Monday, July 6, 2015

Ada apa dengan Cinta?

Tengah blogwalking tadi. Tiba-tiba tersinggah satu blog ni, first time singgah to be exact. Tertarik dengan penyusunan tiap baris ayat-ayatnya. Simple tapi padu. Tengah asyik membaca tiba-tiba tersentak dengan satu ayat ni...


"Cinta sama ada akan menghilangkan diri kita atau menemukan siapa kita."


Entah mengapa semacam terpesona selama 2 minit dengan kebenaran sepotong ayat itu. Benar sekali, kerana suatu ketika dahulu, aku pernah 'kehilangan' diri aku sendiri gara-gara cinta manusia. Dan dalam fasa waktu aku 'kehilangan' diri itu, aku rasa ia adalah saat yang paling mengerikan dalam hidup aku setakat ini. 3 tahun lebih aku cuba mencari kembali diri aku yang 'hilang' itu. Bermacam-macam cara aku dah cuba. Masih tak jumpa apa yang aku cari. Sehingga lah suatu hari, aku dijemput Dia ke rumah-Nya :')



Makkah Al-Mukarramah & Madinah Al-Munawarah



Dan ya, aku berjaya menemui apa yang aku cari-cari selama ini di sini. Malah lebih lagi. Subhanallah. Benar ia cinta, pertama kali menatap mata saja rasa cinta sudah turun terus menusuk ke dalam hati ini. Benar ia cinta, sepanjang keberadaanku di sana, tiada lain yang kurasakan hanyalah kedamaian, ketenangan, kesyahduan, kecintaan, dan macam-macam perasaan indah lagi. Benar ia cinta, kerana hati ini terasa sungguh dekat dengan Rabb ku yang Maha Penyayang dan kekasih-Nya, baginda Rasulullah SAW. Benar ia cinta, kerana jiwa ini berasa dekat dan kasih akan tempat ini dan jika boleh serasa ingin tinggal di sini buat selamanya. Benar ia cinta, tatkala jiwa dan raga berasa sungguh berat untuk meninggalkan tempat suci ini. Benar ia cinta, apabila setiap hari aku berdoa dan berazam kuat untuk ke sana lagi. 


Hidup ini terasa sangat indah, apabila kita berjaya menemui cinta yang sebenar-benarnya. Kan? :)


No comments:

Post a Comment