Tuesday, January 27, 2015

Sisterhood

Tiga tahun lepas, masih segar dalam ingatan aku. Saat aku jatuh terduduk, tertonggeng, terpaling kecewa gara-gara manusia. Kak Diba, Arma, & Lily lah yang paling banyak membantu aku. Saat aku rasakan seakan hampir putus asa, mereka lah yang akan segera 'papah' aku untuk terus bangkit dan bersinar. Dan Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya juga atasi kekecewaan yang pada waktu itu aku rasakan sakitnya seakan membunuh aku perlahan-lahan. Sampaikan bila jalan-jalan ke Kuala Perlis pun akan menangis tersedu-sedan sebab teringat akan 'si dia'. Pergi kelas mata bengkak macam bola golf. Menyorok dalam loker dan menangis sepuas-puasnya dalam tu. Betapa jauhnya aku dengan Tuhan pada waktu itu, sampai tak mampu nak atasi kesedihan yang melampau dan belum kenal erti 'Redha & Ketenangan'. 


Tapi Allah itu Maha Penyayang, meskipun hamba-Nya ini acapkali melakukan dosa dan ingkar akan larangan-Nya, Dia tetap hantarkan orang yang baik-baik untuk temani aku dan berada disamping aku saat aku betul-betul memerlukan sokongan. Kak Diba lah yang paling banyak spend time dia dengan aku. Bila nampak aku lemah longlai dan lesu terbaring atas katil double-deck, dia pun panjat katil tu then duduk kat atas tu sama-sama dengan aku sambil aku baring, tutup muka dengan bantal tak mau dia nampak air mata aku yang lenjun tu. Lepas tu dia pun mula bercerita, cerita-cerita yang dia fikirkan boleh buat aku kembali bersemangat untuk turun dari katil tu dan teruskan hidup. Bila dia nampak aku tak ada selera nak makan, dia sanggup bawak aku keluar pergi Kangar, ke MaiCafe, IbuCorner, KFC and kadang-kadang sampai ke Kuala Perlis, demi mencari makanan yang sedap-sedap yang boleh mengembalikan selera makan dan ketenangan dalam hati aku. 


Dan apabila semangat aku yang hilang itu telah kembali, ternyata aku jadi lebih ceria dari sebelum ni. Dan aku masih ingat lagi pesan Kak Diba, "Nadia, just stay macam ni, jadi diri kau sendiri yang sekarang ni, yang ceria, yang kelakar. Kenapa kau nak ubah diri kau yang sebenar kerana seorang lelaki? Tak worth it. Semoga suatu hari nanti Nadia akan jumpa suami yang diidam-idamkan. I love you." lebih kurang macam tu lah nasihat beliau. And aku pegang pesan Kak Diba tu sampai ke hari ini.  


Kak Diba bagi aku adalah seorang yang sangat-sangat understanding. Dan aku sangat-sangat selesa untuk berkongsi masalah dan cerita bersamanya. When it comes to problems, for sure Kak Diba akan tolong sedaya upaya dia, kalau tak dengan fizikal, dia akan tolong secara mentally, which is bagi nasihat dan motivasi dan kebiasaannya aku akan sangat terkesan dengan nasihat-nasihat beliau. Tapi betul lah kata pepatah, kadang-kadang ada sesetengah orang itu, dia pandai mencari solusi untuk permasalahan orang lain, tapi masalahnya sendiri agak sukar untuk dia handle sorang-sorang. 


