Wednesday, April 8, 2015

Allah, Engkau dekat.


"Aku pernah terbaca; 

Hanya mereka-mereka yang hilang arah
akan mengerti perasaan dijumpa semula.

Betapa benar.

Dan betapalah sebenarnya hakikat hidup adalah tidak ada seorang pun yang
pernah jauh dan tersasar arah. Cuma dipilih untuk tidak dijumpa. 

Apa yang kau cari--
Sentiasanya lebih qarib sama jantungmu.
Telah lama selalu ada.

Dekat. 

Minta. 
Dan kau akan jumpa."


-FynnJamal-



Andai kau punya wang, punya peluang, biarlah rumah Allah ini yg menjadi tempat pertama yg kau lawati. Pasti, selepas itu walau kau tawan seluruh dunia, takkan sama perasaan tika berada di rumah Allah.



Tanpa sedar, mengalir air mataku membaca bait-bait kata di dalam post FynnJamal yang kini sedang menunaikan Umrah di Bumi Haramain. Allahuakbar, sesak dada ini menahan rindu yang terlalu sarat. Masih segar dalam ingatan betapa aku diuji di sana demi mengejar cinta-Nya yang sungguh berharga. Berkali-kali air mataku tumpah disana, mengenangkan dosa-dosaku pada Maha Pencipta yang menggunung tinggi. 


Apabila diuji dengan fitrah wanita, hatiku merajuk hiba tidak terkata. Terkadang terfikir, mungkin Allah tidak sudi menerimaku dek kerana dosaku yang terlalu banyak. Siang malam menangis, merayu, memohon ampun pada-Nya, sudilah kiranya Allah memberi aku peluang dan menerima aku sebagai tetamu-Nya. Syukur Alhamdulillah, aku masih diberi peluang untuk beribadah dalam keadaan yang suci di sana. Dan apabila selesai Umrahku yang pertama, Subhanallah, Tuhan saja yang tahu betapa bahagianya hati ini. Seakan-akan cinta Allah memelukku erat sambil memujukku seakan-akan Allah sedang membisikkan "Aku ada, hambaku, Aku sentiasa ada disisimu, usah gusar. Berpautlah sepenuhnya kepada-Ku, hamba-Ku. Aku ada." 


Betapa berharganya cinta Yang Maha Esa itu. Aku percaya, aku diuji sedemikian rupa semestinya bersebab. Supaya aku lebih menghargai cinta Allah yang Maha Berharga itu. Supaya aku belajar untuk memohon keampunan dari Yang Maha Esa dengan hati yang ikhlas dan bersungguh-sungguh. Ya Rabb, sesungguhnya Engkau dekat, terlalu dekat. Selama ini aku yang buta. Kini sudah kujumpai, apa yang aku cari-cari selama ini. Syukur Alhamdulillah. Dan tidak akan aku lepaskan cinta ini buat selama-lamanya. Tidak akan. 


Tuesday, April 7, 2015

Cemburu






Aku cemburu melihat seorang wanita yang saat hatinya terluka, dia hanya mengadu pada-Mu. Aku cemburu dengan ketaatannya pada-Mu. Aku cemburu padanya yang tetap istiqomah walau tak mudah. Aku cemburu padanya yang selalu bertasbih walau godaan dunia semakin menggoda dan menghampirinya. Ya Allah, jadikanlah & golongkanlah hamba dalam kalangan wanita yang sentiasa tabah dalam menghadapi dugaan-Mu, tetapkanlah hati hamba agar hamba sentiasa istiqomah & jauhkanlah hamba dari perkara-perkara yang membuatkan hamba jauh dari-Mu. Ameen Ya Rabb.



Seorang Aku Yang Masih Belajar (Part 2)


Ingat lagi tak dengan post 'Seorang Aku Yang Masih Belajar'? Post tu antara post yang paling banyak view setakat ini. Kadang-kadang dalam sehari boleh mencecah kepada 50 pageviews untuk page itu sahaja. WOW! Rasa terkezut jugak sebab blog ni boleh dikira terpencil dan tersorok jugak. Aku tak tau apa yang readers cari dalam google sampai terkeluar post tu dalam carian google mereka. 


Secara jujurnya, post tu aku taip memang lahir dari hati yang ikhlas dan betul-betul mengharap akan ada miracle yang terjadi dan seterusnya dapat mencetuskan keberanian yang telah lama terpendam dalam hati kerana menunggu masa yang betul-betul sesuai. Alhamdulillah, sesungguhnya hanyalah kuasa Allah yang mampu 'trigger' keberanian aku itu, dengan cara yang penuh hikmah melalui ibadah Umrah yang aku kerjakan bersama keluargaku dua bulan lepas. Syukur Alhamdulillah, doaku di depan Kaabah dimakbulkan Allah. 



