Wednesday, May 27, 2015

Sweet Escape


Adakala aku rasa macam nak melarikan diri dunia yang sedang aku huni ini. Lari dari segala-galanya, tanpa perlu berpaling ke belakang walau sedikitpun. Lalu aku pilih untuk melarikan diri ke dunia lain yang terselit di dalam helaian-helaian buku. 



Book & Mishary's recitation...such a sweet combination.


Aku sedang berlari laju-laju, menuju Tuhan barangkali...





Monday, May 25, 2015

Kuatkan Semangat!


Tipulah kalau kata yang hati ni sikit pun tak terusik bila tengok kawan-kawan dah mula 'counting days' untuk menggenggam segulung ijazah, menyarung jubah dan menjunjung topi empat segi yang penuh 'azimat' dan jadi idaman setiap manusia yang pernah harungi penat lelah belajar. 


Tipulah kalau kata "aku okay ja." bila dengar ada kawan dah dapat offer pergi interview sana sini. But then, aku tetap happy for them. Syukur Alhamdulillah, rezeki mereka datang awal. Dan mereka dah maju setapak ke hadapan. Aku pula...masih tertinggal di belakang.


Adakala, aku rasa useless, hopeless, meaningless... Segala sedih pedih aku simpan kemas-kemas dalam hati. Dan bila rasa macam aku perlu bahu untuk bersandar, aku luahkan pada Dia. Hanya Dia. Dan kemudian secara ajaibnya kekuatan untuk terus berjuang terasa berkobar-kobar. I must finish this. I HAVE TO FINISH THIS!






Mungkin ini ujian... Mungkin ini kifarah dosa-dosa ku dulu... Mungkin Allah sedang aturkan sesuatu buat aku di kemudian hari... Mungkin ini adalah yang terbaik buat aku... Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Aku percaya segala yang terjadi ada hikmahnya yang tersendiri. Bersabarlah duhai hati. Everything is going to be okay in the end, InsyaAllah. Yang penting, kuatkan pergantungan pada-Nya. Hanya pada-Nya. 






Monday, May 18, 2015

Relationship Goal


Andai suatu hari nanti, aku dikurniakan rezeki untuk membina masjid ku sendiri yakni rumahtangga, sebelum ajal menjemputku, aku punya satu impian. Impian untuk berbulan madu di rumah Allah dan menziarahi kekasih Allah, baginda Rasulullah SAW. Dan jika dimurahkan rezeki dan diizinkan Allah, kalau boleh aku ingin setiap satu/dua tahun, aku, Mama, Abah, dan ahli keluargaku dijemput Allah menjadi tetamu-Nya yang teragung. 


Supaya kami dapat sentiasa merasai nikmat dalam beribadah kepada-Nya. Supaya kami dapat sentiasa merasai keindahan suasana yang seindah syurga dunia di sana. Supaya kami dapat berdoa dan memohon keampunan sebanyak-banyaknya. Supaya kami dapat recharge iman yang adakalanya turun adakalanya naik ini. 


Kerana hati aku masih tertinggal di sana. Kerana aku sudah terlalu jatuh cinta akan Bumi Haramain. Kerana aku ingin sentiasa berasa dekat dengan Maha Penciptaku dan juga kekasih Allah, baginda Rasulullah SAW. Dan kerana aku ingin dan berharap agar suatu hari nanti jasadku dapat disemadikan di sana, di Bumi Haramain yang penuh barakah. Allahuakbar. 



Irma Hasmie & Redza Syah Azmir

Mendengar cerita Irma dan suaminya yang bertemu jodoh di depan Kaabah membuatkan aku berasa terlalu kagum dengan kuasa Allah, Subhanallah. Hebatnya aturan Allah yang cukup sempurna dan tepat pada waktunya. Betapa Allah sentiasa mengurniakan yang terbaik buat hamba-hamba-Nya yang bertakwa. Dan tiada keraguan lagi dengan janji Allah, ‘Perempuan yang baik itu untuk Lelaki yang baik.’




