Wednesday, April 27, 2016

Aku dan dunia fiksyen.

Aku adalah orang yang sangat mudah 'jatuh cinta' dan 'hidup' dalam dunia fiksyen. Maknanya disini, bila aku tengok sesuatu movie mahupun baca sesuatu novel, aku akan betul-betul hayati sepenuh hati seolah-olah aku hidup sekali di alam fiksyen tersebut. Dan percayalah, sekali aku sudah tersangkut dalam satu-satu dunia itu, agak payah untuk aku move on dan teruskan rutin harianku seperti biasa. Lebih-lebih lagi bila aku dah sampai ke penghujung episod fiksyen tersebut. Adakah aku seorang saja yang sebegini rupa? Aku rasa tak. Kan? 




Kalau sebelum ni aku seakan tenggelam dalam dunia Hayati dan Zainuddin dalam Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Nama tajuk pun tenggelam, dengan aku-aku sekali tenggelam. Huhu. Kurang lebih seminggu jugak lah masa diambil untuk aku betul-betul move on. Dalam masa seminggu tu, semua soundtrack dalam cerita tu aku download, play it on repeat countless of time. Just to feel the 'Hayati & Zainuddin' moment. Aku suka akan perasaan melankoli yang terbit dalam hati aku bila aku betul-betul feel the song and imagine the scenes in the movie.

Rasa kelakar dengan diri sendiri. Sebab kadang-kadang aku seakan jadikan situasi sebegini as escape moment aku dari dunia realiti. Nak dikatakan dunia fiksyen yang sedang aku hayati itu indah-indah belaka, tidak juga. Tapi entahlah. Mungkin kerana dunia aku yang sebenar tidak se-seronok dan se-adventure dunia fiksyen yang aku gemari itu. 

Sekarang ni aku stuck dengan cerita Cheese In The Trap pulak. Omo~ Dah dua minggu dah ni masih belum move on. Nanti nak buat review cerita tu sebab cerita tu BEST SANGAT! 

 

2 comments:

  1. samaaaaaa. selalu jugak macamni. kadang tu lebih dari seminggu. tapi cepat jugak nak move on, sekali ai move on, terus lupa kisah yang dok feeling feeling tenggelam di jiwa sangat tu hahaha

    ReplyDelete
  2. samaaaaaa. selalu jugak macamni. kadang tu lebih dari seminggu. tapi cepat jugak nak move on, sekali ai move on, terus lupa kisah yang dok feeling feeling tenggelam di jiwa sangat tu hahaha

    ReplyDelete