Wednesday, June 29, 2016

Terasa Bagai Hidup Semula.

Aku ada satu sifat pelik, iaitu aku suka jadikan satu or beberapa lagu as my 'moment song' untuk situasi aku waktu itu. Senang cakap inspiration song lah. Contoh waktu study week haritu, aku jadikan semua lagu soundtrack dari drama Cheese In The Trap as my inspiration song. Maka lagu-lagu itu akan berada dalam mode on repeat buat beberapa minggu sampai lah aku betul-betul dah fed up or dah keluar dari situasi tersebut. Heh. 

And yeah, study week dan exam dah pun habis. Maka dengan rasminya, aku sudah pun move on dari situasi lagu-lagu tersebut. Ahah. Sekarang mode mencari kerja. Haruslah mempunyai motivasi yang tinggi di dalam dada. Gitchew~ End-up terjumpa lagu Aizat Amdan titled 'Bagai Hidup Semula'. Lame Nadia is lame. Lagu lama kot, tapi baru sempat discovered. Dengar first time terus terjatuh hati.  






Honestly, aku lebih suka yang versi akustik sebab lebih feel. Hehe. Bak kata Aizat;

"Lagu Bagai Hidup Semula ni ialah pertemuan dengan seseorang atau sesuatu yang berlaku pada anda yang memberikan impak yang sangat positive sehingga anda rasa seperti dilahirkan semula."

And yeah, this song kinda relate with my situation right now. Aicewwah! Versi rancak pun best jugak sebab rasa sangat ter-motivated and bersemangat mendengarnya. Okeh, jom sambung mencari kerja sambil dengar lagu BHS ni. YOSH!~



Monday, June 27, 2016

Seminggu Sudah.


Genap seminggu sudah aku bergelar seorang penganggur secara rasminya. Hmm. Apa perasaan? Perasaan agak tersiksa sedikit. Sebab anggur masih belum berbuah. Kecewa pun ada jugak sikit sebab tiap-tiap pagi lepas sahur membenih anggur (bukak jobstreet, bukak email), tapi masih belum nampak bayang pucuk disini (belum ada panggilan). Sabar Nadia sabar. Pokok anggur sebenar pun mengambil masa untuk berbuah, inikan pula 'anggur' seorang pengangur seperti aku. Huhu. 

Target aku, mesti dah ada kerja lepas raya ni. Tak kisah kalau perlu mula dari bawah sekalipun, yang penting aku tak nak menganggur lama-lama. Serious rasa tak best langsung jadi penganggur ni. At least bila dah ada kerja, boleh lah pergi ke majlis konvokosyen dengan hati yang riang gembira. Tak nak lah pergi konvo nanti masih dengan title seorang penganggur. Moga Allah permudahkan aku dalam mencari kerja, Amin.

Dalam diary, macam-macam plan aku dah rangka once aku dah ada sumber pendapatan tetap nanti. Excel table untuk bayar hutang, tabung simpanan, bil-bil berkaitan pun dah dirangka sedikit demi sedikit. Nampak tak betapa excitednya seorang Nadia? Entah lah, dalam hati ni, rasa berkobar-kobar dan macam tak sabar pulak nak face the real world out there. Orang cakap dunia sebenar kat luar sana sangat buas. Hmm.. Sounds scary.

LRT depan rumah yang bakal beroperasi 30 June 2016 ni.


Tak sabar nak gain new experience. Tak sabar nak meet new people. Tak sabar nak belajar dan lebih kenali diri ini. Tak sabar nak cari dan cuba tonjolkan kelebihan diri ini. Tak sabar nak jadi independent woman, drive sorang-sorang pergi kerja. Tak sabar nak dress up as an adult, matured woman with career. Tak sabar nak tengok kegembiraan pada wajah Mama & Abah bila dapat balas jasa mereka membesarkan aku. Tak sabar nak manjakan Baby (adik bongsu), belikan apa yang dia nak. Tak sabar nak explore dunia kat luar sana. Tak sabar nak kumpul duit nak travel. Tak sabar, tak sabar, dan tak sabar.

Bila nampak LRT depan rumah yang dah siap, lagi lah hati ni melonjak rasa tak sabar. Hehe. Nampaknya Nadia dah memang betul-betul tinggalkan dirinya yang lama di utagha sana. Tak lama lagi, Nadia yang baru akan muncul kembali. Nadia yang terlupa bahawa dia adalah seorang penduduk Shah Alam. Nadia yang sedang melalui proses tranformasi sedikit demi sedikit. Bagai Nadia yang hidup semula. :) 

 

Friday, June 24, 2016

"Cuz you're my honey, and I am your bee." - [Ahnaf Wafi, Dia Semanis Honey]

Aku bukanlah seorang peminat tegar drama pukul 7 ptg di TV3 mahupun Astro Ria HD pukul 10 mlm kalau tak silap. Last drama melayu yang aku tengok pun Teman Lelaki Upahan. Tengok pun sebab aku suka dengan character Engku Ismail dalam cerita tu. Playful, funny, and pandai speaking. Dan sejak cerita tu dah tammat memang aku tak layan dah drama melayu, Cinta Wedding Planner ke, Hati Perempuan ke semua tak layan. Haritu entah kenapa rasa macam nak tengok Dia Semanis Honey. Sebab nak tengok Alif Satar je sebenarnya. Heh. Sebab character Alif Satar pun lebih kurang macam Engku Ismail, funny, playful, dan bila dia speaking..fuhh~ melting 13 saat. Plus, suara Alif tersangatlah merdu.

And yeah, DSH tidak mengecewakan. Mula-mula first episode memang agak boring, tapi bila dah masuk episode 2 onwards tiba-tiba rasa macam best sangat pulak. Hahah. And yeah, nasihat aku, sila lah menonton sorang-sorang dalam bilik sebab diyakini pasti akan tersengih sorang-sorang macam kerang busuk. Aku pergi tengok kat ruang tamu pulak, dah tak ingat berapa puluh kali dah kena tegur dengan Ami, Baby, Abah pasal duk tersengih-sengih, tersenyum-senyum..euwhh..but seriously, so sweet tahap potong kaki. Memang padanlah dengan tajuk 'Dia Semanis Honey' tu. Hehe.

Lepas tu, tau-tau je lah aku macam mana kan. Once dah stuck dengan satu-satu drama tu, ambil masa berminggu jugak lah nak lalui proses move on. Huhu. Dalam proses nak move on tu, macam biasa lah, layan soundtrack cerita tu sampai lebam. Bestnya cerita DSH ni sebab dia recycle semula lagu-lagu Nana and Alif Satar. Secara tak langsung lagu-lagu lama diorang jadi famous semula. Dalam duk layan ost tu, entah macam mana terjumpa pulak video kat bawah ni...
  

 


Rupanya bukan dalam drama je Alif Satar ni sweet macam madu, in real life pun sweet jugak. Haish cinca. Yang lagi membuatkan ia sweet adalah beza umur Alif and his wife is 6 years different. Meaning that, wife Alif lebih tua dari dia. Comel kan? :) Hmm.. lagu 'Kaulah Segalanya' ni dah lah my all time favourite song. Entah lah. Sejak usia dah mula menginjak 25 ni, jadi suka pulak dengar lagu-lagu balad dengan tema wedding ni. Tak ada lah. Tak berangan pun. Just suka dengar je. Hehe.

Thursday, June 23, 2016

Almost There...




LOL. Actually entry ni nak post time study week hari tu. But since terlalu busy dan tak sempat nak bukak belog, maka entry ini bersawang di dalam draft. 


Current Updated:- ALREADY FINISHED. ALHAMDULILLAH :)