Saturday, October 8, 2016

Rutin harian baru bermula esok.

Alhamdulillah. Penantian aku sebagai seorang penganggur mungkin akan berakhir di sini, InsyaAllah. Moga kesempatan dan peluang ini adalah yang terbaik buat aku. Semalam, aku dengan adik pergi survey tempat aku perlu melapor diri esok. Gembira tak terkata sebab tempat tu sangat-sangat dekat dengan Station KL Sentral. Memang pergi kerja ulang-alik naik LRT je lah jawabnya lepas ni. Hehe. Paling best, ada NU Sentral kat situ. Ahhaaaa!~ Kalau sebelum ni training dekat Manpower yang memang sebelah je dengan Midvalley Mall. Kali ni dapat tempat kerja bersebelahan pulak dengan NU Sentral. Hmmm.. Ada MPH & TGV Cinema pulak tu! Tazzabar nak cuci mata lepas balik kerja. Hehehe. 


Walaupun mungkin nampak macam meletihkan sebab kena ulang-alik serta berasak-asak naik public transport dan perlu  berjalan sikit untuk sampai ke tempat kerja, aku tak kisah. Sebab aku suka environment yang macam tu. Yang boleh bukak mata aku ke dunia luar setiap hari. Bukan hanya duduk di dalam kereta, kemudian masuk office, balik kerja menghadap jem, on repeat every single day. Plus, kalau stress or boring, boleh saja pergi window shopping or tengok wayang or melepek di MPH berjam-jam lamanya. Hemohemo~

Ok, yang tak bestnya esok kena naik train pukul 6.30 AM! Oh my~

Saturday, October 1, 2016

What if...

Biasanya kalau aku nak start nonton certain K-drama, aku akan make sure yang semua episodes dah complete dan bukan masih ongoing. Sebab penantian adalah satu penyeksaan. Tapi drama 'On The Way To The Airport' ni, aku sanggup pulak tunggu setiap minggu. Walaupun tahu yang drama ni mungkin makan 20 episode, still tak sabar dan sentiasa tertunggu-tunggu untuk next episode.

Apa yang aku suka tentang drama ni :-

1. Shoot di Malaysia dalam 2 episode pertama. Malaysia nampak cantik sangat dalam drama ni. 

2. Tidak klise macam drama-drama Korea lain yang involve hero kaya dan innocent heroin yang lebih kurang je macam drama Melayu (Contoh : The Heirs, Boys Over Flower, Cinderella & 4 Knights, and banyak lagi.)

3. Realiti kehidupan seorang dewasa yang penuh dengan komitmen. Alam perkahwinan tidak semestinya sentiasa indah.

4. Emosi yang digambarkan dalam drama ni realistik giler. Even aku pun boleh rasa ternanti-nanti dan tertunggu-tunggu next meet antara hero dan heroin dalam cerita ni.

5. Pentingnya memilih orang yang betul-betul tepat dan bertanggungjawab untuk menjadi pasangan hidup kita buat sepanjang hayat. 




Drama ni juga buat aku terfikir something. What if, someday in the future, we're destine to meet the right guy or our soulmate at a totally wrong time? Mungkin situasi macam ni orang akan relate dengan dugaan ketika dalam fasa bertunang, biasanya kita akan jumpa orang yang lebih baik dari tunang kita sendiri. Tapi, what if waktu itu kita dah pun berkeluarga, mungkin bukan dengan pilihan kita, mungkin sebab kita pilih untuk 'settle down' atas faktor umur, and tiba-tiba soulmate yang punyai ciri-ciri yang kita idamkan selama ini muncul depan mata. Sadly waktu itu kita dah pun stuck dengan pasangan yang luar je nampak berkaliber, hakikatnya tak bertanggungjawab dan selfish, macam dalam drama OTWTTA ni. Mungkin waktu tu kita akan terfikir, "If only I chose to wait for him (soulmate) a little bit longer. If only I chose not to settle down earlier. If only..." 

Pfftttt~ Banyak sangat tengok drama aku nih -,-". Realitinya, dalam hidup ini, there is no such thing as happy ending. Hakikatnya setiap saat dan detik dalam hidup kita, kita akan lalui bermacam-macam ups and downs. What we can only do is to choose the 'right someone' to suffered with and to endure the challenges together. Till death do us apart. Persoalannya sekarang, where is that right someone? Where are you man? Come on, penat dah duk waiting ni. Hmm.

Saturday, September 17, 2016

"Aku masih ingin terbang ke bulan, dan memeluk semua bintang-bintang..."


That awkward moment when semua sepupu atas kau untuk kedua-dua belah Mama & Abah dah pun naik pelamin dan beranak-pinak. Yeap, nak taknak, kau kena terima hakikat yang it might be your turn, NEXT!

#jomblohappy

Thursday, September 8, 2016

Finally!