Confession dari hati suatu ketika dahulu.





Dan kebanyakan responds nya agak menyentuh hati aku. Terima Kasih :') 
Dan sehingga detik ini, aku masih lagi seorang insan yang masih belajar. :)




Kompang Dipalu.


Alhamdulillah. Majlis Resepsi Benjol yang bertarikh 4 April 2015 berjalan dengan jayanya. Syukur Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang kesulitan dengan izin-Nya jua. Seronok melihat Abah & Mama gembira melayani tetamu yang hadir. 


With my dear bestfriend since highschool, Kamila


Sudah menjadi adat, di waktu kenduri-kendara begini lah adik-beradik yang sudah punya calon dihati mengambil peluang terbaik untuk diperkenalkan kepada Mama & Abah. Hehe. Ami dengan ehem-ehem nya dan Adik pula dengan ihim-ihim nya. Dan aku? None. Unknown. Undefined. Atau dengan bahasa cantiknya, masih menjadi rahsia Allah. Masih belum kelihatan bayangnya pun lagi. Letih juga nak explain pada saudara-mara, jiran-jiran dan sahabat handai apabila mereka mula bertanyakan tentang 'abang' yang itu. Biarlah, sejujurnya aku lebih selesa begini. Lebih secure tanpa sebarang komitmen. Kita jaga hak Allah, Allah akan menjaga hak kita, InsyaAllah. :) 



Banyak lagi perkara lain yang harus difikirkan selain hal itu. Mungkin 24 itu adalah umur yang paling ideal untuk seorang wanita mendirikan rumahtangga, tapi jika sudah tertulis yang masanya belum tiba, tidak boleh buat apa-apa juga kan? Biarlah aku gunakan masa bujang yang ada ini untuk persiapan diri sendiri. Siapa tahu, aku akan dilamar Malaikat Maut terlebih dahulu. Allahurobbi. Ngeri memikirkan betapa diri ini tidak bersedia dengan amalan yang cukup untuk dipersembahkan kepada Allah Yang Maha Esa. 



Masa yang ada ini juga akan aku gunakan sebaiknya untuk Mama & Abah. Untuk perbaiki diri ini setiap hari. Untuk bertaubat dan beribadah sebanyak yang boleh. Untuk menimba ilmu sebanyak yang mungkin. Untuk membaca buku sebanyak-banyaknya. Untuk lebih mendalami Al-Quran & Sunnah. Untuk mengamalkan setiap ilmu yang diperolehi secara istiqamah dan ikhlas. Untuk menyumbangkan sesuatu kepada Islam. InsyaAllah, Amin. 



#Nowreading :)



Tambahan pula since balik dari Umrah hari itu, aku lebih yakin dan faham dengan apa yang hati aku perlukan dan dambakan selama ini. Cinta Allah & Rasulullah. That's it. Terima kasih, Allah. Sebab beri aku peluang untuk betul-betul sujud pada Engkau. Terima Kasih, Allah. Sebab sudi menjemput hamba yang hina ini. Terima Kasih, Allah. Sebab beri aku peluang untuk fahamkan betul-betul bahawa hanya Engkau berhak di letak dalam hati. Terima Kasih, Allah. Sebab beri aku peluang untuk perbaiki diri. Terima Kasih, Allah. Sebab beri aku peluang untuk menikmati dan menghargai limpahan nikmat dan kasih sayang-Mu yang tidak berbelah-bahagi itu padaku, hamba-Mu. :')


Monday, April 6, 2015

Genap Dua Bulan.

Highlighter/Tiket/Notebook/Nametag


Sedar tak sedar sudah genap dua bulan dari tarikh aku berangkat ke Tanah Suci Makkah & Madinah. Pantas sungguh masa berlalu. Masih terbau-bau akan aroma haruman disana, MasyaAllah. Masih rindu. Sangat rindu! Sampaikan setiap kali pergi ke bookstore, nampak je buku yang berkaitan Haji/Umrah/Makkah/Madinah, terus rasa teruja tidak terkata. Rasa nak beli dan baca kesemuanya. Agar dapat kurasakan kembali perasaan nikmat ketika jasadku berada disana. Allahuakbar. Moga akan ada lagi kesempatan buatku dan keluargaku untuk menjadi tetamu-Mu yang teristimewa Ya Allah :') 



Monday, March 30, 2015

Cinta Hati Baru Saya

"Bila kita jatuh dan kecewa, maka bangkitlah kerana Allah.Jangan kecewa dengan apa yg pernah dilalui. Yakin satu hari nanti Allah pasti akan gantikan dgn "sesuatu" yg tak pernah kita duga.Pesannya seorang alim; Penghapus kecewa dan putus asa adalah doa.Tatkala keadaan melanda, motivasi terbaik dari seorang insan hanyalah IBU."