Kak Diba pun manusia biasa, ada masa dia akan buntu dan lemah dengan permasalahan yang dia alami. Satu hari tu, Kak Diba diuji, diuji dengan kekecewaan oleh manusia bernama lelaki juga. Kitorang sendiri saksikan macam mana susahnya Kak Diba struggle untuk keluar dari permasalahan ini. Kak Diba menangis, kitorang lah yang jadi pemujuk setia. Sampai tak tahu nak cakap apa lagi dah sebab kitorang tak pandai nak bagi nasihat or motivasi macam Kak Diba. Kalau diikutkan Kak Diba lagi banyak kali alami kekecewaan berbanding aku. Ada satu masa tu, luka dalam hati Kak Diba makin dalam dan makin dalam sampai dia rasa nak give up study dah. Waktu tu tengah minggu final exam pulak tu. "Aku quit! Aku tak kira, aku nak quit!" Aku ingat lagi waktu tu dia tengah kemas luggage dia sambil menangis-nangis. Lepas tu dia terduduk, air mata masih mengalir lagi, letih agaknya. "Kenapa ***** buat aku macam ni?" tanya dia pada aku sambil menangis. Aku hanya mampu kata, "Sabar Kak Diba, jangan macam ni. Dia bukan jodoh akak, dia tak layak pun untuk akak. Kak Diba sabar lah, ada yang lebih baik nanti untuk akak." 


Itu bukan kali pertama orang buat Kak Diba macam tu. Masuk ni kali kedua Kak Diba kena macam tu. Orang yang tak pandai menghargai, biar kita baik macam mana pun, still mereka tak akan nampak. Tapi janji Allah itu pasti, setiap kehilangan semestinya Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya. Dua tahun lepas tu, waktu Kak Diba dah masuk final year, "Akak dah nak bertunang, lepastu InsyaAllah akan kahwin." di bilik siswi Kak Diba sampaikan berita gembira dia pada aku. "Iyaka? Dengan siapa kak? Nak tengok! Nak tengok! Bila Kak Diba kenal dia? Kat mana? Macam mana?" Kak Diba cakap pertemuan antara mereka diatur seorang kawan. Dalam 3 bulan kenal macam tu, terus sang lelaki melamar Kak Diba untuk dijadikan isteri. Betapa Allah permudahkan urusan jodoh Kak Diba. 


And the best part is, bakal suami Kak Diba waktu itu ada agama, datang dari keluarga yang baik-baik, good looking jugak compared to lelaki-lelaki yang dah kecewakan Kak Diba sebelum ni and plus beliau dah pun punya kerjaya. Inilah hikmahnya apabila Kak Diba bersabar apabila diuji dulu. Dan betul kan, sesuatu yang hilang, akan Allah gantikan dengan yang lebih baik. Dan betul jugak kan, apa yang kita terlalu inginkan, tak semestinya baik untuk kita. Dan apa yang kita tak mahu, tak semestinya tidak bagus untuk kita. Dan sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui akan segala sesuatu yang kita sebagai hamba-Nya tidak mampu terfikir. 






Dan sekarang ni Kak Diba nampak happy sangat-sangat. Kak Diba yang dulunya runsing sangat-sangat memikirkan soal jodohnya, bertambah runsing apabila melihat rakan-rakan seusianya ramai yang dah mula settle down, kini dah boleh tarik nafas lega, sebab separuh imannya telah pun sempurna dengan kehadiran seorang suami. Dan mungkin tika saat ini, bertambah-tambah bahagia Kak Diba sebab bakal dikurniakan rezeki cahaya mata yang bakal jadi penyeri dalam rumah tangga beliau. 




Benarlah kata orang, susunan dan aturan Allah itu cantik sekali, tidak tergambar oleh kita, seorang hamba-Nya yang lemah. Dan setiap yang ditentukan oleh Allah itu adalah yang terbaik buat hamba-Nya. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui akan segala sesuatu. 
:') 


Thursday, January 22, 2015

Bahagia Itu Adalah Apabila Kita Kembali Kepada Fitrah.

Kehadapan awak.

Alhamdulillah dalam dunia yang semakin tak keruan ini, kita masih dapat bertukar salam & mendoakan kebaikan satu sama lain. Ada banyak perkara yang ingin saya perkatakan tentang kesedihan. Terutamanya yang mendasari bicara-bicara yang awak sering paparkan. Maaf bukanlah niat saya untuk menyibuk, akan tetapi saya dapat melihat dan merasakan seolah-olah kesedihan itu satu sumpahan untuk awak.

