Tuesday, July 12, 2016

Ahnaf Wafi

Dalam banyak-banyak drama raya tahun ni, yang paling aku tunggu-tunggu adalah drama Dia Semanis Honeymoon & Dia Semanis Honey Raya. Tu je. Yang lain tak tengok pun. Sebab apa? Of course lah sebab Ahnaf Wafi. Plus nak tengok Nana jugak. Sampai sekarang aku masih fail nak lilit shawl ala-ala gaya Nana. Tengok muka Nana comey je pakai shawl style dia tu, tapi bila aku lilit kat kepala sendiri, rasa macam tidak mahu tengok cermin dah. Lagi satu nak tengok Bella si lipstick merah jugak. Tapi series kali ni Bella dah tak make up tebal dah sebab Bella duduk hospital mental. Tediaa.. Tercerita sinopsis pulak dah. 


Tajuk pun Dia Semanis Honeymoon, of course lah cerita pasal honeymoon diorang. Apa yang best in the first episode of DSHM bagi aku adalah penampilan Ahnaf Wafi sewaktu di Bali dalam cerita tu. Casual, simple, dan bergaya. T-shirt putih, kemeja, dan seluar 3-quarters. 


Dulu aku ada minat sorang pelakon Filipina nama dia John Lloyd Cruz. Dia tak handsome mana pun tapi character dan penampilan dia dalam drama yang membuatkan penonton suka cara dia dan menampakkan dia comel dan handsome. Dalam drama dia suka pakai t-shirt di dalam dan kemeja di luar macam yang Ahnaf Wafi pakai kat atas tu. Tapi waktu tu tengah famous kemeja kotak-kotak, jadi memang suit lah dengan t-shirt plain kat belah dalam, but aku lebih prefer kemeja plain. Nampak tidak serabut. Lelaki ni syarat untuk nampak handsome bagi aku adalah untuk kelihatan simple dan tidak fancy.


Adakah disebabkan dia adalah seorang Alif Satar jadi tak kisah kemeja warna apa pun yang dia pakai, still akan nampak gorgeous? Ataupun memang mana-mana lelaki yang dress-up macam ni memang akan nampak handsome? Entohlah labu. Haha. Apa pun, cerita ni still sweet macam madu, sampaikan aku record je dulu entire series, tengah-tengah malam sikit bila semua orang dah tidur baru bukak tv tengok. Huhu. Gambar-gambar kat atas ni pun screenshot dari watch online dari laptop. Gigih betoi =,=" 

Kalau nak tengok more of Alif Satar in t-shirt + kemeja boleh tengok video clip ini...

Monday, July 11, 2016

Inikan Raya.

Sebelum tu nak ucap, SHRMZDB! (ok, hipster sangat *tgn didada mata ke atas*) Well, Ramadhan dah pun meninggalkan kita. Aku rasa Ramadhan tahun ini lah yang paling banyak issue di media sosial. Dari satu, satu, tak henti-henti dari awal Ramadhan sampai lah ke penghujung Ramadhan. Moga Ramadhan tahun hadapan, perkara seperti yang telah lepas tidak berulang lagi. Dan moga kita dapat bertemu Ramadhan yang akan datang hendaknya, Amin.

Family Potret yang tak cukup corrum

Macam biasa, raya pertama lepas sarapan pergi sembahyang raya dekat Masjid Al-Falah. Balik sembahyang raya sesi bermaafan sesama keluarga. Lepas tu sesi kembali melahap rendang dan lemang serta ketupat sambil menanti tetamu yang nak datang beraya. Raya kedua baru lah dapat pakai baju raya. Tapi tahun ni tak dapat nak bergambar satu family sebab Benjol raya di kampung Kak Zaza. Gambar kat atas ni pun ditangkap dalam keadaan yang kelam kabut sebab dah lambat nak pergi beraya ke rumah Maklang. Nak tangkap gambar sama-sama dengan Ami dan Kak Dawama pun tak sempat. Ini semua shawl punya pasal, kalau pakai bawal mungkin tak mengambil masa yang lama memaku di depan cermin =,=" haish cinca~

