Wednesday, July 10, 2013

Muhasabah 1 Ramadhan 1434.

Syair ini telah membuatkan Imam Ahmad Bin Hambal menangis apabila mendengar dua bait pertama syair ini , moga ianya juga menjadi momentum kearah muhasabah dan perubahan pada diri kita semua, Insyaallah ...


Jika tuhanku bertanya kepadaku...
Tidak malukah kau bermaksiat padaku?
kau sembunyikan dosamu dari makhluk ku..
Dan datang pada ku dengan penuh dosa..
Bagaimana aku nak jawab duhai diriku yang malang?
Dan siapalah yang dapat menyelamatkan aku?
Aku terus menyogok jiwa ku dengan impian
dan harapan dari semasa ke semasa
dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati..
Dan apa yang akan berlaku selepas aku di kafankan..
Seolah-olah aku ini telah di jamin untuk hidup selamanya..
Seakan mati tidak akan menemui ku...
Dan telah datang padaku sakaratul maut yang begitu ngeri..
Siapakah sekarang ini yang mampu melindungi ku?
Aku melihat pada wajah wajah..
Apakah ada daripada mereka yang akan menebus ku?
Akan aku disoal apa yang telah ku lakukan didunia
untuk menyelamatkan diri ini?
Maka harus bagaimana kah akan ku jawab
setelah aku mengabaikan urusan agama ku?
Celakanya aku! Apakah aku tidak mendengar
ayat ayat Allah yang menyeru ku?
Apakah aku tidak mendengar apa yang telah diceritakan
dalam surah QAAF dan YAASIN?
Apakah aku tidak mendengar tentang hari dikumpul kannya manusia
iaitu hari perhimpunan, hari pembalasan dan hari ad deen?
Apakah aku tidak mendengar panggilan ajal maut
yang sentiasa menyeru dan menjemput ku?
Ya rabb...ya rabb seorang hamba datang bertaubat
siapakah yang dapat melindungi nya?
Melainkan tuhan yang maha luas pembentangan pengampunannya
yang membimbing aku pada kebenaran
aku telah datang kepadamu ya rabb
maka kasihanilah aku
dan beratkanlah timbangan amal kebaikan ku
dan ringankan lah perhitungan hisab ku kerana
engkaulah tuhan yang terbaik dalam perhitungan penghisaban
Amin!!



Monday, July 1, 2013

Aku Ingin Menjadi


Aku Ingin Menjadi….

aku ingin menjadi pembaca tegar
yang begitu ketagihkan buku
yang hidupnya tak lengkap jika tidak mengkaji
dan melambakkan persoalan
tentang apa-apa yang dibacanya


aku ingin menjadi seorang penyabar
yang tak mudah mengeluh dan melatah
saat disapa ujian dan musibah
kerana tahu itu semua hadiah istimewa daripada Allah


aku ingin menjadi seorang yang adil
yang mampu meletakkan sesuatu pada tempatnya
yang mampu menerima hujah kawan mahupun lawan
yang mampu menilai kata-kata dan tidak menilai yang berkata-kata
yang mampu berfikir sekritis mungkin
yang mampu memikirkan sesuatu di luar kotak
tanpa membuang kotaknya


aku ingin menjadi seorang pemberani
yang tak takut menegakkan kebenaran
yang tak takut memberikan pendapat dan pandangan
yang tak takut menukarkan mimpi menjadi kenyataan
yang tak takut melawan penindasan
yang hanya takut pada Tuhan


aku ingin menjadi wanita yang perkasa
bukan dalam menakluki hati jejaka (kerana aku sedar siapalah aku)
tetapi aku ingin menjadi
seorang yang benar-benar faham
nilai serta harga seorang wanita
dan sanggup mati untuk mempertahankannya


aku ingin menjadi seorang pemotivasi
bukanlah aku mahu meniru Dr. Fazilah Kamsah atau Dr.H.M Tuah
bukan juga T.Harv Eker, Robert Kiyosaki, Stephen R.Covey, Anthony Robins atau Dr.Deepak Chopra
cukuplah seperti mak aku
yang kata-katanya selalu memotivasikan aku
dan insan sekelilingnya


aku ingin memahami segala macam ideologi
memahami sosok bernama Karl Marx, Adam Smith, Leon Trotsky, Gus Mus dan Luthfi Assykaunie
juga para ateis, gnostik, agnostik
juga mereka yang dituduh sesat dan kafir
aku ingin mendalami hujah-hujah mereka
dengan adil dan saksama
berpaksikan apa yang aku tahu dan percaya
tanpa terlebih dahulu membenci mereka


aku ingin mengkaji falsafah
cuba untuk menghayati walaupun selalunya
yang aku temukan hanyalah kebingungan dan kekeliruan
aku tak peduli kerana aku mahu pada akhirnya
aku dapat memilih yang mana dari Tuhan,
yang mana dari syaitan


aku ingin menjadi seorang yang sentiasa sedar
bahawa kebodohan dan kejahilan
adalah sebahagian daripada aku
agar aku menghargai akal
dengan menggunakannya,
sedaya mungkin, seluas-luasnya
dan menyerahkan apa-apa yang aku tahu dan tidak tahu itu
kembali kepada Pemilik akalku


aku ingin menjadi seorang pencinta yang setia
yang meletakkan cinta tepat pada tingkatannya,
sepanjang masa dan ketika:
Allah pertama, Rasulullah kedua


aku ingin menjadi seorang sahabat sejati
yang tak pernah meninggalkan sahabatnya
waktu senang, waktu susah
yang tak pernah jemu mengingatkan sahabatnya
tentang Dia Yang Maha Esa


aku ingin menjadi seorang yang tidak pernah mati
kerana ilmu, sumbangan dan jasanya
tetap hidup dalam diri manusia
walau jasad telah tiada


aku ingin menjadi manusia sederhana
biasa-biasa saja,
tidak tergoda oleh kemewahan dunia


aku ingin menjadikan setiap insan sebagai guruku
agar aku mampu merendahkan kesombonganku,
menjinakkan keegoaanku


aku ingin keluar dari kegelapan
dan melangkah menuju pencerahan


aku ingin memaksimumkan akalku
walaupun aku masih tidak tahu di mana titik maksimumnya


walaupun aku masih belum berjaya
doakanlah aku akan terus mencuba dan mencuba


[Hasil Nukilan: Wan Anis Yasmin]


Sunday, June 23, 2013

Pergi




Ada tentang sesuatu yang aku ingin pergi 
dan tak mengulanginya lagi. 
Semoga bisa aku tepati.



Thursday, June 13, 2013

Bye




Nak 
terbang
jauh
menghilangkan 
diri
mencari 
identiti
...



Tuesday, June 11, 2013

Now I Know...







Dan aku jadi malu dengan diri sendiri T.T terima kasih buat yang menyedarkan :)



Wednesday, June 5, 2013

Sembunyi


Aku ingin jadi sepertinya. 
Lagi di cari, lagi bersembunyi.
Lagi di sebut, lagi mendiamkan diri.
Lagi di jejak, lagi dia lari.
Sembunyi itu suatu perlindungan untuk ‘hati’, 
agar hatinya dekat dengan Sang Ilahi.
Moga-moga suatu hari nanti, aku bisa jadi sesolehah dia.
:')


Saturday, June 1, 2013

Note To Self 1


"Jika kita sedang melakukan sesuatu pekerjaan, apabila masuk waktu solat, solatlah dulu, selepas solat sambunglah semula pekerjaan tersebut, jika kualiti pekerjaan kita masih lagi di tahap yang sama , check kualiti solat kita" 

- Imam Muda Asyraf