Monday, March 30, 2015

Cinta Hati Baru Saya

"Bila kita jatuh dan kecewa, maka bangkitlah kerana Allah.Jangan kecewa dengan apa yg pernah dilalui. Yakin satu hari nanti Allah pasti akan gantikan dgn "sesuatu" yg tak pernah kita duga.Pesannya seorang alim; Penghapus kecewa dan putus asa adalah doa.Tatkala keadaan melanda, motivasi terbaik dari seorang insan hanyalah IBU."



Alhamdulillah. Gembira tidak terkata rasa hati ini. Target permulaan satu hari satu juzuk tercapai dengan jayanya. Alhamdulillah syukur. Moga istiqamah dan moga ada peningkatan dari sehari ke sehari InsyaAllah. Okay, ayuh kita UP sikit ke dua juzuk dalam satu hari, InsyaAllah. NADIA BOLEH! Cita-cita nak jadi Hafizah kan? ;) Meski terasa tersangat jauh lagi untuk menggapai cita-cita itu... Jangan putus asa Nadia, selagi nyawa dikandung badan, InsyaAllah. Moga Allah redha. Amiiin. 


Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillahirabbil alamin wassolatu wassalamu ala asyrafil anbiya'i wal mursalin wa ala alihi wasahbihi ajmain

Ya Allah, rahmatilah aku denngan al-Quran. Jadikan ia sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat bagiku. Ya Allah, ingatkanlah apa-apa yang aku lupa daripadanya. Berikanlah ilmu apa-apa yang belum aku ketahui mengenainya. Anugerahkanlah kepadaku untuk membacanya pada waktu tengah malam dan penghujung siang. Jadikanlah ia sebagai hujah bagi wahai Tuhan seru sekalian alam. 

Ya Allah Ya Tuhanku, perbaikilah bagiku agamaku kerana dialah penjaga urusanku. Perbaikilah bagiku duniaku kerana di dalamnya aku hidup. Perbaikilah bagiku akhiratku, kerana ia tempat kembaliku. jadikanlah kehidupan sebagai tambahan segala kebaikan bagiku dan jadikanlah kematian sebagai kerehatanku daripada segala kejahatan. 

Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghabisannya, dan sebaik-baik amalku adalah penutupnya dan sebaik-baik hari bagiku adalah hari berjumpa dengan-Mu. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kehidupan yang tenteram, kematian yang tenang dan tempat kembali yang tidak menyedihkan dan tidak membuka aib.

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu sebaik-baik permohonan, sebaik-baik doa, sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik ilmu, sebaik-baik amal, sebaik-baik pahala, sebaik-baik kehidupan, sebaik-baik kematian,. Teguhkanlah aku, beratkanlah timbangan kebaikanku, teguhkanlah keimananku, tinggikanlah darjatku. Terimalah sembahyangku, ampunilah segala kesalahanku. Aku memohon ketinggian syurga.

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu keharusan mendapatkan rahmat-Mu dan keteguhan pengampunan-Mu, keselamatan daripada segala dosa, kejayaan daripada semua kebajikan, keuntungan syurga dan keselamatan daripada neraka. 

Ya Allah, perbaikilah akhir hayat kami dalam segala perkara. Selamatkanlah kami daripada kenistaan hidup di dunia dan seksaan akhirat.

Ya Allah, anugerahkanlah bagi kami ketakutan kepada-Mu yang dapat menghindarkan kami daripada berbuat maksiat kepada-Mu, ketaatan yang dapat menyampaikan kami kepada syurga-Mu, keyakinan yang dapat memperkecil musibah dunia yang menimpa kami. Berikanlah kenikmatan kepada kami dengan pendengaran, penglihatan, dan kekuatan kami selama hidup kami. Jadikanlah ia sebagai peninggalan kami. Jadikanlah pembalasan kami kepada orang yang menzalimi kami. Tolonglah kami menghadapi orang yang memusuhi kami. Janganlah Engkau jadikan dunia sebagai kehendak kami yang paling besar, dan pengetahuan paling akhir kami. Janganlah Engkau berikan kepada kami kekuasaan atas kami kepada orang yang tidak mengasihi kami. 

Ya Allah, janganlah Engkau tinggalkan dosa-dosa pada kami melainkan Engkau telah mengampuninya. Janganlah Engkau tinggalkan kesusahan kepada kami melainkan Engkau telah menggembirakannya. Janganlah Engkau tinggalkan hutang-hutang kepada kami melainkan Engkau telah menunaikannya, dan janganlah Engkau tinggalkan sesuatu keperluan dunia dan akhirat pada kami melainkan Engkau telah menunaikannya wahai Zat Yang Maha Mengasihani. 

Ya Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan selamatkanlah kami daripada seksaan api neraka. Semoga Allah melimpahkan selawat salam kepada junjungan kita nabi Muhammad Salallahu alaihi wasallam dan kepada keluarga baginda serta kepada para sahabat baginda yang baik. Amin.

No comments:

Post a Comment