam dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Dan belajar mengaji kat 2-3 tempat jugak sejak tadika sampai khatam kali pertama.
Aku belajar sembahyang semua daripada subjek pendidikan islam dari sekolah rendah, dan belajar tajwid dengan ustaz tempat mengaji sampai khatam tu, Alhamdulillah. Dulu waktu aku tak matang dan jahil, aku fikir dengan dapat didikan agama dari dua sumber tu pun dah cukup. Tapi aku silap besar. Sesungguhnya ilmu Allah itu sangat luas dan tidak akan pernah cukup untuk diterokai.
Semua orang ada zaman kegelapannya tersendiri kan? Bagi aku, zaman kegelapan aku baru saja berlalu pergi, dan sekarang ni aku tengah cuba untuk berlari laju-laju menjauhi zaman gelap tu dan beralih arah ke zaman yang lebih cerah mungkin. Aku masih mencuba. SUSAH, seriously, tapi aku kena jugak-jugak. Kalau tidak zaman kegelapan akan tarik aku semula ke dalam lembahnya. Tak sanggup dah T_T
Okay, malas nak cerita pasal zaman kegelapan, cuma nak cerita apa yang aku tengah rasa sekarang ni. Aku rasa sedih. SERIOUSLY SEDIH! Aku sedih sebab aku dah bazirkan lebih kurang 21 tahun dalam hidup aku dengan perkara yang sia-sia. Setelah 21 tahun, baru lah aku tergerak nak ambil inisiatif untuk lebih mengenali Islam dengan sebenar-benarnya. KENAPA? Kadang-kadang aku persoalkan diri aku, KENAPA LAMBAT SANGAT BARU KAU NAK SEDAR NADIA???
Memalukan kan? Tengok budak-budak remaja sekarang berlumba-lumba nak jadi solehah, berlumba-lumba cari ilmu agama, muda-muda lagi dah tahu tanggungjawab dia sebagai manusia, sebagai hamba Allah. Tapi aku? Aku masih terkedek-kedek merangkak dan bertatih... Memalukan kan?
Kehadiran teman-teman yang solehah berjaya buka mata aku yang selama ni hanya memandang hal agama ni dengan remeh-temeh. Aku beruntung kerana masih ada yang sudi menegur, masih ada yang sudi mengambil berat, masih ada yang sudi membantu, masih ada yang sudi menasihati, dan masih ada yang sayang.
Apabila berjalan seiringan dengan mereka yang solehah ini, aku jadi malu sendiri. Betapa mereka cukup menjaga aurat, tingkah-laku, percakapan, dan juga pergaulan sesama insan. Bagai langit dengan bumi jika nak dibandingkan dengan aku T_T Sesungguhnya, aku tak mahu digelar 'kambing hitam' apabila berjalan beriringan dengan mereka. Sejujurnya, aku cemburu melihat kesolehah-an mereka. Aku tak mahu ketinggalan!
Aku cuba patuhi piawaian menutup aurat yang sebenar-benarnya menurut Islam. Stokin kaki dan handsock jadi kawan baik aku yang dibawa sebagai bodyguard apabila keluar dari rumah. Step by step, aku cuba. Baju yang ketat-ketat aku cuba elakkan. Tudung juga cuba dilabuhkan sedikit demi sedikit. Mungkin belum timbul kekuatan untuk mencuba tudung yang berbidang lebih besar, aku bimbang tidak istiqamah. Suatu hari nanti, pasti, InsyaAllah :')
Sejuk mata memandang mereka yang bertudung labuh menutup dada ni ^_^ Secara peribadi, aku kagum dengan mereka. Di saat ramai gadis-gadis di luar sana berlumba-lumba update tentang fashion terkini, trend hijab terkini, berlumba-lumba upload gambar-gambar kiutmiut di laman sosial, mereka(yang bertudung labuh) kekal dalam kesederhanaan masing-masing tanpa sedikit pun tergoda dengan nikmat dunia yang sementara ni. Sungguh, perjalanan aku masih jauh, untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan mereka T_T SANGAT JAUH. Tapi tak salahkan kalau aku punya cita-cita untuk jadi solehah seperti mereka? :')
"Sesiapa yang Allah nak beri kebaikan kepadanya, maka Allah berikan kefahaman di dalam agama"
Aku cuma mampu berdoa, semoga Allah yang berkuasa membolak-balikkan hati ini, beri ketetapan buat hati aku untuk terus istiqamah perbaiki diri menjadi lebih baik dari hari ke sehari, Amin.
already read your post. menarik! Alhamdulillah Allah bukakan pintu hidayah buat saudari. Allah Maha Mengetahui. semoga terus istiqomah. :)
ReplyDelete