Saturday, August 3, 2013

To upload, or not to upload. I choose NO!


Assalamualaikum.


Alhamdulillah, masih diberi keizinan untuk bernafas :) say Alhamdulillah lekaih! Ok. Nampaknya Ramadhan semakin sampai ke penghujung. To be honest, rasa sedih sangat ni. Entahlah, kali ni aku tak rasa excited langsung nak raya macam tahun-tahun sudah. Baju raya pun tak beli, tak ada mood nak beli pun. Semakin bertambah umur, semakin aku rasa yang RAYA ni tak membawa apa-apa makna sangat pun. RAMADHAN tu lebih bermakna. 


Tapi macam biasa, seperti tahun-tahun sudah, aku selalu jadi orang yang rugi sebab selalu sia-siakan Ramadhan dan biar ia pergi macam tu saja. Tapi tahun ni aku cuba tak banyak, sikit untuk memaknakan Ramadhan dalam hidup aku. Siapa tahu, mungkin ini Ramadhan terakhir aku. But still, aku rasa macam tak puas, aku rasa macam aku masih lagi lalai T.T masih lagi tak manfaatkan peluang ni secukupnya. Masih ada lagikah peluang buat aku selepas ini? :'(


Raya dah nak dekat. As usual, medan social network akan sibuk berperang. Berperang berlawan gambar. Hihihi. Gambar family siapa paling lawa bergaya dengan baju raya yang sedondondon. Gambar rendang, lemang, ketupat siapa yang paling nyumnyumnyum. Gambar bunga api siapa yang paling sparkling bling-bling-bling. Ini lumrah orang melayu kita :) aku pun tidak terkecuali.


So, aku kan dah pernah berazam untuk tidak mengupload sebarang gambar ke laman social lagi. Huh, masa ni lah nak buktikan! Still, aku masih tak yakin. Tapi aku akan cuba lawan, lawan, lawan dan LAWAN! No upload! No upload! NO UPLOAD! 


Tipulah kalau nak kata sepanjang Ramadhan ni tak ada godaan untuk mengupload gambar. Ada je =,=" Tapi tiap kali nak upload tu, fikir duablasratustigaplohtujuh kali jugaklah. "Perlu ke aku upload?" "Apa faedah yang aku dapat?" "Likes?" "Then?" "Dapat apa lagi?" "Nak tunjuk kat sapa je pun?" "Muka ko tak lawa pun." "Baju ko tak cantik." "No one even cares about your updates." OKEH!! Tidak perlu kannnnn? ;) 


So, jom kita drag gambar-gambar yang konon-konon nak upload tu ke dalam private folder dalam laptop yang hanya khas buat tatapan family dan bakal suami. *Eh! kbai. :P



No comments:

Post a Comment