Alhamdulillah, syukur. 
:')

End of Manpower Management Training [Cohort 4]

Pejam celik pejam celik, naik KTM turun KTM, naik LRT turun LRT, tup-tup dah pun masuk 2 minggu program management trainee under Manpower. Cepat sungguh masa berlalu, macam tak cukup je kelas 2 minggu tu. Cewwah~(padahal waktu first week tu bukan main tak sabar2 nak cepat habis training). Actually, dari first day lagi ada berniat nak update pasal taining ni dalam blog, but then terus cancel niat sebab segan sebab terkantoi blog dibaca oleh Mun, one of the trainee. Mungkin Mun terjumpa blog ni sebab ada entry pasal offer dari Manpower hari tu. So, Hai Mun! In case Mun sedang membaca sebab dah rindu kita :P Hihi.

Cohort 4's Family

So yeah, this is the whole class. Walaupun dalam setiap hari seorang demi seorang meninggalkan kelas sebab dapat offer dari tempat lain. Dari 74 orang pada awalnya, till the last day tinggal 60++ tak silap, yang bertahan sehingga ke penghujung training. One word for this training is, FUN! Yup, the training is totally so much fun. Dengan trainer yang sangat sporting and best, the trainees lagi lah berganda-ganda sporting and best. Hehe. Seronok, sebab sebelum ni dalam sebulan lebih duduk rumah sahaja tak jumpa orang sangat. Bila join training ni, ada rutin baru setiap hari, then jumpa kawan-kawan baru, kenal orang baru, belajar benda baru, dengan tiba-tiba rasa sangat tak sabar nak dapat kerja tetap dan sebar-luaskan networking serta cari experience and knowledge baru. Aicewwah~ 

The Luncheon Team

Since first day of training lagi dah kenal diorang. Duduk meja depan sekali waktu tu. Borak macam dah lama kenal padahal masing-masing baru pertama kali jumpa waktu tu, siap awal-awal dah set, lunch setiap hari kena sama-sama tau. Lagi satu gang solat kat Aeon sebab kat situ port paling best, ber-aircond plus telekung ditukar setiap hari. Kak Myra, Fatin, Mun, and Atikah, I'll miss you guys after this. Tak lupa jugak dekat Aqsa and Farah yang dapat join sekejap saja dengan kita sebab dapat offer kat tempat lain, walaupun dapat bersama sekejap saja tapi InsyaAllah, kalau terjumpa kat mana-mana lepas ni confirm akan salam peluk hug macam kawan dah berkurun lama tak jumpa. Hehe.

Tak lupa jugak dekat Kak Maya, Asira, and Iffa, gang berlari dalam mall sebab nak kejar KTM waktu balik. Maigod, setiap hari dah macam running man waktu balik, mula-mula kejar lif, then berlari-lari dalam mall sambil gelak-gelak, lepastu sampai-sampai stesen KTM tengok-tengok train belum sampai pun lagi, and ada lagi lebih kurang 10 minit lagi sebelum next train sampai. Pffttt~ Haha. I'll definitely miss those moments after this. ^_^


Waktu ice-breaking on the first day, rasa down sikit sebenarnya, sebab rasa rendah diri giler dengan diri sendiri. Semua orang sangat terror speaking plus full with confidents. Dan aku...hmm..sedih nak cakap. Huhu. It's nice to know some people from different background other than mine. Iyalah, selama ni 4 tahun bergaul dengan gang-gang engineering yang mostly analytical and introvert type of people, kali ni banyak jumpa amiable and expressive type of people which are very nice and enjoyable type of people.

Group 5 : Kak Maya, Iffa, Asira, Fiza, Khoo, and Ikram.

Group 4 : Ain, Jihah, Derwin, Mus, Joe, and Syed.

Group 4 (switch) : Amalina, Kak Asmira, Farah Atikah, Jihah, and Derwin.

I'll totally miss everyone after this. If only the duration of the training lagi panjang, mesti dapat kenal dan ingat nama kesemua 74 orang. Hehe. Dah macam satu kelas time belajar kat Unimap dulu dah. 


On the very last day, we're having potluck. Cewwah~ Tak potluck sangat pun sebab order KFC je, desert by Mdm Shamini which is brownies from Secret Recipe, popia by Amalina, kek lapis by Mun, and sponge cake tak sure daripada siapa tapi sangat sedap! Hehe. Tak perlu turun bawah pergi foodcourt makan ABK corner lauk yang sama setiap hari lagi dah. I'll definitely miss the ABK's asam pedas after this. Huhu. Tak dapat nak bergambar sangat time makan tu sebab tengah nervous nak interview CEF after that. 


Thanks a lot to Mdm Shamini, a very good trainer I've ever met. The assistants; Mr Hairul yang sangat muda tapi nampak sangat matang, Ms soon-to-be Mdm Thalia yang sangat cute, Mr Hisyam a.k.a Cangcongming yang muncul kadang-kadang, Mr Zakwan yang interview untuk first screening of the training. Thank You Manpower for the opportunities and the knowledges!

From stranger to friend with memories.