Zahiril Adzim & Sheira Ayob

Orang yang berjiwa seni dan sastera ini tak pernah gagal untuk menyentuh hati aku dengan caption-caption beliau dalam Instagram. Setiap post beliau yang berunsurkan ketuhanan banyak menyedarkan aku akan kebesaran kuasa Allah. Betapa selama ini aku seringkali lalai dan terlupa.




Fynn Jamal & Tri Hadzir

Sama, juga seorang yang berjiwa sastera yang sentiasa memandang jauh kehadapan. Tiap bait katanya sangat menusuk tangkai jantung hati ini. Dan membuatkan kerinduan pada Bumi Haramain semakin membuak-buak. Aku kagum dengan kekentalan jiwa bak besi seorang ibu bernama Fynn Jamal. 




Mizz Nina & Noh

Perjuangan Mizz Nina dalam mencari dirinya yang sebenar buat aku sungguh kagum. Dan MasyaAllah, betapa hebatnya kuasa Allah dalam mengurniakan hidayah buat hamba-Nya yang Dia kehendaki. Dan perjuangan Mizz Nina dalam menjadi seorang muslimah yang sejati sedikit sebanyak memberikan aku semangat dan harapan untuk terus memohon keampunan dari Allah di atas segala dosa-dosa ku dulu dan sentiasa berusaha perbaiki diri setiap hari. 


Allhurobbi, rindunya aku akan tanah suci-Mu Ya Allah. Di setiap sujudku tidak pernah aku lupa untuk selitkan secebis doa penuh pengharapan agar Engkau sudi menjemput insan hina ini bertandang ke rumah-Mu lagi. Amiiin. 



Saturday, May 16, 2015

Ya Allah, sesungguhnya aku rindu :'(




Moga ada kesempatan lagi buat diriku untuk menziarahi kekasih Allah, baginda S.A.W. 

Di setiap waktu, aku mencari, siapa diri ini...


Di balik waktu aku mencari
Diriku yang hilang
Di dasar hati semakin sunyi
Semakin jauh

Lemasnya diri dibelenggu
Bisakah aku menemukan-Mu

Mati hati mati jiwaku rasa tanpa-Mu
Separuh nyawaku tak berdaya ku lumpuh tanpa-Mu

Di saat ini aku sembunyi dalam ruang sepi
Hatiku jangan Kau kunci
Ku mohon dari-Mu kasih


Kembalikan cinta
Kembalikan kasih
Kembalikan rasa
Kembalikan semua

Mati hati mati jiwaku rasa tanpa-Mu
Separuh nyawaku tak berdaya ku lumpuh tanpa-Mu


Di setiap waktu aku mencari siapa diri ini





Monday, May 11, 2015

Apabila rasa itu datang...


Kadang-kadang aku rasa letih dengan diri aku sendiri. Letih kerana acapkali berbuat dosa. Letih kerana sangat malas untuk berusaha. Letih dengan segala-galanya sampaikan nak taip entry ni pun dah mula rasa letih. Letih sampai kadang-kadang tak sedar pun yang air mata dah menitis laju. Rasa nak putus asa..........






Dan apabila rasa hendak berputus asa itu datang mengetuk pintu imanku yang kebiasaannya agak fragile ketika sedang ABC, aku buka bacaan Quran oleh Mishary kuat-kuat. Dan sambil itu aku amati satu-satu foto Umrah2015 tempoh hari. Dari esakan kecil bertukar pada senyuman keharuan. Sungguh aku rindu ya amat pada rumah-Mu Ya Allah.


Bila dah mula rasa tenang kembali, aku berbicara pada diri sendiri, "Please Nadia. Bertahan untuk kali ini saja. Kuatkan semangat! Jangan biar syaitan gembira sebab dapat jentik hati kau dengan hasutan mereka menyuruh engkau berputus asa, jangan. Lawan tetap lawan. Jangan pernah give up untuk bangun setiap kali kau rasa nak jatuh. Ok Nadia?" 


Satu hari nanti aku ingin punya kerjaya. Satu hari nanti aku ingin punya income sendiri. Satu hari nanti aku ingin menyimpan dan menabung hasil dari gaji ku. Satu hari nanti bila tabunganku sudah mencukupi, aku ingin bawa Mama & Abah ke rumah Allah sekali lagi. Satu hari nanti aku ingin meleraikan rindu dendam ku, untuk merasa lebih dekat dengan Rabb ku, untuk beribadah dengan penuh khusyuk di sana, untuk menziarahi kekasih hati, baginda Rasulullah SAW. Suatu hari nanti, InsyaAllah.


