Wednesday, July 10, 2013

Muhasabah 1 Ramadhan 1434.

Syair ini telah membuatkan Imam Ahmad Bin Hambal menangis apabila mendengar dua bait pertama syair ini , moga ianya juga menjadi momentum kearah muhasabah dan perubahan pada diri kita semua, Insyaallah ...


Jika tuhanku bertanya kepadaku...
Tidak malukah kau bermaksiat padaku?
kau sembunyikan dosamu dari makhluk ku..
Dan datang pada ku dengan penuh dosa..
Bagaimana aku nak jawab duhai diriku yang malang?
Dan siapalah yang dapat menyelamatkan aku?
Aku terus menyogok jiwa ku dengan impian
dan harapan dari semasa ke semasa
dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati..
Dan apa yang akan berlaku selepas aku di kafankan..
Seolah-olah aku ini telah di jamin untuk hidup selamanya..
Seakan mati tidak akan menemui ku...
Dan telah datang padaku sakaratul maut yang begitu ngeri..
Siapakah sekarang ini yang mampu melindungi ku?
Aku melihat pada wajah wajah..
Apakah ada daripada mereka yang akan menebus ku?
Akan aku disoal apa yang telah ku lakukan didunia
untuk menyelamatkan diri ini?
Maka harus bagaimana kah akan ku jawab
setelah aku mengabaikan urusan agama ku?
Celakanya aku! Apakah aku tidak mendengar
ayat ayat Allah yang menyeru ku?
Apakah aku tidak mendengar apa yang telah diceritakan
dalam surah QAAF dan YAASIN?
Apakah aku tidak mendengar tentang hari dikumpul kannya manusia
iaitu hari perhimpunan, hari pembalasan dan hari ad deen?
Apakah aku tidak mendengar panggilan ajal maut
yang sentiasa menyeru dan menjemput ku?
Ya rabb...ya rabb seorang hamba datang bertaubat
siapakah yang dapat melindungi nya?
Melainkan tuhan yang maha luas pembentangan pengampunannya
yang membimbing aku pada kebenaran
aku telah datang kepadamu ya rabb
maka kasihanilah aku
dan beratkanlah timbangan amal kebaikan ku
dan ringankan lah perhitungan hisab ku kerana
engkaulah tuhan yang terbaik dalam perhitungan penghisaban
Amin!!



No comments:

Post a Comment