P/s : Hmm.. rindu nak naik train setiap pagi. :P

Sunday, August 21, 2016

Semalam, aku jatuh cinta pandang pertama...

Di sebuah kedai Bata di Shah Alam Mall. Sekali pandang terus terpana dan aku cuba untuk mendekatinya. Dengan hati-hati aku ambil dan sarungkan ke kaki kiriku. Fuhh!! So comfy, macam cushion lembutnya. Ku cuba berjalan ke kiri dan ke kanan, amazingly it fit just nice with my feet. Dear Hema Scholl, I'll always remember your name for now, until that day come, the day that you'll be mine forever, for sure. 




Sabar jap tau sayam <3


Saturday, August 20, 2016

Current Addiction : Fukushi Sota


Memandangkan dalam beberapa hari sahaja lagi, status aku sebagai seorang penganggur terhormat akan terlucut secara tidak berapa rasminya, maka inilah masa yang terbaik untuk aku marathon Jdrama + Janime buat yang terakhir kalinya. Cewwah, macam lepas ni dah tak boleh menghadap laptop langsung je. Haha. Tapi ya lah, biasanya aku tengok kawan-kawan aku yang dah berkerjaya yang dulu hantu Kdrama, bila dah start berkerjaya, dah tak ada masa nak menonton dah. So yeah, let's cherish the final moment to the last bit. 

Entah, tak ingat macam mana boleh terjebak dengan Jpop ni. Yang aku ingat, mula-mula saja-saja nak tengok One Punch Man, then tiba-tiba rasa nak re-watch Honey & Clover lepastu tau-tau dah tersesat kat live action drama and movie pulak dah. Tersangkut kat drama series 'Koinaka' or in English, 'Love Relationship'. Suka dengan hero cerita tu iaitu Fukushi Sato. Lepastu mula lah operasi menyelongkar dramas+movies yang dilakonkan oleh Fukushi Sota. Banyak adaptation dari manga and anime rupanya sampaikan Fukushi Sota digelar 'Prince of Shoujo Anime/Manga Adaptation' disebabkan paras rupa and character dia yang sesuai dengan watak utama dalam kebanyakan shoujo anime Jepun. 


And now, dah tersangkut dengan Fukushi Sota pulak dah =,=" walaupun dia lahir tahun 1993 which means he is 2 years younger than me. Oh well, age is just a number when it comes to love right? Chia Chia Chia!~ [OMG! GEDIK GILERRR KAU NADIAA!!!] Tak sabar nak tunggu Bleach live action tahun 2018 nanti sebab Fukushi Sota pegang watak Ichigo, shinigami berambut orange! Fuhh!!~ Mesti ohsem! Mula-mula tengok dia dalam cerita 'Strobe Edge' jadi hero, kaku giler dia dalam cerita tu. Lepastu entah macam mana boleh tertengok cerita horror 'As God Will' yang sumpah seram dan thriller habis! Dia jadi lead jugak and dalam cerita tu nampak lah sisi lain lakonan dia. Cewwah, dah macam pengulas filem lah pulok. :P

Tapi setakat ini aku paling suka watak dia dalam cerita 'Koinaka', seorang lelaki yang minat komik One Piece, bercita-cita nak jadi arkitek, and masih simpan perasaan pada cinta pertama merangkap bestfriend dia yang hilang secara tiba-tiba satu masa dahulu. Dalam cerita tu kita boleh tengok macam mana seorang lelaki berfikir and bertindak dalam satu-satu isu yang melibatkan hati dan perasaan serta persahabatan. It's a worth watching drama in my opinion sebab dia tak meleret, 9 episod je semuanya and dalam 1 episod tu macam-macam boleh jadi, haha, so jangan missed any episod. And ianya realistik tentang kehidupan seorang dewasa di bandar besar plus ada certain part sangat beri inspirasi pada penonton seperti aku. And yeah, 9 episod adalah tidak mencukupi bagi aku, perlu 16 or 20 episod macam drama Korea. Haha!

Lagi satu cerita 'Say I Love You', still Fukushi Sota jadi hero. Cerita dia kinda klise bagi aku, pasal seorang pelajar lelaki popular jatuh hati pada seorang perempuan plain jane yang selalu jadi mangsa buli. Tapi sebab ada Fukushi Sota yang hemsem, cerita dia jadi best. Haha! But then versi anime dia lagi best kot. Kat bawah ni gif dari cerita tu kidnapped from Tumblr. Maigod, meltingg 100 degree celcius! Chia Chia Chia~


Ok bye, nak tidur mimpi Fukushi Sota! 
Ja, mata ne (~^_^)~

Sunday, August 14, 2016

There is more in life...


To the girls who go on dates after dates, looking for the “one”. For the women who hopelessly wait for the man of their dreams to show up at their door any second, and for the ones who feel miserable about themselves because they don’t have a significant other, life is so much more than a waiting game. Life is so much more than finding a special someone. Life is about more than just a boy. The first time I fell in love, I made the mistake of making him my life. Everything that I did, and everything that I thought about, was up to him. Because in my head, I thought that’s how relationships were supposed to be like. I was in love with him, but it wasn’t healthy. Thinking back to that time in my life, it was beautiful, but also very scary. I didn’t realize that I had lost myself in him. And I ultimately cared about him more than I cared about myself.

