Thursday, July 9, 2015

Mengenang tempat jatuhnya hati ini yang jauh dimata dekat dihati


Bila masuk bulan Ramadhan, kerinduan pada Tanah Suci menjadi berlipat-lipat kali ganda. Beruntungnya mereka, tetamu-tetamu Allah yang dapat menunaikan Umrah dalam bulan yang mulia ni, Subhanallah. Makkah & Madinah Live streaming jadi website favourite sejak masuknya 1 Ramadhan 1436. Suka betul tengok suasana orang ramai berebut-rebut untuk beribadah pada Allah. Sehinggakan solat tarawikh di sana membawa ke jalan-jalan kaki lima menunjukkan betapa ramainya jemaah menyambut Ramadhan di sana. 


Dan lagi satu perkara yang aku suka bila tengah live streaming ni adalah bilamana Imam membacakan surah dalam solat dengan sepenuh penghayatan hinggakan para jemaah turut sebak dan menangis dalam solat. Even aku pun turut rasa sebak dan adakalanya bergenang juga air mata ni bila baca tafsir ayat yang dibaca sambil menghayati bacaan Imam. MasyaAllah. Untungnya mereka yang memahami setiap bait patah perkataan yang terkandung di dalam Al-Quran. Rasa sedih pula mengenangkan diri sendiri ini. :'(






Kelebihan ibadat Umrah pada bulan Ramadhan.


UMRAH atau ziarah ke tanah suci Makkah amat dituntut sepanjang Ramadhan. Perkara ini kerana ibadat itu dikerjakan di tempat suci iaitu Makkah dan pada bulan mulia, Ramadhan. Lebih-lebih lagi jika dilakukan pada sepuluh malam terakhir pada bulan tersebut. Kerana itu tidak hairanlah dua tanah suci itu akan dipenuhi dengan para jemaah untuk mencari kelebihan malam lailatul qadar. Bayangkan pahala yang berlipat ganda jika kita beribadat pada malam tersebut. Pahalanya menyamai seperti beribadat seribu bulan, ditambah dilaksanakan di tanah suci, MasyaAllah! 


Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud; 
“Melakukan umrah pada bulan Ramadhan menyamai ibadah haji.” 

Dalam hadis lain Rasulullah bersabda yang bermaksud: 
“Apabila datang bulan Ramadhan, kerjakanlah umrah kerana umrah dalamnya setingkat dengan haji.” 


Jemaah yang mengerjakan umrah pada bulan ini juga memperoleh banyak ganjaran disebabkan mereka mengerjakan ibadat lain di Masjidil Haram. Masjidil Haram ialah masjid paling mulia di sisi Allah diikuti Masjid Nabawi, Masjid al-Aqsa dan Masjid Kiblatain. Diriwayatkan, ganjaran pahala mengerjakan solat di Masjidil Haram menyamai 100,000 ganjaran. Dalam hal ini, ulama mengkiaskan pahala solat seperti dinyatakan dalam hadis itu, bahawa ia turut meliputi ibadat lain seperti Qiamullail, membaca al-Quran dan iktikaf. Di samping mengerjakan ibadat umrah seperti tawaf dan saie, jemaah berpeluang mengunjungi Masjid Nabawi. Dalam hadis lain, Rasulullah menjelaskan, ganjaran mengerjakan solat di masjid itu menyamai 1,000 pahala




No comments:

Post a Comment