Le' Kueh Raya

Raya ketiga dah start menerima tetamu. Actually, raya pertama lagi dah start menerima tetamu tapi waktu tu tak ramai sangat tetamu. Waktu raya ketiga ni lah baru rasa macam meriah dan huru-hara sikit rumah. Antara tetamu yang datang waktu sebelah siang adalah keluarga Kak Dawama, sebelah malam pulak saudara-mara sebelah Mama. Bila duduk rumah, macam malas pulak nak melaram pakai baju raya. So, pakai je jubah yang ada. Huhu.

Bergambar kenangan bersama family Kak Dawama


Apabila budak hipster beraksi


Waktu beraya di rumah Kak Zaza 1 Syawal haritu tak sempat nak bergambar. Seronok jugak waktu tu walaupun terpaksa tempuh traffic jam selama 5 jam sebab kampung Kak Zaza memang feel suasana kampung habis siap ada pelita di lorong jalan. Dah empat tahun rasanya beraya di Shah Alam. Honestly, rindu sangat-sangat nak beraya dengan suasana kampung macam dulu-dulu. Kadang-kadang buat sesi flashback dengan adik-beradik tentang kenangan beraya waktu kecik-kecik dulu. Serious seronok bila dikenang balik. Harap-harap jodoh nanti masih orang area KL/Selangor but ada kampung yang betul-betul suasana kampung. Huhu. 

Monday, July 4, 2016

Berdiri bersama Arlina Banana.

Baru semalam bukak topic pasal depression dengan adik perempuan lepas masing-masing dah penat menganyam ketupat sebelum tidur. Adik cakap, sejak dua menjak ni, dia rasa dunia dalam mimpi lebih menyeronokkan and more interesting than real life. Sampai kadang-kadang dia rasa tak mau bangun dari tidur dan teruskan bermimpi. Then aku pun cakaplah, jaga-jaga, itu mungkin tanda-tanda awal depression. Lepas tu aku tanya lagi, ada tak Adik start compare-compare life Adik dengan life orang lain? Dia jawab "Haah, selalu." The thing about depression is, ia bermula dengan perasaan tidak bersyukur.


Permulaan kepada perasaan tidak bersyukur ni biasanya bila kita rasa hidup orang lain lebih best dari hidup kita, hidup orang lain lebih beruntung dari kita, hidup orang lain lebih enjoy dari kita, hidup orang lain lebih mewah dari kita, dan banyak lagi lah, nak senarai esok pun tak habis. Kenapa kita rasa life orang lain lebih bahagia? Sebab setiap hari, timeline facebook, instagram, twitter kita hanya dimomokkan cerita-cerita yang indah-indah belaka dari kenalan-kenalan kita. Kalau yang baru kahwin akan post tentang 'indahnya alam perkahwinan' dan beberapa cerita tentang kebaikan suami/isteri mereka. Kalau yang tengah on vacation, of course lah upload gambar depa dan scenery yang super ohsem. Kalau yang loaded akan post gambar beg shopping kat ZARA blablabla...and the list go on and on...


Kemonlah, siapa je yang nak upload or cerita tentang kekusutan dan masalah hidup dia? Kalau ada pun mungkin pakar-pakar motivasi atau jutawan yang menceritakan betapa dulu dia susah payah, kini dah senang lenang sebagai inspirasi pada orang ramai. See, tu pun akan cerita bila dah senang lenang tau. Cuba kalau dia masih susah, ada dia nak up cerita tentang kesusahan dia? Tak ada. Kesimpulannya, semua orang dalam dunia ini ada masalah mereka yang tersendiri, cuma mereka memilih untuk tidak menceritakan pada public. Sebab? Nobody cares about your misery life. 


