Thursday, July 23, 2015

Satu pagi di hari raya





Tak. Tak. Bukan Dubsmash. Ini video namanya kena troll. KAH! Walaupun waktu ni dah masuk hari raya kedua dahpun, feeling happy+eksaited dia macam raya pertama gittew~


Dan seperti biasa, pose na'abella hijabis yang wajib setiap tahun. Tahun ni special sikit sebab dah bertambah seorang ahli ;) 




Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.

(^_^)y


Thursday, July 9, 2015

Mengenang tempat jatuhnya hati ini yang jauh dimata dekat dihati


Bila masuk bulan Ramadhan, kerinduan pada Tanah Suci menjadi berlipat-lipat kali ganda. Beruntungnya mereka, tetamu-tetamu Allah yang dapat menunaikan Umrah dalam bulan yang mulia ni, Subhanallah. Makkah & Madinah Live streaming jadi website favourite sejak masuknya 1 Ramadhan 1436. Suka betul tengok suasana orang ramai berebut-rebut untuk beribadah pada Allah. Sehinggakan solat tarawikh di sana membawa ke jalan-jalan kaki lima menunjukkan betapa ramainya jemaah menyambut Ramadhan di sana. 


Dan lagi satu perkara yang aku suka bila tengah live streaming ni adalah bilamana Imam membacakan surah dalam solat dengan sepenuh penghayatan hinggakan para jemaah turut sebak dan menangis dalam solat. Even aku pun turut rasa sebak dan adakalanya bergenang juga air mata ni bila baca tafsir ayat yang dibaca sambil menghayati bacaan Imam. MasyaAllah. Untungnya mereka yang memahami setiap bait patah perkataan yang terkandung di dalam Al-Quran. Rasa sedih pula mengenangkan diri sendiri ini. :'(






Kelebihan ibadat Umrah pada bulan Ramadhan.


UMRAH atau ziarah ke tanah suci Makkah amat dituntut sepanjang Ramadhan. Perkara ini kerana ibadat itu dikerjakan di tempat suci iaitu Makkah dan pada bulan mulia, Ramadhan. Lebih-lebih lagi jika dilakukan pada sepuluh malam terakhir pada bulan tersebut. Kerana itu tidak hairanlah dua tanah suci itu akan dipenuhi dengan para jemaah untuk mencari kelebihan malam lailatul qadar. Bayangkan pahala yang berlipat ganda jika kita beribadat pada malam tersebut. Pahalanya menyamai seperti beribadat seribu bulan, ditambah dilaksanakan di tanah suci, MasyaAllah! 


Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud; 
“Melakukan umrah pada bulan Ramadhan menyamai ibadah haji.” 

Dalam hadis lain Rasulullah bersabda yang bermaksud: 
“Apabila datang bulan Ramadhan, kerjakanlah umrah kerana umrah dalamnya setingkat dengan haji.” 


Jemaah yang mengerjakan umrah pada bulan ini juga memperoleh banyak ganjaran disebabkan mereka mengerjakan ibadat lain di Masjidil Haram. Masjidil Haram ialah masjid paling mulia di sisi Allah diikuti Masjid Nabawi, Masjid al-Aqsa dan Masjid Kiblatain. Diriwayatkan, ganjaran pahala mengerjakan solat di Masjidil Haram menyamai 100,000 ganjaran. Dalam hal ini, ulama mengkiaskan pahala solat seperti dinyatakan dalam hadis itu, bahawa ia turut meliputi ibadat lain seperti Qiamullail, membaca al-Quran dan iktikaf. Di samping mengerjakan ibadat umrah seperti tawaf dan saie, jemaah berpeluang mengunjungi Masjid Nabawi. Dalam hadis lain, Rasulullah menjelaskan, ganjaran mengerjakan solat di masjid itu menyamai 1,000 pahala




Wednesday, July 8, 2015

Lailatul Qadr




Orang yang mendapat malam Al Qadar sungguh bertuah. Hasil mujahadah, doa, taubatnya pada malam berkenaan, malaikat terus bertamu dan mendominasi hatinya. Sejak malam itu suara hati kecilnya akan sentiasa mengatasi hati besarnya.