Alhamdulillah. Gembira tidak terkata rasa hati ini. Target permulaan satu hari satu juzuk tercapai dengan jayanya. Alhamdulillah syukur. Moga istiqamah dan moga ada peningkatan dari sehari ke sehari InsyaAllah. Okay, ayuh kita UP sikit ke dua juzuk dalam satu hari, InsyaAllah. NADIA BOLEH! Cita-cita nak jadi Hafizah kan? ;) Meski terasa tersangat jauh lagi untuk menggapai cita-cita itu... Jangan putus asa Nadia, selagi nyawa dikandung badan, InsyaAllah. Moga Allah redha. Amiiin. 


Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillahirabbil alamin wassolatu wassalamu ala asyrafil anbiya'i wal mursalin wa ala alihi wasahbihi ajmain

Ya Allah, rahmatilah aku denngan al-Quran. Jadikan ia sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat bagiku. Ya Allah, ingatkanlah apa-apa yang aku lupa daripadanya. Berikanlah ilmu apa-apa yang belum aku ketahui mengenainya. Anugerahkanlah kepadaku untuk membacanya pada waktu tengah malam dan penghujung siang. Jadikanlah ia sebagai hujah bagi wahai Tuhan seru sekalian alam. 

Ya Allah Ya Tuhanku, perbaikilah bagiku agamaku kerana dialah penjaga urusanku. Perbaikilah bagiku duniaku kerana di dalamnya aku hidup. Perbaikilah bagiku akhiratku, kerana ia tempat kembaliku. jadikanlah kehidupan sebagai tambahan segala kebaikan bagiku dan jadikanlah kematian sebagai kerehatanku daripada segala kejahatan. 

Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghabisannya, dan sebaik-baik amalku adalah penutupnya dan sebaik-baik hari bagiku adalah hari berjumpa dengan-Mu. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kehidupan yang tenteram, kematian yang tenang dan tempat kembali yang tidak menyedihkan dan tidak membuka aib.

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu sebaik-baik permohonan, sebaik-baik doa, sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik ilmu, sebaik-baik amal, sebaik-baik pahala, sebaik-baik kehidupan, sebaik-baik kematian,. Teguhkanlah aku, beratkanlah timbangan kebaikanku, teguhkanlah keimananku, tinggikanlah darjatku. Terimalah sembahyangku, ampunilah segala kesalahanku. Aku memohon ketinggian syurga.

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu keharusan mendapatkan rahmat-Mu dan keteguhan pengampunan-Mu, keselamatan daripada segala dosa, kejayaan daripada semua kebajikan, keuntungan syurga dan keselamatan daripada neraka. 

Ya Allah, perbaikilah akhir hayat kami dalam segala perkara. Selamatkanlah kami daripada kenistaan hidup di dunia dan seksaan akhirat.

Ya Allah, anugerahkanlah bagi kami ketakutan kepada-Mu yang dapat menghindarkan kami daripada berbuat maksiat kepada-Mu, ketaatan yang dapat menyampaikan kami kepada syurga-Mu, keyakinan yang dapat memperkecil musibah dunia yang menimpa kami. Berikanlah kenikmatan kepada kami dengan pendengaran, penglihatan, dan kekuatan kami selama hidup kami. Jadikanlah ia sebagai peninggalan kami. Jadikanlah pembalasan kami kepada orang yang menzalimi kami. Tolonglah kami menghadapi orang yang memusuhi kami. Janganlah Engkau jadikan dunia sebagai kehendak kami yang paling besar, dan pengetahuan paling akhir kami. Janganlah Engkau berikan kepada kami kekuasaan atas kami kepada orang yang tidak mengasihi kami. 

Ya Allah, janganlah Engkau tinggalkan dosa-dosa pada kami melainkan Engkau telah mengampuninya. Janganlah Engkau tinggalkan kesusahan kepada kami melainkan Engkau telah menggembirakannya. Janganlah Engkau tinggalkan hutang-hutang kepada kami melainkan Engkau telah menunaikannya, dan janganlah Engkau tinggalkan sesuatu keperluan dunia dan akhirat pada kami melainkan Engkau telah menunaikannya wahai Zat Yang Maha Mengasihani. 

Ya Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan selamatkanlah kami daripada seksaan api neraka. Semoga Allah melimpahkan selawat salam kepada junjungan kita nabi Muhammad Salallahu alaihi wasallam dan kepada keluarga baginda serta kepada para sahabat baginda yang baik. Amin.

Sunday, March 15, 2015

Bulan Baru, Tempat Baru, Nadia Yang Baru. InsyaAllah.


Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan Bumi, dan silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.

Yaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri dan duduk, dan dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi sambil berkata: "Ya Tuhan kami, Engkau tidak menciptakan ini dengan sia-sia! Maha Suci Engkau! Maka peliharalah kami dari siksa neraka."

