Wednesday, April 27, 2016

Aku dan dunia fiksyen.

Aku adalah orang yang sangat mudah 'jatuh cinta' dan 'hidup' dalam dunia fiksyen. Maknanya disini, bila aku tengok sesuatu movie mahupun baca sesuatu novel, aku akan betul-betul hayati sepenuh hati seolah-olah aku hidup sekali di alam fiksyen tersebut. Dan percayalah, sekali aku sudah tersangkut dalam satu-satu dunia itu, agak payah untuk aku move on dan teruskan rutin harianku seperti biasa. Lebih-lebih lagi bila aku dah sampai ke penghujung episod fiksyen tersebut. Adakah aku seorang saja yang sebegini rupa? Aku rasa tak. Kan? 




Kalau sebelum ni aku seakan tenggelam dalam dunia Hayati dan Zainuddin dalam Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Nama tajuk pun tenggelam, dengan aku-aku sekali tenggelam. Huhu. Kurang lebih seminggu jugak lah masa diambil untuk aku betul-betul move on. Dalam masa seminggu tu, semua soundtrack dalam cerita tu aku download, play it on repeat countless of time. Just to feel the 'Hayati & Zainuddin' moment. Aku suka akan perasaan melankoli yang terbit dalam hati aku bila aku betul-betul feel the song and imagine the scenes in the movie.

Rasa kelakar dengan diri sendiri. Sebab kadang-kadang aku seakan jadikan situasi sebegini as escape moment aku dari dunia realiti. Nak dikatakan dunia fiksyen yang sedang aku hayati itu indah-indah belaka, tidak juga. Tapi entahlah. Mungkin kerana dunia aku yang sebenar tidak se-seronok dan se-adventure dunia fiksyen yang aku gemari itu. 

Sekarang ni aku stuck dengan cerita Cheese In The Trap pulak. Omo~ Dah dua minggu dah ni masih belum move on. Nanti nak buat review cerita tu sebab cerita tu BEST SANGAT! 

 

Monday, April 25, 2016

Kalah dalam Menang


End-up terbaca satu confession kat page IIUCM. Entah kenapa, rasa terkesan sangat dengan confession ni. Tak pasti sama ada ia hanyalah rekaan semata-mata ataupun memang kisah benar. Ada dua benda aku dapat simpulkan dan kaitkan dengan confession ni. 


1. Kisah Zainuddin & Hayati dalam TKVDW karya Hamka.

Bila baca tentang kesan kekecewaan confessor sebagai seorang lelaki, dengan tidak semena-mena aku teringat Zainuddin. Seorang lelaki yang pernah jatuh, kecewa, sedih teruk kerana seorang wanita yang sangat dicintainya. Tapi memilih untuk bangun, bangkit berdiri, lebih gah dari lelaki yang menjadi penyaingnya dalam merebut hati wanita tersebut. Akhirnya memang Zainuddin berjaya, kaya, dan terkenal serta dipandang dunia. Tapi deep down di sudut hatinya, dia tetap rasa sedih dan sunyi malah masih terkenangkan wanita yang pernah dicintainya. Padahal kalau diikutkan, hidup Zainuddin lebih senang berbanding hidup perempuan itu. Dan Zainuddin boleh dikatakan sudah menang. Tapi betul lah orang cakap, walau kita berjaya setinggi mana pun, tanpa orang tersayang disisi kita, kita tetap akan rasa kosong. 

Sama jugak macam dalam kes confessor di atas. Physically, nampak dia dah menang. Sebab lebih kaya dari lelaki yang menjadi penyaingnya, dan boleh dapat perempuan yang jauh lebih cantik dari perempuan yang pernah dicintainya dengan cara yang mudah. But then, deep down kita boleh rasa yang sebenarnya confessor ni masih 'internally bleeding'. Dan aku boleh rasa dan faham macam mana perasaan confessor tika ni. Sebab aku juga pernah diuji kurang lebih sepertimana confessor diuji. Cuma silapnya disini, confessor tersilap percaturan dalam memilih jalan dan solusi untuk keluar dari kepompong ujian yang dilalui confessor. 