Mujahadahnya akan terbantu. Perjalanannya menuju Allah akan lebih terpimpin dan terjamin. Hatinya menjadi pusat kesucian dan kebaikan. Maka lahirlah yang baik-baik sahaja pada tindakan dan percakapan. Mahmudahnya menenggelamkan mazmumah.

Itulah hati orang yang telah mendapat malam Al Qadar. Orang lain mungkin tidak perasan pada awalnya. Ia hanya dapat dirasai oleh orang yang mengalaminya. Rasa tenang, bahagia, lapang dan sejuk. Kemudian sedikit demi sedikit orang lain mula ketara. Ah, dia sudah berubah. Ah, indahnya perilakunya.

Subhanallah, dia telah berubah. Apa yang ada dalam hatinya mula terserlah. Dan itulah tanda-tanda malam Al Qadar tahun itu yang paling ketara dan terasa, bukan pada alam dan jagat raya tetapi pada diri manusia makhluk yang paling sempurna.

Semoga malam-malam berbaki ini, kita akan menambah pecutan amal. Tidak kiralah sama ada Al Qadar telah berlalu atau masih menanti detik untuk bertamu. Kita tidak akan menunggu tetapi kita akan memburu.

Kita akan terus memburu sekalipun malam ganjil telah tamat dan Ramadhan sudah berakhir. Sampai bila? Sampai bila-bila. Kerana bagi mukmin yang cintakan Allah, seolah-olah setiap malam adalah ‘malam Al Qadar’. Al Qadar boleh datang, boleh pergi… tetapi Penciptanya sentiasa ada… sampai bila-bila. Semoga kita mati, setelah bertemu malam Al Qadar ini (1436 h) atau dalam perjalanan menuju malam Al Qadar nanti…

Persediaan menemuinya bukan dibuat  semalaman, seharian, mingguan atau bulanan. Tetapi seluruh hayat kita adalah persediaan untuk “menemuinya”. Mengapa? Kerana perjuangan membersihkan hati adalah perjuangan sepanjang hayat. Qalbun Salim (hati sejahtera) itu adalah cita-cita abadi kita!

Ya Allah, untuk mengatakan cinta, aku takut berdusta. Untuk mengatakan tidak, aku takut derhaka. Aku hanya insan hina, yang sedang jatuh bangun di jalan berliku menuju-Mu. Bantulah aku, kesihanilah aku, sayangilah aku… Jangan KAU pinggirkan aku wahai Rahman, wahai Rahim.


Monday, July 6, 2015

I do really hope so.



Sebab kita tak tahu apa yang Allah dah aturkan untuk kita di depan sana. Setiap aturan Allah tu kan adalah yang terindah dan tercantik menjangkaui akal fikiran manusia. Kun Fayakun. Percaya pada kuasa Allah. Allah hanya beri yang terbaik buat hamba-Nya. InsyaAllah, aku akan terus setia dan sabar menanti setiap hikmah dari-Nya. Moga Allah redha. :)

Ada apa dengan Cinta?

Tengah blogwalking tadi. Tiba-tiba tersinggah satu blog ni, first time singgah to be exact. Tertarik dengan penyusunan tiap baris ayat-ayatnya. Simple tapi padu. Tengah asyik membaca tiba-tiba tersentak dengan satu ayat ni...


"Cinta sama ada akan menghilangkan diri kita atau menemukan siapa kita."


Entah mengapa semacam terpesona selama 2 minit dengan kebenaran sepotong ayat itu. Benar sekali, kerana suatu ketika dahulu, aku pernah 'kehilangan' diri aku sendiri gara-gara cinta manusia. Dan dalam fasa waktu aku 'kehilangan' diri itu, aku rasa ia adalah saat yang paling mengerikan dalam hidup aku setakat ini. 3 tahun lebih aku cuba mencari kembali diri aku yang 'hilang' itu. Bermacam-macam cara aku dah cuba. Masih tak jumpa apa yang aku cari. Sehingga lah suatu hari, aku dijemput Dia ke rumah-Nya :')