Ingin saya bertanya, adakah tulisan-tulisan awak berkenaan kesedihan itu adalah kerana awak gagal mencapai bahagia yang awak inginkan? Kerana kebanyakan manusia, memang selalunya akan bersedih, kecewa dan terluka dalam mencari kebahagiaan. Adakah awak juga begitu?

Awak ingin dengar pendapat saya tentang bahagia? Tapi sebelum itu ingin saya tanyakan, apakah makna bahagia buat awak? Adakah bahagia itu apabila awak bernasib baik dalam kehidupan? Atau bahagia itu bila awak mencapai apa yang awak inginkan? Adakah bahagia itu awak ertikan dengan perasaan suka dan gembira yang awak alami? Atau bahagia itu adalah sesuatu keseronokan yang dicapai?

Jujurnya, saya pun tak tahu apa makna sebenar bahagia. Kerana terlalu banyak tafsiran daripada jiwa dan fikiran yang berbeza.

Saya tahu, kalau melibatkan perasaan, bahagia itu pasti kita maksudkan dengan pada akhirnya kita dapat bersama dengan seseorang. Kalau melibatkan harta pula, bahagia itu apabila kita mendapat hasil yang lumayan setelah penat bekerja. Atau bahagia itu boleh jadi, apabila kita melakukan sesuatu, sesuatu itu betul dan tepat.

Tapi ada satu soalan yang sering mengasak minda dan dada saya. Iaitu, kenapa bahagia itu perlu dikejar? Adakah bahagia itu sentiasa berubah? Kenapa kita perlu susah payah mencari bahagia? Di mana sebenarnya bahagia itu?

Bagi saya yang lemah ini, andai ditanya tentang bahagia, jujur saya akan jawab bahagia itu berada di dalam hati kita. Kita cuma perlu mengubah sedikit pandangan, agar kita bisa melihat makna sebenar bahagia itu.

Awak, segala kesedihan yang kita alami bukanlah hukuman daripada Tuhan. Tapi ia adalah hasil dari kesilapan kita sendiri. Semua itu, segala kesedihan dan kekecewaan itu adalah ujian, untuk kita mula mencari makna bahagia yang sebenar di atas muka bumi ini.

Awak, bahagia itu bukan kepuasan kepada fizikal mahupun kepuasan kepada rohani. Bahagia itu juga bukanlah tentang perasaan kita di mana ia bermula dan berakhir seperti mana yang kita mahukan.

Bahagia itu adalah apabila kita kembali kepada fitrah, kembali kepada mencari dan mencintai Allah. Bahagia itu bukanlah untuk diri sendiri sebaliknya untuk tujuan utama kenapa kita diciptakan, iaitu beribadah dan kembali kepada Allah.

Manusia diberi banyak pilihan, diberi kebebasan memilih untuk mencari bahagia sendiri. Tapi ramai yang salah guna kebebasan itu. Sedangkan pilihan terbaik bagi seorang manusia, ialah kembali kepada Allah. Kembali menyerahkan segalanya kepada DIA.

Ramai orang mentafsir bahagia dengan pelbagai tafisran. Tapi awak, bahagia itu cuma ada satu saja akhir yang abadi. Nak tahu? Bahagia itu apabila kita redha dengan apa jua yang Allah beri.

Jadi jangalah awak bersedih tentang kekecewaan masa lalu. Itu ujian, untuk awak memperbaiki diri. Allah sedang menilai sejauh mana awak tabah, supaya nanti DIA akan berikan awak sesuatu yang baik di masa hadapan.

Jangan menoleh kembali dengan kesedihan dan kekecewaan, di hadapan sana masih ada berjuta cinta yang menunggu, yang boleh kita kecapi. Ingat, dalam dunia ini, masa berjalan musim berubah bumi berputar. Takdir awak takkan duduk di tempat yang sama.