[Surah Ali Imran Ayat 190 & 191]



Saat kaki ini buat pertama kalinya terpacak di tingkat 7 ini, perkataan pertama yang terbit dari bibir ini adalah, "Subhanallah, tiada keraguan lagi akan keindahan di setiap ciptaan-Mu Ya Allah." Walaupun pada awalnya hati ini agak sedikit terkilan, awat lah dapat aras tinggi ngat? Buatnya lif rosak, pancit lah kaki ambe ni. Tsk. Tapi bila nampak scenery yang superb macam ni lebih-lebih lagi waktu Subuh time matahari nak terbit, MasyaAllah, bisa menitis air mata guwe ini. Plus setiap hari dapat hirup udara Subuh yang sangat bersih dan nyaman dari debu-debu kotoran karbon monoksida di aras tertinggi lagi tu, bukan selalu boleh dapat. Alhamdulillah, aku percaya bahawa di setiap aturan-Mu itu pasti ada hikmah yang terselit. 





First week of kuliah, Alhamdulillah, segala urusan terasa dipermudahkan dan berjalan dengan sangat lancar. Al-Maklumlah, semangat tengah berkobar-kobar, jadi segala perkara kalau boleh nak dilaksanakan dalam keadaan sesempurna mungkin. Alhamdulillah, Allah permudahkan.


Second week of kuliah, masih lancar walaupun diri ini semakin hari semakin sibuk dengan tugasan-tugasan yang takkan pernah selesai. Alhamdulillah, Allah masih permudahkan. 


Third week of kuliah, bahang kesibukan mulai terasa. Aku juga dah mula melakukan beberapa kesilapan di atas kecuaian aku sendiri. Menitik jugak air mata ini. Bukan menitik, malahan banjir terus siap sekali dengan pakej menangis teresak-esak bagai anak kecil sampai mata bengkak sebesar bola golf. Allahurobbi, ternyata kawalan emosi aku masih lemah. Muhasabah! Muhasabah! Muhasabah! Ada sebab kenapa semua benda itu terjadi. Allah beri masalah bukan untuk melemahkan lagi kita, tapi untuk menguatkan lagi kita. Cuba bangun dan atasi. Bukan jatuh dan menyerah kalah. Kuat Nadia kuat! 


Hati ini kupujuk sendiri, dengan mengadu pada-Nya pada setiap detik dan ketika. "Bersama kesusahan, akan muncul kesenangan." Bait-bait perkataan ini sering kuulang-ulang saat dada terasa sesak dan berat kadang-kadang. "Beristighfar selalu, dengan Istighfar, InsyaAllah Allah akan permudahkan urusan kita dan akan muncul rezeki yang tak disangka-sangka. Percaya dengan kuasa Allah. Sabar.", antara pesan Mama yang sentiasa tersemat dalam jiwa. 





Di tahun 2015 ini juga, ada sesuatu yang berubah. Alhamdulillah, akhirnya keberanian itu muncul jua. Teringat sewaktu di Makkah, setiap kali sesudah solat fardhu, duduk sebentar di lingkaran tawaf tingkat atas sambil menghadap Kaabah dan menadah tangan berdoa, antara doa yang sering kuulang-ulang, semoga diri ini kuat untuk melakukan setiap ibadah dan setiap perintah-Mu hanya kerana-Mu dan bukan kerana sesuatu yang lain. Supaya Allah berikan aku kekuatan untuk melakukan perubahan yang satu ini yang telah lama aku impikan tapi tidak punyai kekuatan dan keberanian, dan bimbang jika tidak istiqamah. Alhamdulillah, once dah start pakai sewaktu mengerjakan Umrah haritu, dah tak terasa nak buka kembali, tudung labuh bidang 50. InsyaAllah, suatu hari nanti akan menginjak ke tudung labuh bidang 60 pula, InsyaAllah, Ameen. 






Sesungguhnya kerinduan di dalam hati ini semakin hari semakin menebal dan sangat sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Acapkali aku cuba untuk menceritakan tentang keindahan dan kesyahduan suasana di sana pada rakan-rakan dan sahabat handai, seringkali disusuli dengan deraian air mata. Terlalu indah untuk digambarkan dengan kata-kata. Rasa rindu yang membuak-buak. Terima Kasih Ya Allah di atas kesudian-Mu menjemputku, seorang hamba yang hina dan penuh dosa ini untuk datang ke rumah-Mu yang suci ini. Semoga dengan izin-Mu, dengan rahmat-Mu, dan dengan limpahan rezeki-Mu, aku bisa kembali ke sini lagi Ya Allah. Sebagai tetamu-Mu yang teristimewa, InsyaAllah, Ameen. :')