When it ended and I was left with just myself, I didn’t know how to cope. For so many years of my life, I depended on him and he depended on me. I didn’t know how to be happy with just me. I didn’t know how to live my life to the fullest if it wasn’t with him anymore. It took a long time for me to love myself without a guy loving me too. It took a lot of months, and years to become whole without another human being by my side. And after I finally healed, and grew up more, I vowed to never do that again. I never wanted to lose myself in someone else again. I never wanted to grow so attached to someone, that without them, I would fall apart.

I am my own whole person without needing anyone else to make me smile. And you are your own person too. You are allowed to be happy by yourself. You are allowed to live a full life without someone holding your hand every step of the way. After all, you are supposed to love yourself the hardest, not the fantasy in your head about the guy who will sweep you off your feet. It’s time to put your big girl shoes on now. It’s time to look at yourself in the mirror and tell yourself that you are enough. You shine without needing a diamond ring on your finger. You shine without needing to be someone else’s sun. You are your own sun. And that’s how it always should be.

You need to put yourself first. Because at the end of the day, you are going to leave this earth by yourself just like you entered it by yourself. You need to become your own best friend, your own mentor, your own therapist and your own hero. Sweet girl, a boy isn’t going to save you. A boy isn’t going to magically make you happy. That’s all up to you. It’s all up to you. So, please, I hope you know that you can actually take a deep breath by yourself without choking. I hope you know that you can jump without being scared of falling. This is your time to jump and to fly, to live fearlessly, to climb your own mountain, and to go out and live your life instead of waiting by an unopened window.

Open your doors for yourself, break down the locked windows, and jump down the tower you have built for yourself to hide from the world around you. Go outside and actually experience what it’s like to take a walk alone with just your thoughts. Drink coffee at a cafe without asking a friend to go with you. Enjoy yourself, and you will be surprised by what new things and what new people might come into your life. So, stop waiting, and wishing. And start building up your life to begin again. :)

Saturday, August 13, 2016

Excited me.

Dulu-dulu pernah berangan, teringin sangat nak kerja kat dalam bangunan menara berkembar KLCC. Nampak best sebab tinggi dan boleh ber-window shopping time lunch hour. Tapi apakan daya, siapalah diri ini, ingin berangan setinggi langit. Sobs. 

Tapi once dapat offer dari Manpower, terus tiba-tiba angan-angan lama tu macam berputik kembali. Sebab location office Manpower betul-betul sebelah shopping mall Mid Valley, and bangunan tu tinggi jugak. Walaupun tak setinggi KLCC, hajat untuk ber-window shopping time lunch hour tercapai lah jugak yedok? Hehe. 

Hari ni buat experiment perjalanan dari rumah ke stesen LRT Alam Megah ke stesen LRT KL Sentral kemudian transit naik KTM ke Mid Valley. Campur tolak semua waktu menunggu, waktu berjalan semua lebih kurang 1 jam 40 minit. Hmm.. Boleh tahan lenguh jugak kaki ni berdiri. Kena practice lagi ni nampaknya. 

Sampai je Mid Valley terus cari location office Manpower untuk familiar-kan diri cari route terdekat ke office once turun dari KTM dan masuk ke Mid Valley. Bila rasa macam ok, boleh ingat, terus ajak Mama, Adik, and Baby pergi makan kat foodcourt junction. Boleh tahan best jugak foodcourt kat situ sebab ada variety jenis makanan. Mama siap cakap, "Kakak nanti lunch hour makan kt sini je lah. Nanti recommend kat kitorang yang mana paling sedap." Arasso Mama! ;D

Lepastu jumpa banyak sangat restoran makanan jepun and korea. Plus stall-stall yang jual makanan ringan dari korea. Aaaaarghh~ I just can't help myself >_<


Kau sabar jap wahai kedai-kedai dalam Mid Valley, jangan cuba menggoda daku teruk-teruk sangat. Pitih pun belum ada lagi ni. Hehe. Wish me luck in my career endeavors! (^_^)y


Wednesday, August 10, 2016

This is Pure Happiness

"So excited to share my happy news with my FB family!
I finally found my soulmate, my perfect match, my boo. After 7 long months, I found the perfect job with a company that truly cares about its employees and one I will learn so much from."
#employed #myboo #loveatfirstinterview #LTR #careergrowth #perfectmatch #photoshoot #notjustforbabiesmarriagesandbirthdays #workin9to5
 - Benita Abraham 



I would probably do this once I got my permanent job after the training ended.
Hihi.

Tuesday, August 9, 2016

Self Reminders.




Alhamdulillah.