Jadi aku tak boleh give-up sekarang. Kuatlah wahai seorang Nadia! Demi cinta engkau kepada Maha Pencipta. Allahuakbar! :')




Saturday, May 9, 2015

Menjadi Khaulah Al-Azwar




"Why wait for a Prince Charming when you can BE a Prince Charming?"


JOM! Kuatkan iman, jauhi angan-angan yang melalaikan.
:)

Thursday, May 7, 2015

Tuhan, jaga mereka untukku...


I think one of my favorite feelings is laughing with someone and realizing half way through how much you enjoy them and their existence



Nadia.

NADIA. Dalam Islam, Nadia membawa maksud yang baik. Aku jadi teringat sewaktu menunaikan Umrah dulu, Mama cerita waktu dia dan adik-adikku solat di Masjidil-Haram (aku di hotel, ABC) ada seorang wanita Arab ajak berbual. Sedang-sedang berbual itu, beliau bertanyakan nama kesemua anak gadis Mama. Dan bila Mama beritahu namaku, Nadia, wanita Arab itu kata, "Nadia, a very nice name in Arabic. Very good." Aku selalu lupa apa maksud namaku dalam Islam. Tadi aku google, Nadia membawa maksud 'kesetiaan' ataupun 'permulaan'.


Permulaan. Bila sebut tentang permulaan, aku jadi teringat tentang sesuatu...


N : Kadang-kadang aku rasa cemburu dengan mereka yang dah memang lahir-lahir dalam fitrah Islam. Means semua ahli keluarga adalah dalam golongan mereka yang tinggi ilmu agamanya. Muda-muda dah hantar sekolah agama. Beruntungnya mereka. 

K : Apa yang buat kau fikir mereka semua tu lain daripada kau?

N : Aku, sekolah agama yang petang-petang tu pun tak pernah pergi. Baca Al-Quran pun biasa-biasa ja. Seronok dengar budak sekolah agama mengaji, sedap je, tajwid terjaga. Tambah lagi kalau yang family dia completely islamik. Seronoknya. 

K : Kenapa dengan family kau?

N : Family aku biasa-biasa ja, tapi aku tetap bersyukur, Alhamdulillah, family aku baik sangat. Bila kau ajak aku join usrah, aku jadi nervous sikit, sebab kau fahamkan aku tak pernah didedahkan dengan benda-benda ni sebelum ni. Persekitaran aku membesar tak pernah didedahkan dengan usrah mahupun program-program yang sewaktu dengannya. Bila kau ajak aku join, aku rasa excited giler! Tapi aku rasa malu dengan diri sendiri. 

K : Aku pun macam kau, family aku biasa-biasa je. Mungkin ada hikmahnya. Kau tak pernah terfikir ke, bahawa mungkin kau adalah pencetus dalam family kau? 

N : Pencetus?

K : Haah. Mungkin Allah pilih kau untuk jadi pencetus untuk tarik ahli keluarga kau supaya lebih dekat dengan Islam. 

N : Tak mungkin lah. Siapa lah aku ini. Typical girl. Mana layak nak dakwah orang, diri sendiri pun lemah lagi.

K : Setiap hari Allah beri peluang untuk kita perbaiki diri. Jangan lepaskan peluang tu. Sambil perbaiki diri sendiri, kau cuba juga untuk perbaiki sekeliling kau. Tunjuk contoh yang baik, InsyaAllah itu first step untuk kita berdakwah pada family kita. 



Dan perbualan itu terhenti setakat disitu apabila aku tiba-tiba terdiam tanpa respons pada K. Sesungguhnya aku bersyukur. Terlalu bersyukur apabila Allah acapkali berikan aku kekecewaan demi kekecewaan. Satu demi satu kekecewaan itu semuanya sangat memberi kesan dan hikmahnya yang tersendiri dalam hidup aku, dalam diri aku. Dan di dalam kekecewaan-kekecewaan itu, aku jumpa sesuatu yang aku cari-cari selama ini setelah sekian lama. SubhanAllah, baiknya Allah. Tidak pernah sekali Allah tinggalkan aku, malah aku yang sering meninggalkan Allah. Tapi Allah tidak pernah berputus asa untuk menarik aku kembali supaya berpaling kembali kepada-Nya. Allahuakbar.  


