Tiga tahun lepas, masih segar dalam ingatan aku. Saat aku jatuh terduduk, tertonggeng, terpaling kecewa gara-gara manusia. Kak Diba, Arma, & Lily lah yang paling banyak membantu aku. Saat aku rasakan seakan hampir putus asa, mereka lah yang akan segera 'papah' aku untuk terus bangkit dan bersinar. Dan Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya juga atasi kekecewaan yang pada waktu itu aku rasakan sakitnya seakan membunuh aku perlahan-lahan. Sampaikan bila jalan-jalan ke Kuala Perlis pun akan menangis tersedu-sedan sebab teringat akan 'si dia'. Pergi kelas mata bengkak macam bola golf. Menyorok dalam loker dan menangis sepuas-puasnya dalam tu. Betapa jauhnya aku dengan Tuhan pada waktu itu, sampai tak mampu nak atasi kesedihan yang melampau dan belum kenal erti 'Redha & Ketenangan'.
Tapi Allah itu Maha Penyayang, meskipun hamba-Nya ini acapkali melakukan dosa dan ingkar akan larangan-Nya, Dia tetap hantarkan orang yang baik-baik untuk temani aku dan berada disamping aku saat aku betul-betul memerlukan sokongan. Kak Diba lah yang paling banyak spend time dia dengan aku. Bila nampak aku lemah longlai dan lesu terbaring atas katil double-deck, dia pun panjat katil tu then duduk kat atas tu sama-sama dengan aku sambil aku baring, tutup muka dengan bantal tak mau dia nampak air mata aku yang lenjun tu. Lepas tu dia pun mula bercerita, cerita-cerita yang dia fikirkan boleh buat aku kembali bersemangat untuk turun dari katil tu dan teruskan hidup. Bila dia nampak aku tak ada selera nak makan, dia sanggup bawak aku keluar pergi Kangar, ke MaiCafe, IbuCorner, KFC and kadang-kadang sampai ke Kuala Perlis, demi mencari makanan yang sedap-sedap yang boleh mengembalikan selera makan dan ketenangan dalam hati aku.
Dan apabila semangat aku yang hilang itu telah kembali, ternyata aku jadi lebih ceria dari sebelum ni. Dan aku masih ingat lagi pesan Kak Diba, "Nadia, just stay macam ni, jadi diri kau sendiri yang sekarang ni, yang ceria, yang kelakar. Kenapa kau nak ubah diri kau yang sebenar kerana seorang lelaki? Tak worth it. Semoga suatu hari nanti Nadia akan jumpa suami yang diidam-idamkan. I love you." lebih kurang macam tu lah nasihat beliau. And aku pegang pesan Kak Diba tu sampai ke hari ini.
Kak Diba bagi aku adalah seorang yang sangat-sangat understanding. Dan aku sangat-sangat selesa untuk berkongsi masalah dan cerita bersamanya. When it comes to problems, for sure Kak Diba akan tolong sedaya upaya dia, kalau tak dengan fizikal, dia akan tolong secara mentally, which is bagi nasihat dan motivasi dan kebiasaannya aku akan sangat terkesan dengan nasihat-nasihat beliau. Tapi betul lah kata pepatah, kadang-kadang ada sesetengah orang itu, dia pandai mencari solusi untuk permasalahan orang lain, tapi masalahnya sendiri agak sukar untuk dia handle sorang-sorang.
Kak Diba pun manusia biasa, ada masa dia akan buntu dan lemah dengan permasalahan yang dia alami. Satu hari tu, Kak Diba diuji, diuji dengan kekecewaan oleh manusia bernama lelaki juga. Kitorang sendiri saksikan macam mana susahnya Kak Diba struggle untuk keluar dari permasalahan ini. Kak Diba menangis, kitorang lah yang jadi pemujuk setia. Sampai tak tahu nak cakap apa lagi dah sebab kitorang tak pandai nak bagi nasihat or motivasi macam Kak Diba. Kalau diikutkan Kak Diba lagi banyak kali alami kekecewaan berbanding aku. Ada satu masa tu, luka dalam hati Kak Diba makin dalam dan makin dalam sampai dia rasa nak give up study dah. Waktu tu tengah minggu final exam pulak tu. "Aku quit! Aku tak kira, aku nak quit!" Aku ingat lagi waktu tu dia tengah kemas luggage dia sambil menangis-nangis. Lepas tu dia terduduk, air mata masih mengalir lagi, letih agaknya. "Kenapa ***** buat aku macam ni?" tanya dia pada aku sambil menangis. Aku hanya mampu kata, "Sabar Kak Diba, jangan macam ni. Dia bukan jodoh akak, dia tak layak pun untuk akak. Kak Diba sabar lah, ada yang lebih baik nanti untuk akak."
Itu bukan kali pertama orang buat Kak Diba macam tu. Masuk ni kali kedua Kak Diba kena macam tu. Orang yang tak pandai menghargai, biar kita baik macam mana pun, still mereka tak akan nampak. Tapi janji Allah itu pasti, setiap kehilangan semestinya Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya. Dua tahun lepas tu, waktu Kak Diba dah masuk final year, "Akak dah nak bertunang, lepastu InsyaAllah akan kahwin." di bilik siswi Kak Diba sampaikan berita gembira dia pada aku. "Iyaka? Dengan siapa kak? Nak tengok! Nak tengok! Bila Kak Diba kenal dia? Kat mana? Macam mana?" Kak Diba cakap pertemuan antara mereka diatur seorang kawan. Dalam 3 bulan kenal macam tu, terus sang lelaki melamar Kak Diba untuk dijadikan isteri. Betapa Allah permudahkan urusan jodoh Kak Diba.
And the best part is, bakal suami Kak Diba waktu itu ada agama, datang dari keluarga yang baik-baik, good looking jugak compared to lelaki-lelaki yang dah kecewakan Kak Diba sebelum ni and plus beliau dah pun punya kerjaya. Inilah hikmahnya apabila Kak Diba bersabar apabila diuji dulu. Dan betul kan, sesuatu yang hilang, akan Allah gantikan dengan yang lebih baik. Dan betul jugak kan, apa yang kita terlalu inginkan, tak semestinya baik untuk kita. Dan apa yang kita tak mahu, tak semestinya tidak bagus untuk kita. Dan sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui akan segala sesuatu yang kita sebagai hamba-Nya tidak mampu terfikir.
Dan sekarang ni Kak Diba nampak happy sangat-sangat. Kak Diba yang dulunya runsing sangat-sangat memikirkan soal jodohnya, bertambah runsing apabila melihat rakan-rakan seusianya ramai yang dah mula settle down, kini dah boleh tarik nafas lega, sebab separuh imannya telah pun sempurna dengan kehadiran seorang suami. Dan mungkin tika saat ini, bertambah-tambah bahagia Kak Diba sebab bakal dikurniakan rezeki cahaya mata yang bakal jadi penyeri dalam rumah tangga beliau.
Benarlah kata orang, susunan dan aturan Allah itu cantik sekali, tidak tergambar oleh kita, seorang hamba-Nya yang lemah. Dan setiap yang ditentukan oleh Allah itu adalah yang terbaik buat hamba-Nya. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui akan segala sesuatu.
:')
No comments:
Post a Comment