Sebenarnya plan hari ni nak pergi cari kerja part time dekat Putra Heights/Main Place/One City, tapi disebabkan sedikit masalah teknikal, plan hari ini terpaksa dibatalkan. So macam biasa, rutin harian guwe, bukak email, bukak jobstreet, bukak portal, dan sebagainya. Tiba-tiba pukul 3pm tadi bukak email, dapat satu email dari Manpower. Alhamdulillah. Buah anggur muda dah mula kelihatan. Hehe. Hasil pergi interview dengan Manpower dekat Midvalley seminggu lepas dah dapat jawapan. 

Manpower adalah salah satu recruitment agency yang membantu fresh grads mostly untuk cari pekerjaan yang sesuai di samping memberikan latihan soft skills. Apa yang aku suka pasal Manpower ni adalah dia provide 'win-win' situation pada para graduan yang mengikuti training dengan agency ni. Lepas 2 weeks of training, dia akan hantar kita pergi interview dengan MNC. If kita tak berjaya untuk dapatkan mana-mana position, dia akan hantar kita ke On-Job training. Dekat situ boleh lah kita perform so that company tu akan serap kita. If tak berjaya jugak, Manpower sendiri yang akan serap kita untuk berkerja dengan company mereka. Bonus point, Manpower provide allowance pada trainee sebanyak RM1500. Hehe, siapa yang tak mau kan?

Berbeza dengan SL1M yang syaratnya agak ketat, pemohon mestilah seorang graduan yang masih belum pernah berkerja sejurus selepas bergraduasi dalam tempoh 6 bulan. Dan lepas training, pemohon akan dihantar interview untuk mana-mana job offer. If tak berjaya dapatkan position dalam mana-mana company, then itulah penamatnya. Just boleh isi dalam resume, yang pemohon pernah ikuti training SL1M pada sekian tarikh. Actually, au dah banyak kali dapat call dari SL1M dari berbeza agency, but then bila diorang tanya bila last final exam, aku jawab June, terus depa kata nanti akan call semula. Sah-sah lah tak layak untuk proceed kan. 




IT Management Trainee. Itu programme yang aku pilih. Mungkin terlalu lari dari bidang asal aku, Biomedical Electronic Engineering. Even interviewer pun tanya 2-3 kali, tak apa ke kalau mereka nak tempatkan aku pada position yang tak berkaitan langsung dengan qualification aku? Aku cakap tak apa, aku suka computer. Jadi kalau boleh aku nak gain more knowledge and experiences tentang IT dan mantapkan lagi kebolehan aku dalam menguasai IT. Orang kata, dalam kegawatan ekonomi zaman sekarang ni, kita tak boleh memilih kerja. Aku jawab, OK! ARASSO! :) 


Monday, August 8, 2016

Little Shy Caterpillar.


 The shy caterpillar watched the vivacious butterfly wishing that it too 
could be like that when in fact it will. Its just a matter of time.








Sunday, August 7, 2016

This is my version of heartbreak.


I used to feel this way...




But then I realize, 
I understood myself better only after I destroyed myself.
And only in the process of fixing myself, did I know who I really was.
Plus, I'm a lot more happier now.
:)



Friday, August 5, 2016

It started with a joke...


 


Terjumpa this post in my newsfeed, then tetiba tangan macam gatal nak comment something...




And then, *POOF*!
Muncul dua kotak pizza dan satu kotak mozarella cheese bread depan rumah!




Ok tipu je, ia tak muncul secara tiba-tiba pun. Ia muncul selepas beberapa siri cubaan dan bermacam alasan untuk mematikan niat Hafiz yang ingin membelanja dan menghantar pizza sehingga ke depan rumah, akhirnya aku redha dan pasrah. Cis. Serba salah aku dibuatnya sebab dah menyusahkan orang lain =,=" By the way, Thanks Apis, you're the best! (Takmo puji depan-depan, nanti hidung dia kembang). Hehe.


Tuesday, August 2, 2016

Julai - Bulan berehat, Ogos - Ayuh kita warm up!

The thing is, I have become far too good at being alone.
What makes it worse is that I am somehow okay with that.

1. The friends you have at the beginning of the year can completely change by the end of it. People change, and if they aren’t improving your life in some way, it’s okay to drop them.

2. Take many pictures. Don’t let it take over your life, though. You don’t want to look back and see that you only captured your memories with your camera lens and not within your mind and heart.

3. Find your safe place. Whether it be in the arms of a certain person or on the balcony of Barnes and Nobles with a cup of soup, find it and don’t let it go. You can have more than one safe place.

4. Be nice to everyone. You honestly don’t know what skeletons people are hiding in their closets. Everyone has their skeleton. Every person on this earth has something in their life or past worth collapsing on the ground in uncontrollable sobs over.

5. Reading is so important. Highlight the things that you read that you find intriguing. Read a lot, it can only do good things for you.

6. Writing always helps.

7. The girl with anxiety has the deepest thoughts. The autistic boy has the kindest heart, and the schizophrenic has the ability to put a smile on your face in seconds. Do not judge character based on a mental illness.

