Monday, April 13, 2015

Pertolongan Allah Itu Dekat.





“Hasbunallahu wa ni`mal Wakil’" 

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

"Allah (Alone) is Sufficient for us, and He is the Best Disposer of affairs (for us)."

 آل عمران‎ : Surah Al ‘Imran (3:173)



Subhanallah. Hari ini aku ditarbiyah Allah dengan betapa 'power' dan betapa berkesannya kalimat 'Hasbunallahu wa ni' mal wakil' ini. Allahuakbar. Zikir yang andai kita lafazkan dengan penuh keikhlasan dan bergantung serta bertawakkal sepenuhnya kepada Allah yang Maha Kuasa, nescaya kita akan dapat merasai pertolongan Allah yang terlalu hampir dengan diri kita ini. 


Masalah yang membelenggu jiwa selama kurang lebih seminggu-dua ini ternyata selesai dalam masa kurang sehari semestinya dengan pertolongan Allah yang Satu. MasyaAllah. Betapa hebat kuasa-Mu. 


Sesungguhnya pertolongan Allah itu terlalu dekat. Usaha lah, walau sekecil mana, walau seakan tidak membuahkan sebarang hasil, usaha lah. Nescaya Allah akan bantu. Dan benar, sungguh benar sekali, betapa bantuan Allah itu dekat. Sangat dekat dengan hamba-Nya. Pohonlah. Mintalah. Allah akan bagi. Yakin. Pasti. :')



Saturday, April 11, 2015

Homesick.


Andai diberikan emas permata, ku pilih senyumanmu Mama & Abah :')


Perlis tidak lah jauh mana, masih lagi di dalam Malaysia. Tapi jarak masa perjalanan dari Perlis ke Shah Alam tu boleh dikatakan agak jauh juga lah. Ibarat dari KLIA ke Jeddah yang memakan masa 8 jam perjalanan menaiki flight. Cewwah~ Dan jarak perjalanan yang jauh itu acapkali menjadikan diri ini mengeluh, mana tidaknya tambang bukannya murah untuk aku kerap balik ke rumah. Tambah pula 8 jam, pergi-balik memakan masa hampir seharian di atas jalan. 


Since matriks hinggalah kini, jodoh tempat pengajianku semestinya di dalam lingkungan kawasan Utagha. Aku harap sangat bila tamat pengajian selepas ini, 'jodohku' adalah di dalam lingkungan kawasan Shah Alam, Kuala Lumpur, dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. InsyaAllah, Ameeen. Hehehe. 'Jodoh' tempat kerja lah! Tapi kalau 'jodoh' yang 'itu' pun apa salahnya kan? ;) Sebab dah tak larat nak berjauhan dengan dua wajah kesayangan hamba kat atas tu. Aku nak dekat dengan mereka supaya aku dapat jaga mereka sebaiknya sepertimana mereka telah menjaga aku selama 24 tahun ni bagaikan menatang minyak yang penuh. 


Nanti bila dah tiba waktunya, biarlah aku yang bekerja, Abah boleh berehat di rumah, dan boleh luangkan lebih masa di masjid. Mama pun macam tu juga, bila ada free time, aku nak join Mama ke majlis-majlis ilmu. And aku nak belajar mengaji dengan Mama sampai betul-betul power sampai aku boleh mengajar mengaji pada orang lain, InsyaAllah. Banyak cita-cita yang telah aku rancang untuk diluangkan bersama mereka. Terlalu banyak. Aku sentiasa berdoa, moga aku disempatkan untuk terus bernafas sehingga waktu dimana aku dapat berbakti kepada mereka berdua. Sebab aku dah terlalu banyak menyusahkan mereka. Terlalu banyak. 


Bila tengok gambar kat atas tu lama-lama, baru aku perasan yang aku banyak mewarisi muka Abah. Kan? 


Friday, April 10, 2015

Persiapan Menjelang Ramadhan


Terbaca satu perkongsian status di Facebook ; 


"Kita ni jangan sekadar cukup dengan sedih dan menyesal saja apabila kita ada niat untuk lakukan suatu amal, kemudian tiba-tiba kita tak dapat buat.

Ibn Athoillah pesan kepada kita :

"Kesedihan atas kehilangan amal ketaatan dalam keadaan kita tidak berusaha untuk meningkat ke sana adalah antara petanda keterperdayaan."

Kadangkala, cara kita cuba buat amal itu belum betul-betul cukup membuktikan keazaman dalam jiwa kita. Hanya dengan cukup ada rasa dalam hati atau cakap mulut saja, selepas tu, kita tidak merancang betul-betul, tidak usahakan pelbagai jalan yang dapat membantu kita melakukan amal itu.

Jangan berhenti berusaha.

Lihat semula keazaman dalam jiwa kita.