Dalam dunia ni, ramai orang yang mengalami depression. Sangat ramai. Cara membezakan tahap depression mereka adalah dengan tengok cara mereka handle depression tersebut. Ada orang pandai handle, jadi dia tak akan rasa terlalu terbeban dengan depression tersebut. Ada orang tak pandai handle sampai akhirnya boleh memakan dirinya sendiri. Benda paling penting kat sini, kita kena letak mindset, yang Allah swt tak akan uji kita melebihi kemampuan kita. Bila kita rasa macam dah tak berdaya nak lalui certain ujian, dan memilih untuk give up, disitu kita dah tidak percaya akan kemampuan diri kita sendiri. Kemon, Allah swt sendiri percaya yang kau boleh laluinya, kau boleh face the challenges, kau boleh bangun berdiri semula, that's the reason why He put you into that situation Himself. Sebab Dia percaya kau boleh. Tak ke kau rasa bangga bila kau terpilih oleh Yang Maha Esa untuk lalui ujian yang Dia percaya kau boleh atasinya?


Ok, nampak macam entry ni dah mula melalut pula. Sebenarnya macam terkejut sedikit, pagi tadi lepas sahur ada baca dekat post OhBulan yang Arlinabanana try to attempt suicide because of cyber-bullying. Aku antara salah seorang follower Arlina di twitter dan Instagram dulu, sebelum aku delete kedua-dua account tu. Aku suka dengan positive vibes yang ada dalam setiap post beliau. Melalui posts/tweets/vines dia, aku dapat rasakan yang dia seorang yang sangat fun. Mesti seronok jadi kawan dia, mesti tak kering gusi. Dan dia sentiasa come out with fresh new ideas. Macam my date is a book, glass of hope, tweet-tweet yang sentiasa dapat beribu-ribu RT, dan captions dalam Instagram yang selalu sangat bagi motivasi pada diri aku tiap kali rasa down. 


Magic, sebab setiap kata-kata dia sangat kena dengan hidup aku. Dan aku rasa bukan aku sorang je yang pernah rasa tersentuh dengan kata-kata dia, ramai orang kat luar sana yang pernah tersentuh dan terinspirasi dengan kata-kata motivasi dari dia. Pernah terbaca yang dia dulu pernah beberapa kali cuba attempt suicide. Setiap kali dia berjaya kawal keinginan diri dia untuk suicide dalam satu-satu masa, dia akan update Instagram dia tentang pencapaian dia dalam mengawal diri dan emosi dia pada satu-satu jangka masa. Setiap kali dia update yang dia rasa sedih, down, dan cuba untuk cederakan diri dia, tak dinafikan aku turut rasa risau dan sedih. Dalam hati mendoakan yang terbaik untuk dia. Sebab aku tahu dia kuat. Plus, she is loved by so many people, she's an inspiration. Dan kita memerlukan lebih ramai positive people like Arlina in this world.


Satu perkara yang aku tak faham, kenapa dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, masih ada manusia yang berhati kurang bersih dan tidak menjaga percakapan serta hati orang lain? (cuba untuk describe sehabis lembut dah ni) Kerjanya bash orang lain teruk-teruk, dengan kata-kata yang tidak enak. Apa keuntungan yang mereka dapat dengan perbuatan macam tu tak tau lah. Since kes Kak Hassanah lagi, then Maryam Lee, and now Arlinabanana pulak. Tak termasuk ke vaksin tu lagi. Orang Malaysia ni...hmm...entahlah. Aku tak marahkan mereka yang di-viral kan tu, tapi aku marahkan keyboard-warriors dan cyber-bullies yang sangat lancang menaip tanpa fikir perasaan orang lain. 


Hmm..nak marah kat sini pun tak guna juga, bukan depa baca pun. Huhu. Sementara masih ada saki baki Ramadhan hari ini, sama-samalah kita doakan yang terbaik buat Arlina, moga beliau baik-baik sahaja, and stay strong as she always had. Kat bawah ni ada several screenshot from her Instagram, words yang sangat inspirational bagi aku. Wish she will keep on updating her Instagram with beautiful words as usual after this. 
 












