Andai suatu hari nanti, aku dikurniakan rezeki untuk membina masjid ku sendiri yakni rumahtangga, sebelum ajal menjemputku, aku punya satu impian. Impian untuk berbulan madu di rumah Allah dan menziarahi kekasih Allah, baginda Rasulullah SAW. Dan jika dimurahkan rezeki dan diizinkan Allah, kalau boleh aku ingin setiap satu/dua tahun, aku, Mama, Abah, dan ahli keluargaku dijemput Allah menjadi tetamu-Nya yang teragung.
Supaya kami dapat sentiasa merasai nikmat dalam beribadah kepada-Nya. Supaya kami dapat sentiasa merasai keindahan suasana yang seindah syurga dunia di sana. Supaya kami dapat berdoa dan memohon keampunan sebanyak-banyaknya. Supaya kami dapat recharge iman yang adakalanya turun adakalanya naik ini.
Kerana hati aku masih tertinggal di sana. Kerana aku sudah terlalu jatuh cinta akan Bumi Haramain. Kerana aku ingin sentiasa berasa dekat dengan Maha Penciptaku dan juga kekasih Allah, baginda Rasulullah SAW. Dan kerana aku ingin dan berharap agar suatu hari nanti jasadku dapat disemadikan di sana, di Bumi Haramain yang penuh barakah. Allahuakbar.
Irma Hasmie & Redza Syah Azmir |
Mendengar cerita Irma dan suaminya yang bertemu jodoh di depan Kaabah membuatkan aku berasa terlalu kagum dengan kuasa Allah, Subhanallah. Hebatnya aturan Allah yang cukup sempurna dan tepat pada waktunya. Betapa Allah sentiasa mengurniakan yang terbaik buat hamba-hamba-Nya yang bertakwa. Dan tiada keraguan lagi dengan janji Allah, ‘Perempuan yang baik itu untuk Lelaki yang baik.’
Zahiril Adzim & Sheira Ayob |
Orang yang berjiwa seni dan sastera ini tak pernah gagal untuk menyentuh hati aku dengan caption-caption beliau dalam Instagram. Setiap post beliau yang berunsurkan ketuhanan banyak menyedarkan aku akan kebesaran kuasa Allah. Betapa selama ini aku seringkali lalai dan terlupa.
Fynn Jamal & Tri Hadzir |
Sama, juga seorang yang berjiwa sastera yang sentiasa memandang jauh kehadapan. Tiap bait katanya sangat menusuk tangkai jantung hati ini. Dan membuatkan kerinduan pada Bumi Haramain semakin membuak-buak. Aku kagum dengan kekentalan jiwa bak besi seorang ibu bernama Fynn Jamal.
Mizz Nina & Noh |
Perjuangan Mizz Nina dalam mencari dirinya yang sebenar buat aku sungguh kagum. Dan MasyaAllah, betapa hebatnya kuasa Allah dalam mengurniakan hidayah buat hamba-Nya yang Dia kehendaki. Dan perjuangan Mizz Nina dalam menjadi seorang muslimah yang sejati sedikit sebanyak memberikan aku semangat dan harapan untuk terus memohon keampunan dari Allah di atas segala dosa-dosa ku dulu dan sentiasa berusaha perbaiki diri setiap hari.
Allhurobbi, rindunya aku akan tanah suci-Mu Ya Allah. Di setiap sujudku tidak pernah aku lupa untuk selitkan secebis doa penuh pengharapan agar Engkau sudi menjemput insan hina ini bertandang ke rumah-Mu lagi. Amiiin.
No comments:
Post a Comment