Kalau benar keazaman itu dalam jiwa kita, Allah pasti membuka jalan memudahkannya. Cuma kadangkala kita ini belum betul-betul kuat azam, sebab itu, masih terasa susah."



Indeed. Kadang-kadang, apabila terlepas satu-satu amalan tu, hati rasa menyesal yang teramat. Sampai rasa nak menangis. But then, usaha untuk tebus semula penyesalan tu tak setimpal dengan nilai sesalan itu sendiri. Kenapa? Mengapa? Adakah kerana usaha untuk berubah menjadi insan yang lebih baik itu hanyalah hangat-hangat tahi ayam? Hanya membara-bara setakat di bibir sahaja kah? 




End-up terjumpa post Kak Mili yang super ohsem ni. Ways to analyse balik tahap ke-istiqamah-an kita sehari-harian. Cool sangat! Macam mana boleh tak pernah terfikir cara ohsem macam ni selama ni?




Biasa buat yang klise macam kat atas ni je. Just tick-tick-tick je yang mana dapat disempurnakan. So, bila dah jumpa better ways, apa lagi....Tadaaaaa~!




My very own solah timetable to be analyzed for. Since baru print semalam, dia nampak macam sok-sok suci lagi. Hehe. Kita tengok hujung bulan nanti macam mana pergi dia? (^_^)y KEEP ON MOVING FORWARD NADIA!  



Wednesday, April 8, 2015

Allah, Engkau dekat.


"Aku pernah terbaca; 

Hanya mereka-mereka yang hilang arah
akan mengerti perasaan dijumpa semula.

Betapa benar.

Dan betapalah sebenarnya hakikat hidup adalah tidak ada seorang pun yang
pernah jauh dan tersasar arah. Cuma dipilih untuk tidak dijumpa. 

Apa yang kau cari--
Sentiasanya lebih qarib sama jantungmu.
Telah lama selalu ada.

Dekat. 

Minta. 
Dan kau akan jumpa."


-FynnJamal-



Andai kau punya wang, punya peluang, biarlah rumah Allah ini yg menjadi tempat pertama yg kau lawati. Pasti, selepas itu walau kau tawan seluruh dunia, takkan sama perasaan tika berada di rumah Allah.



Tanpa sedar, mengalir air mataku membaca bait-bait kata di dalam post FynnJamal yang kini sedang menunaikan Umrah di Bumi Haramain. Allahuakbar, sesak dada ini menahan rindu yang terlalu sarat. Masih segar dalam ingatan betapa aku diuji di sana demi mengejar cinta-Nya yang sungguh berharga. Berkali-kali air mataku tumpah disana, mengenangkan dosa-dosaku pada Maha Pencipta yang menggunung tinggi. 


Apabila diuji dengan fitrah wanita, hatiku merajuk hiba tidak terkata. Terkadang terfikir, mungkin Allah tidak sudi menerimaku dek kerana dosaku yang terlalu banyak. Siang malam menangis, merayu, memohon ampun pada-Nya, sudilah kiranya Allah memberi aku peluang dan menerima aku sebagai tetamu-Nya. Syukur Alhamdulillah, aku masih diberi peluang untuk beribadah dalam keadaan yang suci di sana. Dan apabila selesai Umrahku yang pertama, Subhanallah, Tuhan saja yang tahu betapa bahagianya hati ini. Seakan-akan cinta Allah memelukku erat sambil memujukku seakan-akan Allah sedang membisikkan "Aku ada, hambaku, Aku sentiasa ada disisimu, usah gusar. Berpautlah sepenuhnya kepada-Ku, hamba-Ku. Aku ada." 


Betapa berharganya cinta Yang Maha Esa itu. Aku percaya, aku diuji sedemikian rupa semestinya bersebab. Supaya aku lebih menghargai cinta Allah yang Maha Berharga itu. Supaya aku belajar untuk memohon keampunan dari Yang Maha Esa dengan hati yang ikhlas dan bersungguh-sungguh. Ya Rabb, sesungguhnya Engkau dekat, terlalu dekat. Selama ini aku yang buta. Kini sudah kujumpai, apa yang aku cari-cari selama ini. Syukur Alhamdulillah. Dan tidak akan aku lepaskan cinta ini buat selama-lamanya. Tidak akan. 


Tuesday, April 7, 2015

Cemburu






Aku cemburu melihat seorang wanita yang saat hatinya terluka, dia hanya mengadu pada-Mu. Aku cemburu dengan ketaatannya pada-Mu. Aku cemburu padanya yang tetap istiqomah walau tak mudah. Aku cemburu padanya yang selalu bertasbih walau godaan dunia semakin menggoda dan menghampirinya. Ya Allah, jadikanlah & golongkanlah hamba dalam kalangan wanita yang sentiasa tabah dalam menghadapi dugaan-Mu, tetapkanlah hati hamba agar hamba sentiasa istiqomah & jauhkanlah hamba dari perkara-perkara yang membuatkan hamba jauh dari-Mu. Ameen Ya Rabb.