Hidup ini macam roda. Tak selamanya hidup kita akan dihurung kesedihan dan kemurungan. Aku selalu fikir macam ni, okay, sekarang hidup aku tengah musim sedih, so aku kena get ready sebab once musim sedih ni dah over, musim kebahagian akan muncul semula dalam hidup aku. So apa aku perlu buat sekarang? Be prepare. Lawan dan terus lawan kesedihan tu sebab semakin kau terus kuat tolak dan lawan kesedihan itu, semakin kau menghampiri ke checkpoint yang seterusnya, iaitu musim kebahagiaan. Bila musim kebahagiaan dah muncul, cherish and appreciate it wholeheartedly. Peduli kan apa orang kata. Kau berhak atas kebahagiaan hidup kau sendiri. Just go for it. :)

 

Friday, July 1, 2016

Pucuk anggur yang dah mula kelihatan.

Semalam, buat kesekian kalinya, handphone aku berdering dengan panggilan masuk nombor yang tidak dikenali a.k.a nombor office. Deringan pertama aku tak sempat nak angkat. Masuk deringan kedua, dengan pantas aku tekan button ACCEPT. Yes! Seperti yang aku jangka, panggilan dari company ajak interview, tapi malangnya, aku tengah mamai waktu itu, tak dapat tangkap dari company apa. UAE bank ke? Tak sure, samar-samar. Huhu. Yang aku dapat tangkap, company ni located at Jalan Tun Razak KL sana. 


Rasa terkilan jugak sebab aku macam tak cukup bersedia dan confident waktu jawab panggilan tu. Speaking pun macam tunggang langgang je waktu tu. Haish cinca! Macam-macam jugak dia tanya, pasal transport, availability, pasal kerja shift yang tak menentu, current location, bila last exam, etc. Tapi dia siap cakap awal-awal yang position  dia nak offer ni agak tidak bersesuaian dengan qualification degree aku. Pastu dia kata nanti dia akan cuba search mana-mana position dalam company yang sesuai dengan qualification aku. Then dia kata, nanti dia akan call semula untuk confirm kan interview.


Lepas beberapa minit tammat panggilan, handphone aku berdering lagi. Nombor office lagi. ACCEPT. "Hello?" Rupanya panggilan dari Ideal Reliance, satu agency yang akan membantu kita fresh grad dalam mencari kerja. Lebih kurang macam SL1M lah kot. Bila dia tanya, bila last final exam? Aku jawab lah last two weeks. Terus dia kata application not eligible sebab dia punya agency hanya membantu fresh grad yang dah menganggur lebih 6 bulan. Hmm. Tak apa lah, kalau dalam masa 6 bulan lagi aku still jobless, akanku apply semula, InsyaAllah.


Lepas dah letak handphone, terus aku ON laptop, check email. Kebanyakan application yang aku apply through Jobstreet dah pun di viewed oleh company yang aku dah sent resume, but still belum ada offer lagi. Tak apa, sabar itu separuh daripada iman. Mungkin lepas raya ni akan ada lagi offer. Aku cuma perlu lebih persiapkan diri ini lebih lagi cara-cara untuk tackle employer sewaktu interview, sambil terus menyebarkan resume ke sana dan ke sini. 






Agak mencabar jugak menjadi seorang penganggur ketika musim perayaan ini. Huhu. Bila tengok adik kau yang memang dah berkerjaya boleh shopping bagai nak rak, jelous tahap redha je lah. Nak pulak dekat Shah Alam ni banyak pulak vendor boutique dengan sale yang kat stadium melawati lagi. Hanya mampu melihat dari jauh saja lah. Takpo. Takpo. Masa den akan tibo nanti, InsyaAllah. Huhu.