8. Music has an indescribable ability to connect and heal. Let it do its thing.

9. Her prettiness doesn’t make your prettiness any less pretty.

10. Getting close and letting someone in is scary as hell. You know what else it is? Worth it.

11. The minute you feel your happiness being dictated by someone else, take a break from them.

12. Adventuring is a must. Sunsets always help the soul, showing that endings can be as beautiful as beginnings.

13. Spend more time with your parents doing things they enjoy. Later in life, you’ll be wishing you’d spent more time with them than on your Netflix account.

14. Home is not always a place, but whatever you love with your whole heart. I have many homes, and it’s okay if one home doesn’t feel like home anymore.

15. Making someone smile and feel genuinely happy has the ability to warm your heart from the inside out. No matter how much pain someone is going through, you made them forget about it for a few seconds. Isn’t that something?

16. Feel everything and let it hurt, but don’t go back to what broke you.

17. Don’t let fear hold you back from what you want. The view from the other side is spectacular.

18. Tell people how you feel. Even if you’re scared it’ll burn your life to the ground. You say it loud.

19. You find the most extraordinary things in the most ordinary places.

20. Swollen lips and sweaty “I want you’s” can make you feel again, but I don’t want to feel anything if it means having to sit there feeling like the wind is constantly being knocked out of me when he stops calling back.

21. Sometimes the way you think of someone isn’t the way they actually are.

22. Never underestimate the amount of joy the holiday season can bring you. Try and find ways to feel that way all year long.

23. Timing is never going to be perfect; if you care about something enough, you’ll make the time. It’s all about priorities.

24. If women used their words to build each other up instead of tearing each other down, our world would change drastically.

25. Recovery can take 2 weeks or 5 years. You aren’t any less of a person if it takes you longer to find a way to let go of what’s hurting your heart.

26. You only need yourself, but having people by your side trying to understand means a lot more than you might think.

27. You find your truest friends in your darkest hours.

28. You can feel the whole world in a month and nothing after 2 years. Time does not define love.

29. Always say yes to dessert.

30. Concerts make life worth living. So does yelling your favorite song along with your best friend in the car with your best friend with hands intertwined. These are things that show you that you don’t need to be on drugs to feel invincible.


Tuesday, July 12, 2016

Ahnaf Wafi

Dalam banyak-banyak drama raya tahun ni, yang paling aku tunggu-tunggu adalah drama Dia Semanis Honeymoon & Dia Semanis Honey Raya. Tu je. Yang lain tak tengok pun. Sebab apa? Of course lah sebab Ahnaf Wafi. Plus nak tengok Nana jugak. Sampai sekarang aku masih fail nak lilit shawl ala-ala gaya Nana. Tengok muka Nana comey je pakai shawl style dia tu, tapi bila aku lilit kat kepala sendiri, rasa macam tidak mahu tengok cermin dah. Lagi satu nak tengok Bella si lipstick merah jugak. Tapi series kali ni Bella dah tak make up tebal dah sebab Bella duduk hospital mental. Tediaa.. Tercerita sinopsis pulak dah. 


Tajuk pun Dia Semanis Honeymoon, of course lah cerita pasal honeymoon diorang. Apa yang best in the first episode of DSHM bagi aku adalah penampilan Ahnaf Wafi sewaktu di Bali dalam cerita tu. Casual, simple, dan bergaya. T-shirt putih, kemeja, dan seluar 3-quarters. 


Dulu aku ada minat sorang pelakon Filipina nama dia John Lloyd Cruz. Dia tak handsome mana pun tapi character dan penampilan dia dalam drama yang membuatkan penonton suka cara dia dan menampakkan dia comel dan handsome. Dalam drama dia suka pakai t-shirt di dalam dan kemeja di luar macam yang Ahnaf Wafi pakai kat atas tu. Tapi waktu tu tengah famous kemeja kotak-kotak, jadi memang suit lah dengan t-shirt plain kat belah dalam, but aku lebih prefer kemeja plain. Nampak tidak serabut. Lelaki ni syarat untuk nampak handsome bagi aku adalah untuk kelihatan simple dan tidak fancy.


Adakah disebabkan dia adalah seorang Alif Satar jadi tak kisah kemeja warna apa pun yang dia pakai, still akan nampak gorgeous? Ataupun memang mana-mana lelaki yang dress-up macam ni memang akan nampak handsome? Entohlah labu. Haha. Apa pun, cerita ni still sweet macam madu, sampaikan aku record je dulu entire series, tengah-tengah malam sikit bila semua orang dah tidur baru bukak tv tengok. Huhu. Gambar-gambar kat atas ni pun screenshot dari watch online dari laptop. Gigih betoi =,=" 

Kalau nak tengok more of Alif Satar in t-shirt + kemeja boleh tengok video clip ini...

Monday, July 11, 2016

Inikan Raya.

