Sebenarnya plan hari ni nak pergi cari kerja part time dekat Putra Heights/Main Place/One City, tapi disebabkan sedikit masalah teknikal, plan hari ini terpaksa dibatalkan. So macam biasa, rutin harian guwe, bukak email, bukak jobstreet, bukak portal, dan sebagainya. Tiba-tiba pukul 3pm tadi bukak email, dapat satu email dari Manpower. Alhamdulillah. Buah anggur muda dah mula kelihatan. Hehe. Hasil pergi interview dengan Manpower dekat Midvalley seminggu lepas dah dapat jawapan.
Manpower adalah salah satu recruitment agency yang membantu fresh grads mostly untuk cari pekerjaan yang sesuai di samping memberikan latihan soft skills. Apa yang aku suka pasal Manpower ni adalah dia provide 'win-win' situation pada para graduan yang mengikuti training dengan agency ni. Lepas 2 weeks of training, dia akan hantar kita pergi interview dengan MNC. If kita tak berjaya untuk dapatkan mana-mana position, dia akan hantar kita ke On-Job training. Dekat situ boleh lah kita perform so that company tu akan serap kita. If tak berjaya jugak, Manpower sendiri yang akan serap kita untuk berkerja dengan company mereka. Bonus point, Manpower provide allowance pada trainee sebanyak RM1500. Hehe, siapa yang tak mau kan?
Berbeza dengan SL1M yang syaratnya agak ketat, pemohon mestilah seorang graduan yang masih belum pernah berkerja sejurus selepas bergraduasi dalam tempoh 6 bulan. Dan lepas training, pemohon akan dihantar interview untuk mana-mana job offer. If tak berjaya dapatkan position dalam mana-mana company, then itulah penamatnya. Just boleh isi dalam resume, yang pemohon pernah ikuti training SL1M pada sekian tarikh. Actually, au dah banyak kali dapat call dari SL1M dari berbeza agency, but then bila diorang tanya bila last final exam, aku jawab June, terus depa kata nanti akan call semula. Sah-sah lah tak layak untuk proceed kan.
IT Management Trainee. Itu programme yang aku pilih. Mungkin terlalu lari dari bidang asal aku, Biomedical Electronic Engineering. Even interviewer pun tanya 2-3 kali, tak apa ke kalau mereka nak tempatkan aku pada position yang tak berkaitan langsung dengan qualification aku? Aku cakap tak apa, aku suka computer. Jadi kalau boleh aku nak gain more knowledge and experiences tentang IT dan mantapkan lagi kebolehan aku dalam menguasai IT. Orang kata, dalam kegawatan ekonomi zaman sekarang ni, kita tak boleh memilih kerja. Aku jawab, OK! ARASSO! :)
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete