Baru semalam bukak topic pasal depression dengan adik perempuan lepas masing-masing dah penat menganyam ketupat sebelum tidur. Adik cakap, sejak dua menjak ni, dia rasa dunia dalam mimpi lebih menyeronokkan and more interesting than real life. Sampai kadang-kadang dia rasa tak mau bangun dari tidur dan teruskan bermimpi. Then aku pun cakaplah, jaga-jaga, itu mungkin tanda-tanda awal depression. Lepas tu aku tanya lagi, ada tak Adik start compare-compare life Adik dengan life orang lain? Dia jawab "Haah, selalu." The thing about depression is, ia bermula dengan perasaan tidak bersyukur.
Permulaan kepada perasaan tidak bersyukur ni biasanya bila kita rasa hidup orang lain lebih best dari hidup kita, hidup orang lain lebih beruntung dari kita, hidup orang lain lebih enjoy dari kita, hidup orang lain lebih mewah dari kita, dan banyak lagi lah, nak senarai esok pun tak habis. Kenapa kita rasa life orang lain lebih bahagia? Sebab setiap hari, timeline facebook, instagram, twitter kita hanya dimomokkan cerita-cerita yang indah-indah belaka dari kenalan-kenalan kita. Kalau yang baru kahwin akan post tentang 'indahnya alam perkahwinan' dan beberapa cerita tentang kebaikan suami/isteri mereka. Kalau yang tengah on vacation, of course lah upload gambar depa dan scenery yang super ohsem. Kalau yang loaded akan post gambar beg shopping kat ZARA blablabla...and the list go on and on...
Kemonlah, siapa je yang nak upload or cerita tentang kekusutan dan masalah hidup dia? Kalau ada pun mungkin pakar-pakar motivasi atau jutawan yang menceritakan betapa dulu dia susah payah, kini dah senang lenang sebagai inspirasi pada orang ramai. See, tu pun akan cerita bila dah senang lenang tau. Cuba kalau dia masih susah, ada dia nak up cerita tentang kesusahan dia? Tak ada. Kesimpulannya, semua orang dalam dunia ini ada masalah mereka yang tersendiri, cuma mereka memilih untuk tidak menceritakan pada public. Sebab? Nobody cares about your misery life.
Dalam dunia ni, ramai orang yang mengalami depression. Sangat ramai. Cara membezakan tahap depression mereka adalah dengan tengok cara mereka handle depression tersebut. Ada orang pandai handle, jadi dia tak akan rasa terlalu terbeban dengan depression tersebut. Ada orang tak pandai handle sampai akhirnya boleh memakan dirinya sendiri. Benda paling penting kat sini, kita kena letak mindset, yang Allah swt tak akan uji kita melebihi kemampuan kita. Bila kita rasa macam dah tak berdaya nak lalui certain ujian, dan memilih untuk give up, disitu kita dah tidak percaya akan kemampuan diri kita sendiri. Kemon, Allah swt sendiri percaya yang kau boleh laluinya, kau boleh face the challenges, kau boleh bangun berdiri semula, that's the reason why He put you into that situation Himself. Sebab Dia percaya kau boleh. Tak ke kau rasa bangga bila kau terpilih oleh Yang Maha Esa untuk lalui ujian yang Dia percaya kau boleh atasinya?
Ok, nampak macam entry ni dah mula melalut pula. Sebenarnya macam terkejut sedikit, pagi tadi lepas sahur ada baca dekat post OhBulan yang Arlinabanana try to attempt suicide because of cyber-bullying. Aku antara salah seorang follower Arlina di twitter dan Instagram dulu, sebelum aku delete kedua-dua account tu. Aku suka dengan positive vibes yang ada dalam setiap post beliau. Melalui posts/tweets/vines dia, aku
dapat rasakan yang dia seorang yang sangat fun. Mesti seronok jadi kawan
dia, mesti tak kering gusi. Dan dia sentiasa come out with fresh new
ideas. Macam my date is a book, glass of hope, tweet-tweet yang sentiasa dapat beribu-ribu RT, dan captions dalam Instagram yang selalu sangat bagi motivasi pada diri aku tiap kali rasa down.
Magic, sebab setiap kata-kata dia sangat kena dengan hidup aku. Dan aku rasa bukan aku sorang je yang pernah rasa tersentuh dengan kata-kata dia, ramai orang kat luar sana yang pernah tersentuh dan terinspirasi dengan kata-kata motivasi dari dia. Pernah terbaca yang dia dulu pernah beberapa kali cuba attempt suicide. Setiap kali dia berjaya kawal keinginan diri dia untuk suicide dalam satu-satu masa, dia akan update Instagram dia tentang pencapaian dia dalam mengawal diri dan emosi dia pada satu-satu jangka masa. Setiap kali dia update yang dia rasa sedih, down, dan cuba untuk cederakan diri dia, tak dinafikan aku turut rasa risau dan sedih. Dalam hati mendoakan yang terbaik untuk dia. Sebab aku tahu dia kuat. Plus, she is loved by so many people, she's an inspiration. Dan kita memerlukan lebih ramai positive people like Arlina in this world.
Satu perkara yang aku tak faham, kenapa dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, masih ada manusia yang berhati kurang bersih dan tidak menjaga percakapan serta hati orang lain? (cuba untuk describe sehabis lembut dah ni) Kerjanya bash orang lain teruk-teruk, dengan kata-kata yang tidak enak. Apa keuntungan yang mereka dapat dengan perbuatan macam tu tak tau lah. Since kes Kak Hassanah lagi, then Maryam Lee, and now Arlinabanana pulak. Tak termasuk ke vaksin tu lagi. Orang Malaysia ni...hmm...entahlah. Aku tak marahkan mereka yang di-viral kan tu, tapi aku marahkan keyboard-warriors dan cyber-bullies yang sangat lancang menaip tanpa fikir perasaan orang lain.
Hmm..nak marah kat sini pun tak guna juga, bukan depa baca pun. Huhu. Sementara masih ada saki baki Ramadhan hari ini, sama-samalah kita doakan yang terbaik buat Arlina, moga beliau baik-baik sahaja, and stay strong as she always had. Kat bawah ni ada several screenshot from her Instagram, words yang sangat inspirational bagi aku. Wish she will keep on updating her Instagram with beautiful words as usual after this.
Hidup ini macam roda. Tak selamanya hidup kita akan dihurung kesedihan dan kemurungan. Aku selalu fikir macam ni,
okay, sekarang hidup aku tengah musim sedih, so aku kena get ready sebab
once musim sedih ni dah over, musim kebahagian akan muncul semula dalam
hidup aku. So apa aku perlu buat sekarang? Be prepare. Lawan dan terus lawan kesedihan tu sebab semakin kau terus kuat tolak dan lawan kesedihan itu, semakin kau menghampiri ke checkpoint yang seterusnya, iaitu musim kebahagiaan. Bila musim kebahagiaan dah muncul, cherish and appreciate it wholeheartedly. Peduli kan apa orang kata. Kau berhak atas kebahagiaan hidup kau sendiri. Just go for it. :)
No comments:
Post a Comment