Friday, June 24, 2016

"Cuz you're my honey, and I am your bee." - [Ahnaf Wafi, Dia Semanis Honey]

Aku bukanlah seorang peminat tegar drama pukul 7 ptg di TV3 mahupun Astro Ria HD pukul 10 mlm kalau tak silap. Last drama melayu yang aku tengok pun Teman Lelaki Upahan. Tengok pun sebab aku suka dengan character Engku Ismail dalam cerita tu. Playful, funny, and pandai speaking. Dan sejak cerita tu dah tammat memang aku tak layan dah drama melayu, Cinta Wedding Planner ke, Hati Perempuan ke semua tak layan. Haritu entah kenapa rasa macam nak tengok Dia Semanis Honey. Sebab nak tengok Alif Satar je sebenarnya. Heh. Sebab character Alif Satar pun lebih kurang macam Engku Ismail, funny, playful, dan bila dia speaking..fuhh~ melting 13 saat. Plus, suara Alif tersangatlah merdu.

And yeah, DSH tidak mengecewakan. Mula-mula first episode memang agak boring, tapi bila dah masuk episode 2 onwards tiba-tiba rasa macam best sangat pulak. Hahah. And yeah, nasihat aku, sila lah menonton sorang-sorang dalam bilik sebab diyakini pasti akan tersengih sorang-sorang macam kerang busuk. Aku pergi tengok kat ruang tamu pulak, dah tak ingat berapa puluh kali dah kena tegur dengan Ami, Baby, Abah pasal duk tersengih-sengih, tersenyum-senyum..euwhh..but seriously, so sweet tahap potong kaki. Memang padanlah dengan tajuk 'Dia Semanis Honey' tu. Hehe.

Lepas tu, tau-tau je lah aku macam mana kan. Once dah stuck dengan satu-satu drama tu, ambil masa berminggu jugak lah nak lalui proses move on. Huhu. Dalam proses nak move on tu, macam biasa lah, layan soundtrack cerita tu sampai lebam. Bestnya cerita DSH ni sebab dia recycle semula lagu-lagu Nana and Alif Satar. Secara tak langsung lagu-lagu lama diorang jadi famous semula. Dalam duk layan ost tu, entah macam mana terjumpa pulak video kat bawah ni...
  

 


Rupanya bukan dalam drama je Alif Satar ni sweet macam madu, in real life pun sweet jugak. Haish cinca. Yang lagi membuatkan ia sweet adalah beza umur Alif and his wife is 6 years different. Meaning that, wife Alif lebih tua dari dia. Comel kan? :) Hmm.. lagu 'Kaulah Segalanya' ni dah lah my all time favourite song. Entah lah. Sejak usia dah mula menginjak 25 ni, jadi suka pulak dengar lagu-lagu balad dengan tema wedding ni. Tak ada lah. Tak berangan pun. Just suka dengar je. Hehe.

No comments:

Post a Comment