Seorang Aku Yang Masih Belajar (Part 2)


Ingat lagi tak dengan post 'Seorang Aku Yang Masih Belajar'? Post tu antara post yang paling banyak view setakat ini. Kadang-kadang dalam sehari boleh mencecah kepada 50 pageviews untuk page itu sahaja. WOW! Rasa terkezut jugak sebab blog ni boleh dikira terpencil dan tersorok jugak. Aku tak tau apa yang readers cari dalam google sampai terkeluar post tu dalam carian google mereka. 


Secara jujurnya, post tu aku taip memang lahir dari hati yang ikhlas dan betul-betul mengharap akan ada miracle yang terjadi dan seterusnya dapat mencetuskan keberanian yang telah lama terpendam dalam hati kerana menunggu masa yang betul-betul sesuai. Alhamdulillah, sesungguhnya hanyalah kuasa Allah yang mampu 'trigger' keberanian aku itu, dengan cara yang penuh hikmah melalui ibadah Umrah yang aku kerjakan bersama keluargaku dua bulan lepas. Syukur Alhamdulillah, doaku di depan Kaabah dimakbulkan Allah. 



Confession dari hati suatu ketika dahulu.





Dan kebanyakan responds nya agak menyentuh hati aku. Terima Kasih :') 
Dan sehingga detik ini, aku masih lagi seorang insan yang masih belajar. :)




Kompang Dipalu.


Alhamdulillah. Majlis Resepsi Benjol yang bertarikh 4 April 2015 berjalan dengan jayanya. Syukur Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang kesulitan dengan izin-Nya jua. Seronok melihat Abah & Mama gembira melayani tetamu yang hadir. 


With my dear bestfriend since highschool, Kamila


Sudah menjadi adat, di waktu kenduri-kendara begini lah adik-beradik yang sudah punya calon dihati mengambil peluang terbaik untuk diperkenalkan kepada Mama & Abah. Hehe. Ami dengan ehem-ehem nya dan Adik pula dengan ihim-ihim nya. Dan aku? None. Unknown. Undefined. Atau dengan bahasa cantiknya, masih menjadi rahsia Allah. Masih belum kelihatan bayangnya pun lagi. Letih juga nak explain pada saudara-mara, jiran-jiran dan sahabat handai apabila mereka mula bertanyakan tentang 'abang' yang itu. Biarlah, sejujurnya aku lebih selesa begini. Lebih secure tanpa sebarang komitmen. Kita jaga hak Allah, Allah akan menjaga hak kita, InsyaAllah. :) 



Banyak lagi perkara lain yang harus difikirkan selain hal itu. Mungkin 24 itu adalah umur yang paling ideal untuk seorang wanita mendirikan rumahtangga, tapi jika sudah tertulis yang masanya belum tiba, tidak boleh buat apa-apa juga kan? Biarlah aku gunakan masa bujang yang ada ini untuk persiapan diri sendiri. Siapa tahu, aku akan dilamar Malaikat Maut terlebih dahulu. Allahurobbi. Ngeri memikirkan betapa diri ini tidak bersedia dengan amalan yang cukup untuk dipersembahkan kepada Allah Yang Maha Esa. 



Masa yang ada ini juga akan aku gunakan sebaiknya untuk Mama & Abah. Untuk perbaiki diri ini setiap hari. Untuk bertaubat dan beribadah sebanyak yang boleh. Untuk menimba ilmu sebanyak yang mungkin. Untuk membaca buku sebanyak-banyaknya. Untuk lebih mendalami Al-Quran & Sunnah. Untuk mengamalkan setiap ilmu yang diperolehi secara istiqamah dan ikhlas. Untuk menyumbangkan sesuatu kepada Islam. InsyaAllah, Amin. 



#Nowreading :)



Tambahan pula since balik dari Umrah hari itu, aku lebih yakin dan faham dengan apa yang hati aku perlukan dan dambakan selama ini. Cinta Allah & Rasulullah. That's it. Terima kasih, Allah. Sebab beri aku peluang untuk betul-betul sujud pada Engkau. Terima Kasih, Allah. Sebab sudi menjemput hamba yang hina ini. Terima Kasih, Allah. Sebab beri aku peluang untuk fahamkan betul-betul bahawa hanya Engkau berhak di letak dalam hati. Terima Kasih, Allah. Sebab beri aku peluang untuk perbaiki diri. Terima Kasih, Allah. Sebab beri aku peluang untuk menikmati dan menghargai limpahan nikmat dan kasih sayang-Mu yang tidak berbelah-bahagi itu padaku, hamba-Mu. :')