Monday, June 27, 2016

Seminggu Sudah.


Genap seminggu sudah aku bergelar seorang penganggur secara rasminya. Hmm. Apa perasaan? Perasaan agak tersiksa sedikit. Sebab anggur masih belum berbuah. Kecewa pun ada jugak sikit sebab tiap-tiap pagi lepas sahur membenih anggur (bukak jobstreet, bukak email), tapi masih belum nampak bayang pucuk disini (belum ada panggilan). Sabar Nadia sabar. Pokok anggur sebenar pun mengambil masa untuk berbuah, inikan pula 'anggur' seorang pengangur seperti aku. Huhu. 

Target aku, mesti dah ada kerja lepas raya ni. Tak kisah kalau perlu mula dari bawah sekalipun, yang penting aku tak nak menganggur lama-lama. Serious rasa tak best langsung jadi penganggur ni. At least bila dah ada kerja, boleh lah pergi ke majlis konvokosyen dengan hati yang riang gembira. Tak nak lah pergi konvo nanti masih dengan title seorang penganggur. Moga Allah permudahkan aku dalam mencari kerja, Amin.

Dalam diary, macam-macam plan aku dah rangka once aku dah ada sumber pendapatan tetap nanti. Excel table untuk bayar hutang, tabung simpanan, bil-bil berkaitan pun dah dirangka sedikit demi sedikit. Nampak tak betapa excitednya seorang Nadia? Entah lah, dalam hati ni, rasa berkobar-kobar dan macam tak sabar pulak nak face the real world out there. Orang cakap dunia sebenar kat luar sana sangat buas. Hmm.. Sounds scary.

LRT depan rumah yang bakal beroperasi 30 June 2016 ni.


Tak sabar nak gain new experience. Tak sabar nak meet new people. Tak sabar nak belajar dan lebih kenali diri ini. Tak sabar nak cari dan cuba tonjolkan kelebihan diri ini. Tak sabar nak jadi independent woman, drive sorang-sorang pergi kerja. Tak sabar nak dress up as an adult, matured woman with career. Tak sabar nak tengok kegembiraan pada wajah Mama & Abah bila dapat balas jasa mereka membesarkan aku. Tak sabar nak manjakan Baby (adik bongsu), belikan apa yang dia nak. Tak sabar nak explore dunia kat luar sana. Tak sabar nak kumpul duit nak travel. Tak sabar, tak sabar, dan tak sabar.

Bila nampak LRT depan rumah yang dah siap, lagi lah hati ni melonjak rasa tak sabar. Hehe. Nampaknya Nadia dah memang betul-betul tinggalkan dirinya yang lama di utagha sana. Tak lama lagi, Nadia yang baru akan muncul kembali. Nadia yang terlupa bahawa dia adalah seorang penduduk Shah Alam. Nadia yang sedang melalui proses tranformasi sedikit demi sedikit. Bagai Nadia yang hidup semula. :) 

 

No comments:

Post a Comment