NADIA. Dalam Islam, Nadia membawa maksud yang baik. Aku jadi teringat sewaktu menunaikan Umrah dulu, Mama cerita waktu dia dan adik-adikku solat di Masjidil-Haram (aku di hotel, ABC) ada seorang wanita Arab ajak berbual. Sedang-sedang berbual itu, beliau bertanyakan nama kesemua anak gadis Mama. Dan bila Mama beritahu namaku, Nadia, wanita Arab itu kata, "Nadia, a very nice name in Arabic. Very good." Aku selalu lupa apa maksud namaku dalam Islam. Tadi aku google, Nadia membawa maksud 'kesetiaan' ataupun 'permulaan'.
Permulaan. Bila sebut tentang permulaan, aku jadi teringat tentang sesuatu...
N : Kadang-kadang aku rasa cemburu dengan mereka yang dah memang lahir-lahir dalam fitrah Islam. Means semua ahli keluarga adalah dalam golongan mereka yang tinggi ilmu agamanya. Muda-muda dah hantar sekolah agama. Beruntungnya mereka.
K : Apa yang buat kau fikir mereka semua tu lain daripada kau?
N : Aku, sekolah agama yang petang-petang tu pun tak pernah pergi. Baca Al-Quran pun biasa-biasa ja. Seronok dengar budak sekolah agama mengaji, sedap je, tajwid terjaga. Tambah lagi kalau yang family dia completely islamik. Seronoknya.
K : Kenapa dengan family kau?
N : Family aku biasa-biasa ja, tapi aku tetap bersyukur, Alhamdulillah, family aku baik sangat. Bila kau ajak aku join usrah, aku jadi nervous sikit, sebab kau fahamkan aku tak pernah didedahkan dengan benda-benda ni sebelum ni. Persekitaran aku membesar tak pernah didedahkan dengan usrah mahupun program-program yang sewaktu dengannya. Bila kau ajak aku join, aku rasa excited giler! Tapi aku rasa malu dengan diri sendiri.
K : Aku pun macam kau, family aku biasa-biasa je. Mungkin ada hikmahnya. Kau tak pernah terfikir ke, bahawa mungkin kau adalah pencetus dalam family kau?
N : Pencetus?
K : Haah. Mungkin Allah pilih kau untuk jadi pencetus untuk tarik ahli keluarga kau supaya lebih dekat dengan Islam.
N : Tak mungkin lah. Siapa lah aku ini. Typical girl. Mana layak nak dakwah orang, diri sendiri pun lemah lagi.
K : Setiap hari Allah beri peluang untuk kita perbaiki diri. Jangan lepaskan peluang tu. Sambil perbaiki diri sendiri, kau cuba juga untuk perbaiki sekeliling kau. Tunjuk contoh yang baik, InsyaAllah itu first step untuk kita berdakwah pada family kita.
Dan perbualan itu terhenti setakat disitu apabila aku tiba-tiba terdiam tanpa respons pada K. Sesungguhnya aku bersyukur. Terlalu bersyukur apabila Allah acapkali berikan aku kekecewaan demi kekecewaan. Satu demi satu kekecewaan itu semuanya sangat memberi kesan dan hikmahnya yang tersendiri dalam hidup aku, dalam diri aku. Dan di dalam kekecewaan-kekecewaan itu, aku jumpa sesuatu yang aku cari-cari selama ini setelah sekian lama. SubhanAllah, baiknya Allah. Tidak pernah sekali Allah tinggalkan aku, malah aku yang sering meninggalkan Allah. Tapi Allah tidak pernah berputus asa untuk menarik aku kembali supaya berpaling kembali kepada-Nya. Allahuakbar.
Kalau bukan kerana kekecewaan-kekecewaan itu, aku mungkin masih Nadia yang dulu... Oh ya, Nadia juga membawa maksud 'kesetiaan'. Dan aku telah berjanji dengan diriku sendiri untuk menjaga kesetiaan aku dalam mencintai Allah SWT & Rasulullah SAW sehingga hujung nafasku dan InsyaAllah sehingga ke syurga Allah yang maha indah itu.
No comments:
Post a Comment