Sebelum tu nak ucap, SHRMZDB! (ok, hipster sangat *tgn didada mata ke atas*) Well, Ramadhan dah pun meninggalkan kita. Aku rasa Ramadhan tahun ini lah yang paling banyak issue di media sosial. Dari satu, satu, tak henti-henti dari awal Ramadhan sampai lah ke penghujung Ramadhan. Moga Ramadhan tahun hadapan, perkara seperti yang telah lepas tidak berulang lagi. Dan moga kita dapat bertemu Ramadhan yang akan datang hendaknya, Amin.

Family Potret yang tak cukup corrum

Macam biasa, raya pertama lepas sarapan pergi sembahyang raya dekat Masjid Al-Falah. Balik sembahyang raya sesi bermaafan sesama keluarga. Lepas tu sesi kembali melahap rendang dan lemang serta ketupat sambil menanti tetamu yang nak datang beraya. Raya kedua baru lah dapat pakai baju raya. Tapi tahun ni tak dapat nak bergambar satu family sebab Benjol raya di kampung Kak Zaza. Gambar kat atas ni pun ditangkap dalam keadaan yang kelam kabut sebab dah lambat nak pergi beraya ke rumah Maklang. Nak tangkap gambar sama-sama dengan Ami dan Kak Dawama pun tak sempat. Ini semua shawl punya pasal, kalau pakai bawal mungkin tak mengambil masa yang lama memaku di depan cermin =,=" haish cinca~

Le' Kueh Raya

Raya ketiga dah start menerima tetamu. Actually, raya pertama lagi dah start menerima tetamu tapi waktu tu tak ramai sangat tetamu. Waktu raya ketiga ni lah baru rasa macam meriah dan huru-hara sikit rumah. Antara tetamu yang datang waktu sebelah siang adalah keluarga Kak Dawama, sebelah malam pulak saudara-mara sebelah Mama. Bila duduk rumah, macam malas pulak nak melaram pakai baju raya. So, pakai je jubah yang ada. Huhu.

Bergambar kenangan bersama family Kak Dawama


Apabila budak hipster beraksi


Waktu beraya di rumah Kak Zaza 1 Syawal haritu tak sempat nak bergambar. Seronok jugak waktu tu walaupun terpaksa tempuh traffic jam selama 5 jam sebab kampung Kak Zaza memang feel suasana kampung habis siap ada pelita di lorong jalan. Dah empat tahun rasanya beraya di Shah Alam. Honestly, rindu sangat-sangat nak beraya dengan suasana kampung macam dulu-dulu. Kadang-kadang buat sesi flashback dengan adik-beradik tentang kenangan beraya waktu kecik-kecik dulu. Serious seronok bila dikenang balik. Harap-harap jodoh nanti masih orang area KL/Selangor but ada kampung yang betul-betul suasana kampung. Huhu. 

Monday, July 4, 2016

Berdiri bersama Arlina Banana.

Baru semalam bukak topic pasal depression dengan adik perempuan lepas masing-masing dah penat menganyam ketupat sebelum tidur. Adik cakap, sejak dua menjak ni, dia rasa dunia dalam mimpi lebih menyeronokkan and more interesting than real life. Sampai kadang-kadang dia rasa tak mau bangun dari tidur dan teruskan bermimpi. Then aku pun cakaplah, jaga-jaga, itu mungkin tanda-tanda awal depression. Lepas tu aku tanya lagi, ada tak Adik start compare-compare life Adik dengan life orang lain? Dia jawab "Haah, selalu." The thing about depression is, ia bermula dengan perasaan tidak bersyukur.


Permulaan kepada perasaan tidak bersyukur ni biasanya bila kita rasa hidup orang lain lebih best dari hidup kita, hidup orang lain lebih beruntung dari kita, hidup orang lain lebih enjoy dari kita, hidup orang lain lebih mewah dari kita, dan banyak lagi lah, nak senarai esok pun tak habis. Kenapa kita rasa life orang lain lebih bahagia? Sebab setiap hari, timeline facebook, instagram, twitter kita hanya dimomokkan cerita-cerita yang indah-indah belaka dari kenalan-kenalan kita. Kalau yang baru kahwin akan post tentang 'indahnya alam perkahwinan' dan beberapa cerita tentang kebaikan suami/isteri mereka. Kalau yang tengah on vacation, of course lah upload gambar depa dan scenery yang super ohsem. Kalau yang loaded akan post gambar beg shopping kat ZARA blablabla...and the list go on and on...


Kemonlah, siapa je yang nak upload or cerita tentang kekusutan dan masalah hidup dia? Kalau ada pun mungkin pakar-pakar motivasi atau jutawan yang menceritakan betapa dulu dia susah payah, kini dah senang lenang sebagai inspirasi pada orang ramai. See, tu pun akan cerita bila dah senang lenang tau. Cuba kalau dia masih susah, ada dia nak up cerita tentang kesusahan dia? Tak ada. Kesimpulannya, semua orang dalam dunia ini ada masalah mereka yang tersendiri, cuma mereka memilih untuk tidak menceritakan pada public. Sebab? Nobody cares about your misery life. 