Hari ini awak kecewa. InshaAllah esok, kalau awak redha dan melangkah kehadapan (move on), awak akan temukan sesuatu yang lebih baik. Sebab dalam dunia ni, sentiasa ada ruang dan peluang untuk kita meraih cinta baru, hidup baru, kenangan baru. Kita cuma perlu redha.

Saya tahu awak takut. Sekali terluka buat awak takut untuk terluka lagi. Tapi macam mana awak nak sembuh dari sedih, kecewa dan luka, kalau awak tak berusaha untuk melangkah ke tempat lain?

Melangkahlah. Bangun dari kecewa. Kali ini mintalah petunjuk dan jalan terbaik. Sentiasa berserah pada DIA untuk apa jua keputusan. Cintailah DIA dengan sebenar-benar cinta. InshaAllah DIA akan memberikan awak sesuatu yang baik untuk dicintai dan mencintai awak.

Moga selepas ini awak menempuh jalan yang selamat, jalan yang dipermudahkan-Nya agar awak bertemu bahagia di sini, dan di akhirat sana. Langit pun sudah terlalu gelap dan bulan pun sudah terlalu tinggi untuk kita berbicara tentang masa lalu. Hari esok menanti. Senyumlah.

Moga selepas hujan duka, ada pelangi bahagia menghiasi diri awak. 



Friday, January 2, 2015

Mungkin inilah yang dinamakan cinta sebenar.

Diam tak diam hari ini dah masuk hari ketiga tahun 2015. As a fresh new start, aku cuba untuk buang tabiat-tabiat buruk aku dan gantikan dengan tabiat-tabiat baik yang baru. Al-maklumlah, already unofficially 24 lah katakan. Seriously, rasa tua giler!


Bulan depan, jika  diizinkan Allah, aku dan sekeluarga akan pergi ke Makkah mengerjakan Umrah. Tuhan saja tahu betapa tak sabarnya hati ini. Sampai tak senang duduk, asyik menggoogle dan search cara-cara mengerjakan umrah, stalk gambar-gambar kawan-kawan dan artis-artis yang pernah mengerjakan Umrah, baca pengalaman diorang semua. Allahurobbi, sempatkanlah aku Ya Allah :')


Antara tabiat yang cuba aku amalkan since tahun lepas lagi, tapi dulu selalu lubang-lubang, masuk tahun baru ni aku cuba penuhkan seboleh mungkin, antaranya, solat sunat tahajjud, taubat, hajat, dhuha, zikir, baca Al-Quran setiap kali selepas solat, cuba hafal beberapa surah, dan sentiasa niatkan setiap pekerjaan aku semata-mata kerana Allah. Mp3 pun aku dah buangkan kesemua lagu dan gantikan dengan bacaan Al-Quran Mishary 30 juzuk, dan diperdengarkan setiap kali aku study. 


Dan aku mula terasa beberapa perubahan dalam diri ini. Antaranya, setiap pagi, kalau aku tidur awal pada malam sebelumnya, tepat jam 4.30 am, aku akan secara automatik terjaga tanpa perlukan alarm. Alhamdulillah, kalau tak sebelum ni bila bangun Subuh gajah, mesti rasa sedih tak sudah sebab Allah tak sudi nak jumpa aku di pertengahan malam. Kalau aku stay-up, biasanya aku akan solat sebelum tidur. 


Benar lah apa orang kata, apabila kita solat dengan sepenuh hati, dan menangis memohon keampunan, lepaskan segala rintihan hati dan segala keluh kesah kita pada-Nya, dada ini terasa sungguh lapang, tenang setenang-tenangnya. Allah. Sampaikan bila pagi menjelang, seakan tidak sabar menanti datangnya malam, untuk mengadu segala-galanya kepada-Nya di samping menangisi dosa2 kita terdahulu dan memohon keampunan. 


Mungkin inilah yang dinamakan cinta sebenar. Allah :')




Next month, InsyaAllah :')