Thursday, January 21, 2016

"Kakak lepas ni nak buat apa?"

Seronok sebenarnya bila ada future conversation dengan Mama & Abah. Sebab aku paling suka dengar pendapat dan pengalaman dari Mama & Abah yang dah lebih dulu makan garam daripada kitorang semua. Dan bila Abah dah keluarkan dialog, "Kakak lepas ni nak buat apa?", aku dengan pantas mencurahkan segala planning 5 tahun kedepan aku yang dah aku rangka secara kasar. 

"Lepas habis ni nak cari kerja. Kerja apa-apa pun tak kisah sebab rezeki Allah itu Maha Luas. Lepas tu nak kumpul duit, nak make sure ada savings yang cukup/lebih untuk pergi Umrah 2018 dengan Mama & Abah nanti. Beli rumah nak buat investment. Kereta tak payah beli, sebab dah ada hehe. Lepas tu nak sambung belajar, buat PJJ nak ambil kos Pengajian Islam. Kalau boleh nak start dari zero, dari diploma. Nak belajar Bahasa Arab, nak belajar mengaji sampai perfecto! Nak kumpul ilmu ukhrawi sampai mata ini tertutup. Lepas tu Nadia nak ajar ilmu-ilmu itu semua kepada orang lain pula, buat saham akhirat nanti. Boleh tak Abah, Mama?" 


Mama : Boleh. Kadang-kadang kita tak tahu, entah-entah bidang pengajian islam tu nanti yang Kakak akan praktikkan dalam kerja dan kehidupan sehari-harian akan datang nanti. Tak semestinya ada degree engineering kena jadi engineer. 

Aku : InsyaAllah Mama ^_^ doakan Kakak selalu ok?

Abah : Habis tu, kahwin nya bila?

Aku : Abah niii... -___________________-" 


Setiap hari aku berdoa, moga-moga setiap perancangan aku ini akan terlaksana dengan jayanya serta dirahmati, diredhai, dan diberkati Allah. Akan tetapi, jika ia tidak berlangsung sepertimana yang dirancang, aku redha, sebab aku percaya, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat aku. 

Entahlah. Aku cuma tak mahu satu hari nanti, bila aku sudah tua dan berkeluarga, aku bangkit dari tidur dengan penyesalan yang tak berpenghujung kerana tak memanfaatkan ilmu akhirat dari usia muda. Itupun kalau ada umur yang panjang. Jadi, ayuh manfaatkan single moment kita sebaiknya. 

;)


No comments:

Post a Comment