Friday, February 22, 2013

New Semester

Hey-ho





Semester baru sudah pun bermula! Almost 2 weeks dah pun. Baru ada kesempatan untuk update sebab baru berkesempatan untuk men-settle-kan bill broadband yang telah di-barred sebelum ini =,=" heh. 


So yeah, gambar di atas adalah gambar acah-acahan rajin kengkonon pergi menelaah di library, padahal first time datang main library Unimap meski telah bergelar pelajar TAHUN DUA! Shame on me T_T Tapi ok lah kan, better late than never aite? ;) 


Banyak sangat perancangan yang telah di-listkan dalam diary bagi dilaksanakan untuk semester ni, InsyaAllah. Tinggal lagi kesungguhan dan kekuatan untuk istiqamah sahaja yang perlu di-upgradekan dari sehari ke sehari. 


Aku cuba untuk tidak meninggalkan barang sedikit ruang mahupun rompong dalam aktiviti seharian aku bagi mengelakkan fikiran aku melakukan aktiviti kesukaannya suatu ketika dahulu iaitu BERANGAN. Aku harap sangat boleh nyah-kan habit yang satu tu jauh-jauh mulai semester ini! 


Aku rindu kat mama & baby sangat-sangat niiiih T_T 


Well, salah satu azam aku untuk semester ini adalah untuk lebihkan......



Senyum-lah senyum-lah ahai cek mek molek~ =,=" Aku terima banyak aduan yang mengatakan muka aku masam, garang, berkerut senantiasa, tak berseri, dan banyak lagi! Heh. Entahlah, kadang-kadang aku tak sedar pun yang aku tengah buat muka garang time tu, tau-tau kening dah berkerut. Dah sebati dalam diri kot =,="


Ada orang kata aku senyum dalam gambar pun macam tak ikhlas =,=" oh man, aku memang ada masalah sindrom sukar senyum mungkin. Hmm. Akan cuba diatasi semester ini. SENYUM SOKMO NANAD!!! :D


p/s : Ada hutang senyuman dengan seseorang. BHAHAH! Kelakar bila teringat betapa memalukannya seorang aku yang pemalu ini =,=" Nak langsaikan hutang ni sebelum semester ni berakhir. ;) SENYUM!~ 




1 comment:

  1. assalamualaikum.. sis, y byk prkara yg sy rasa samaaa dgn sis. hurm. btw, semoga berterusan istiqomah menuju redha Allah. semoga dipermudahkan. insyaAllah. aamiin. :)

    ReplyDelete