Tuesday, April 7, 2015

Kompang Dipalu.


Alhamdulillah. Majlis Resepsi Benjol yang bertarikh 4 April 2015 berjalan dengan jayanya. Syukur Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang kesulitan dengan izin-Nya jua. Seronok melihat Abah & Mama gembira melayani tetamu yang hadir. 


With my dear bestfriend since highschool, Kamila


Sudah menjadi adat, di waktu kenduri-kendara begini lah adik-beradik yang sudah punya calon dihati mengambil peluang terbaik untuk diperkenalkan kepada Mama & Abah. Hehe. Ami dengan ehem-ehem nya dan Adik pula dengan ihim-ihim nya. Dan aku? None. Unknown. Undefined. Atau dengan bahasa cantiknya, masih menjadi rahsia Allah. Masih belum kelihatan bayangnya pun lagi. Letih juga nak explain pada saudara-mara, jiran-jiran dan sahabat handai apabila mereka mula bertanyakan tentang 'abang' yang itu. Biarlah, sejujurnya aku lebih selesa begini. Lebih secure tanpa sebarang komitmen. Kita jaga hak Allah, Allah akan menjaga hak kita, InsyaAllah. :) 



Banyak lagi perkara lain yang harus difikirkan selain hal itu. Mungkin 24 itu adalah umur yang paling ideal untuk seorang wanita mendirikan rumahtangga, tapi jika sudah tertulis yang masanya belum tiba, tidak boleh buat apa-apa juga kan? Biarlah aku gunakan masa bujang yang ada ini untuk persiapan diri sendiri. Siapa tahu, aku akan dilamar Malaikat Maut terlebih dahulu. Allahurobbi. Ngeri memikirkan betapa diri ini tidak bersedia dengan amalan yang cukup untuk dipersembahkan kepada Allah Yang Maha Esa. 



Masa yang ada ini juga akan aku gunakan sebaiknya untuk Mama & Abah. Untuk perbaiki diri ini setiap hari. Untuk bertaubat dan beribadah sebanyak yang boleh. Untuk menimba ilmu sebanyak yang mungkin. Untuk membaca buku sebanyak-banyaknya. Untuk lebih mendalami Al-Quran & Sunnah. Untuk mengamalkan setiap ilmu yang diperolehi secara istiqamah dan ikhlas. Untuk menyumbangkan sesuatu kepada Islam. InsyaAllah, Amin. 



#Nowreading :)



Tambahan pula since balik dari Umrah hari itu, aku lebih yakin dan faham dengan apa yang hati aku perlukan dan dambakan selama ini. Cinta Allah & Rasulullah. That's it. Terima kasih, Allah. Sebab beri aku peluang untuk betul-betul sujud pada Engkau. Terima Kasih, Allah. Sebab sudi menjemput hamba yang hina ini. Terima Kasih, Allah. Sebab beri aku peluang untuk fahamkan betul-betul bahawa hanya Engkau berhak di letak dalam hati. Terima Kasih, Allah. Sebab beri aku peluang untuk perbaiki diri. Terima Kasih, Allah. Sebab beri aku peluang untuk menikmati dan menghargai limpahan nikmat dan kasih sayang-Mu yang tidak berbelah-bahagi itu padaku, hamba-Mu. :')


No comments:

Post a Comment