Dalam dunia ni, ramai orang yang mengalami depression. Sangat ramai. Cara membezakan tahap depression mereka adalah dengan tengok cara mereka handle depression tersebut. Ada orang pandai handle, jadi dia tak akan rasa terlalu terbeban dengan depression tersebut. Ada orang tak pandai handle sampai akhirnya boleh memakan dirinya sendiri. Benda paling penting kat sini, kita kena letak mindset, yang Allah swt tak akan uji kita melebihi kemampuan kita. Bila kita rasa macam dah tak berdaya nak lalui certain ujian, dan memilih untuk give up, disitu kita dah tidak percaya akan kemampuan diri kita sendiri. Kemon, Allah swt sendiri percaya yang kau boleh laluinya, kau boleh face the challenges, kau boleh bangun berdiri semula, that's the reason why He put you into that situation Himself. Sebab Dia percaya kau boleh. Tak ke kau rasa bangga bila kau terpilih oleh Yang Maha Esa untuk lalui ujian yang Dia percaya kau boleh atasinya?


Ok, nampak macam entry ni dah mula melalut pula. Sebenarnya macam terkejut sedikit, pagi tadi lepas sahur ada baca dekat post OhBulan yang Arlinabanana try to attempt suicide because of cyber-bullying. Aku antara salah seorang follower Arlina di twitter dan Instagram dulu, sebelum aku delete kedua-dua account tu. Aku suka dengan positive vibes yang ada dalam setiap post beliau. Melalui posts/tweets/vines dia, aku dapat rasakan yang dia seorang yang sangat fun. Mesti seronok jadi kawan dia, mesti tak kering gusi. Dan dia sentiasa come out with fresh new ideas. Macam my date is a book, glass of hope, tweet-tweet yang sentiasa dapat beribu-ribu RT, dan captions dalam Instagram yang selalu sangat bagi motivasi pada diri aku tiap kali rasa down. 


Magic, sebab setiap kata-kata dia sangat kena dengan hidup aku. Dan aku rasa bukan aku sorang je yang pernah rasa tersentuh dengan kata-kata dia, ramai orang kat luar sana yang pernah tersentuh dan terinspirasi dengan kata-kata motivasi dari dia. Pernah terbaca yang dia dulu pernah beberapa kali cuba attempt suicide. Setiap kali dia berjaya kawal keinginan diri dia untuk suicide dalam satu-satu masa, dia akan update Instagram dia tentang pencapaian dia dalam mengawal diri dan emosi dia pada satu-satu jangka masa. Setiap kali dia update yang dia rasa sedih, down, dan cuba untuk cederakan diri dia, tak dinafikan aku turut rasa risau dan sedih. Dalam hati mendoakan yang terbaik untuk dia. Sebab aku tahu dia kuat. Plus, she is loved by so many people, she's an inspiration. Dan kita memerlukan lebih ramai positive people like Arlina in this world.


Satu perkara yang aku tak faham, kenapa dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, masih ada manusia yang berhati kurang bersih dan tidak menjaga percakapan serta hati orang lain? (cuba untuk describe sehabis lembut dah ni) Kerjanya bash orang lain teruk-teruk, dengan kata-kata yang tidak enak. Apa keuntungan yang mereka dapat dengan perbuatan macam tu tak tau lah. Since kes Kak Hassanah lagi, then Maryam Lee, and now Arlinabanana pulak. Tak termasuk ke vaksin tu lagi. Orang Malaysia ni...hmm...entahlah. Aku tak marahkan mereka yang di-viral kan tu, tapi aku marahkan keyboard-warriors dan cyber-bullies yang sangat lancang menaip tanpa fikir perasaan orang lain. 


Hmm..nak marah kat sini pun tak guna juga, bukan depa baca pun. Huhu. Sementara masih ada saki baki Ramadhan hari ini, sama-samalah kita doakan yang terbaik buat Arlina, moga beliau baik-baik sahaja, and stay strong as she always had. Kat bawah ni ada several screenshot from her Instagram, words yang sangat inspirational bagi aku. Wish she will keep on updating her Instagram with beautiful words as usual after this. 
 












Hidup ini macam roda. Tak selamanya hidup kita akan dihurung kesedihan dan kemurungan. Aku selalu fikir macam ni, okay, sekarang hidup aku tengah musim sedih, so aku kena get ready sebab once musim sedih ni dah over, musim kebahagian akan muncul semula dalam hidup aku. So apa aku perlu buat sekarang? Be prepare. Lawan dan terus lawan kesedihan tu sebab semakin kau terus kuat tolak dan lawan kesedihan itu, semakin kau menghampiri ke checkpoint yang seterusnya, iaitu musim kebahagiaan. Bila musim kebahagiaan dah muncul, cherish and appreciate it wholeheartedly. Peduli kan apa orang kata. Kau berhak atas kebahagiaan hidup kau sendiri. Just go for it. :)