Kalau bukan kerana kekecewaan-kekecewaan itu, aku mungkin masih Nadia yang dulu... Oh ya, Nadia juga membawa maksud 'kesetiaan'. Dan aku telah berjanji dengan diriku sendiri untuk menjaga kesetiaan aku dalam mencintai Allah SWT & Rasulullah SAW sehingga hujung nafasku dan InsyaAllah sehingga ke syurga Allah yang maha indah itu. 









Genap 3 bulan. Hidup Ini Mesti Diteruskan.

Percaya atau tidak, setiap hari sebelum melelapkan mata, adalah menjadi suatu kewajipan bagi aku untuk scroll setiap keping gambar sewaktu mengerjakan Umrah tiga bulan yang lepas. Tanpa rasa jemu, sambil meniti setiap gambar, sambil itu minda meng-flashback-kan suasana ketika di sana. Masih segar dan utuh di dalam ingatanku. Every second of it. Allahu. :') 




LAIN. Lain sangat suasana ibadah di sana jika hendak dibandingkan dengan susana ibadah di sini. Iyalah, manakan sama bumi barakah Allah itu dengan bumi Malaysia ini. Dekat sana, semua orang sentiasa berpusu-pusu, terkejar-kejar, berlumba-lumba, berasak-asak di dalam kenikmatan untuk menyembah Allah Yang Satu. Subhanallah. Hebat, sungguh hebat perasaan berjiwa hamba di sana. Terasa sungguh kerdil diri ini tika disana. 




RINDU. Hati ini terlalu rindu akan Tanah Suci Makkah dan Madinah. Sehinggakan melihat gambarnya saja air mata ini sudah mula bergenang. Setiap sujudku pasti tidak aku lupa untuk berdoa semoga Allah SWT sudi menjemput aku dan keluargaku untuk menjadi tetamu agung di rumah-Nya lagi. 




Tabung simpanan Umrah/Haji ku. Last kira nak dekat RM200. Dalam masa dua bulan lebih. Aku banyak cut awal-awal dari perbelanjaan mingguan aku. Walaupun rasa macam laaaaaaaaama lagi nak tunggu sampai cukup RM6000, aku tetap gembira dan tersenyum setiap kali melihat tabung yang penuh dengan duit syiling ni. Sekurang-kurangnya ada usaha untuk mengumpul sebelum masuk alam pekerjaan nanti, biarpun sedikit.


Semalam, ada tragedi menimpa. Tayar kereta bocor dan berlubang disebabkan kesilapan aku sendiri. Konklusinya, kena tukar tayar baru. Dan jumlah bayaran semuanya RM190. Minta duit kat Abah/Mama adalah salah satu option aku yang terakhir sebab aku dah tak sanggup nak susahkan mereka lagi. Cukup lah sebelum ni banyak sangat dah Abah bank in kan duit pada aku. 


Jadi, mahu tak mahu, rela tak rela, aku terpaksa korek duit dari tabung ni. Tuhan saja yang tahu betapa sebaknya hati aku tika itu. Sambil itu minda tak henti-henti memujuk, "Takpa Nadia, pasti ada hikmahnya. Pasti ada sesuatu yang Allah nak kau pelajari. Think positive Nadia." Dan sekarang aku berazam untuk menabung dengan lebih kerap lagi, sambil-sambil tu berpuasa Isnin & Khamis, InsyaAllah dapat lebih berjimat-cermat. 


Dear Haramain, I miss you so much. Wait for me okay? I will come back again, InsyaAllah :')

Tuesday, May 5, 2015

Of Twenty-Forth


24 tahun, dan aku sudah menemui cintaku yang sejati ♥
Semestinya cinta Allah SWT & Rasulullah SAW.




Alhamdulillah :)