Makkah Al-Mukarramah & Madinah Al-Munawarah



Dan ya, aku berjaya menemui apa yang aku cari-cari selama ini di sini. Malah lebih lagi. Subhanallah. Benar ia cinta, pertama kali menatap mata saja rasa cinta sudah turun terus menusuk ke dalam hati ini. Benar ia cinta, sepanjang keberadaanku di sana, tiada lain yang kurasakan hanyalah kedamaian, ketenangan, kesyahduan, kecintaan, dan macam-macam perasaan indah lagi. Benar ia cinta, kerana hati ini terasa sungguh dekat dengan Rabb ku yang Maha Penyayang dan kekasih-Nya, baginda Rasulullah SAW. Benar ia cinta, kerana jiwa ini berasa dekat dan kasih akan tempat ini dan jika boleh serasa ingin tinggal di sini buat selamanya. Benar ia cinta, tatkala jiwa dan raga berasa sungguh berat untuk meninggalkan tempat suci ini. Benar ia cinta, apabila setiap hari aku berdoa dan berazam kuat untuk ke sana lagi. 


Hidup ini terasa sangat indah, apabila kita berjaya menemui cinta yang sebenar-benarnya. Kan? :)


Saturday, July 4, 2015

One day I'm going to tell the people how I pulled through!




This is my fight song
Take back my life song
Prove I'm alright song
My power's turned on
Starting right now I'll be strong
I'll play my fight song
And I don't really care if nobody else believes
'Cause I've still got a lot of fight left in me.



Mungkin di mata orang, aku lah manusia yang paling gagal tika ini. Mungkin di mata orang, aku lah manusia yang paling hopeless, useless, meaningless, helpless dan macam-macam 'less' lagi. Allah saja yang tahu, betapa setiap hari aku struggling. Struggling whether to give up or keep fighting. Setiap hari aku berperang dengan bisikan hati yang menyuruh aku untuk berputus asa. Betapa kuatnya bisikan itu bergema di dalam minda ku setiap saat. Sehingga kan aku ambil keputusan untuk tidur dan tidur dan tidur selama mungkin demi mengelakkan otak aku dari berfikir dan terus berfikir tentang kegagalan aku. Adakala aku merasakan aku lah manusia yang paling tidak berguna dalam dunia ni.



"Apapun yang terjadi kepada kita saat ini, 
Bertahanlah wahai jiwa.
Tuhan akan perbaiki segalanya.
Berpautlah wahai jiwa Allah sedang melihatmu. 
Bertahanlah wahai rasa Tuhan masih cinta. 
Ini bukan mimpi. 
Ini sedang terjadi. 
Kau tertikam dan terlukakan. 
Itu bukan apa-apa. 
Kau cuma sedang hidup."



Ya. Hakikatnya aku sedang hidup. Bangkitlah Nadia, dan berjalanlah walau dengan air mata. Kejar cita-cita mu hingga sampai ke penghujungnya. Dan andai panjang umur, suatu hari nanti, ceritakanlah pada mereka bagaimana engkau berjaya atasi kegagalanmu itu lalu terus mara dan bangkit. 



'Dan mereka tersungkur di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu’. 
(Al-Isra’ :109)



InsyaAllah :')

Tuesday, June 9, 2015

Penggoncang Dunia Dari Kerusi Roda

"Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.

Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.

Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. Carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH."





Subhanallah. Terkesan betul lepas baca buku ni. Dahsyat dan kentalnya semangat seorang Syeikh Ahmad Yassin meskipun beliau hanya berkerusi roda. Paling kagum dengan cara beliau meniupkan roh islam dalam mendidik anak didiknya. Sampaikan diceritakan, jika pada hari itu di kelas, beliau mengajar tentang solat malam pada anak muridnya, keesokkan paginya ibu-bapa pada murid-murid itu akan datang ke sekolah dan mengadu bahawa malam itu anak-anak mereka tidak tidur kerana mahu berjaga untuk solat malam. MasyaAllah. Rasa tak puas baca buku ni. Mungkin kena cari buku tambahan berkenaan Syeikh Ahmad Yassin untuk lebih mengetahui cara hidup dan amalan-amalan beliau sehingga semangatnya memperjuangkan Islam mampu menggoncangkan dunia dan menggentarkan musuh-musuh Islam.