Ujian Allah itu tiada yang sia-sia. Sekecil-kecil ujian pasti punya sebab dan hikmah. Kita sebagai hamba, manusia, sebaik-baik ciptaan Allah harus tahu menggunakan akal pemberian Allah untuk cari solusi dan jalan keluar dari segala permasalahan. Sebenarnya itu teguran untuk diri aku sendiri juga. Aku juga mengambil masa kurang lebih 4 tahun untuk mencari jalan keluar. Jatuh, bangun, jatuh, bangun, jatuh lagi. Bangun lagi, tapi tak lama lepas tu jatuh lagi. Semat dalam hati untuk tak akan pernah give up untuk bangun balik lepas dah jatuh walau ribuan kali. Macam Zainuddin.


2. Lagu Kalah dalam Menang by Syamsul Yusof

Nak lebih faham, dengar lah sendiri. Hehe. 



Wednesday, April 20, 2016

Penyejuk Mata.

Source : Facebook

Hati rasa tenang dan lapang sangat bila tengok gambar ni. Dengan tidak semena-mena aku teringat akan perbualan aku dan Mama dalam kereta tempoh hari. Sejujurnya, aku tergamam buat seketika dengan pertanyaan Mama itu. Entahlah, rasa diri ini terlalu banyak dosa. Terlalu banyak. Rasa diri ini tidak layak sama sekali. Takut akan membawa imej buruk pada agama Islam yang syumul. Biarlah aku cuba perbaiki luaran dan dalaman diri ini sebaiknya buat masa ini. Untuk  menjadi penyejuk mata Mama dan Abah. Buat masa ini. 


Saturday, April 16, 2016

Suku Abad.

 Kalau dulu notifications facebook akan penuh dengan game invitation. Tapi sekarang bila usia dah mula menginjak ke angka suku abad ni, notifications facebook penuh pula dengan wedding invitation. Betapa persekitaran kita turut berubah seiring dengan usia kita. Dah boleh perlahan-lahan mula belajar memenuhi undangan walimah tanpa Mama & Abah di sisi. Yelah, kalau sebelum ni, banyak teman Mama & Abah pergi kenduri saudara-mara atau sahabat handai. Sekarang, turn diri sendiri punya sahabat handai lah pulak.

 Actually, setiap kali dapat noti wedding invitation, aku rasa happy. Seriously, siapa yang tak happy bila ada kawan nak bina masjid kan? Dan aku akan cuba seboleh mungkin untuk memenuhi undangan tersebut. Orang dah jemput kan, mestilah wajib hadir, melainkan ada sebab-sebab tertentu yang tidak mengizinkan. Seronok dapat jumpa kawan-kawan lama, yang dekat, yang jauh. Cuma yang tak bestnya bila ada orang tanya, "Nadia bila lagi?" Hmmm... Susah betul nak jawab soalan tu.
 




Wednesday, April 6, 2016

Senyum :)


Aku dah lama tak rasa sedih bila bangun dari tidur setiap pagi. Rasa sedih yang membuatkan kau nak terus terbaring, kalau boleh tak nak menghadapi hari tersebut dan hari-hari mendatang. Rasa sedih yang kadangkala membuatkan kau persoalkan, "Kenapa aku?". Iyyup, perasaan 'sedih' itu cukup menyedihkan dan menyakitkan. Sebab kau masih hidup di dalam kepompong kenangan dan masa lalu. Kau seakan tidak mahu langsung untuk maju kehadapan. Kau tak yakin dengan diri sendiri. Kau rasa macam dah tak ada kebahagiaan lagi dah buat kau dan dalam hidup kau. Well, the truth is, kau silap besar. Hakikatnya kalau kau cuba lawan emosi sedih kau itu, kau akan jumpa sebuah kebahagiaan yang lebih besar nikmatnya daripada kebahagiaan di dalam kepompong kenangan yang kau sukar lepaskan itu.


Aku dah lama tak rasa sedih bila bangun dari tidur setiap pagi. I can't believe that I had survived. Ayuh, terus maju kehadapan sebab kat depan sana ada lebih banyak kebahagiaan yang tak disangka-sangka buat kau. :)