Ketinggalan zaman sungguh seorang Nadia sebab baru kelmarin dapat tengok movie 'The Curious Case of Benjamin Button' yang dah release since tahun 2008 which is 7 tahun lepas, time aku SPM. Mula-mula tak tergerak langsung pun nak tengok, tapi disebabkan tak ada cerita lain yang best dalam recorded list, pulak tu nampak nama Brad Pitt, terus rasa macam hmm mungkin movie ni tak teruk sangat. Let's give it a try, shall we?
Dan ya, aku berjaya habiskan dari awal cerita sehingga ke penghujungnya. Dan ya, movie ini sangat memberi kesan pada emosi aku selepas itu. Patut lah ada terbaca review yang mengatakan movie ini is emotionally heavy. Tak patut ditonton pada pagi hari sebelum engkau melakukan apa-apa aktiviti sebab nescaya ia akan effek emosi engkau untuk sepanjang hari itu. Mujur aku tengok tengah malam, thus effek nya hanyalah tak boleh lelapkan mata sepanjang malam sebab duk teringat-ingat. AsdfghjklPfftttt~
Awal movie macam blurry sikit sebab awal-awal scene dia tunjuk Daisy yang dalam keadaan tenat atas katil hospital sambil dijaga anak perempuannya. Tiba-tiba Daisy suruh anak dia ambil sebuah diary dalam beg dia dan bacakan diary tu out loud pada dia. Dan lagi sekali scene yang blurry sebab Daisy cerita pasal tukang pembuat jam yang telah kehilangan anak tercinta dalam peperangan. Si tukang pembuat jam adalah seorang yang buta and dia cipta sebuah jam yang berdetik secara terbalik. Detik saat dan jam nya berjalan secara counter-clockwise. Alasannya dengan harapan moga-moga anaknya yang mati dalam perang itu boleh hidup semula. Pelik bukan?
Lepastu scene bertukar lagi, scene di mana seorang bayi which is Benjamin dilahirkan. Apa yang pelik, Benjamin dilahirkan dalam keadaan rupa yang sangat hodoh, kulit berkedut-kedut macam orang tua. Mak Benjamin meninggal dunia sejurus selepas Benjamin dilahirkan, manakala ayah Benjamin macam tak dapat terima dengan rupa bentuk Benjamin lalu dia ambil keputusan untuk bawa lari Benjamin dan dropkan di depan Nursing Home. Mujur ada Quinnie, seorang penjaga di Nursing Home tersebut yang sudi kutip dan jaga Benjamin bagai menatang minyak yang penuh seperti anaknya sendiri.
Apa yang pelik tentang Benjamin adalah, growing process dia berlaku secara terbalik. Manusia normal akan mula dengan fasa bayi -> kanak-kanak -> remaja -> dewasa -> tua. Tapi Benjamin pula sebaliknya. Benjamin melalui fasa awal manusia sebagai seorang tua yang berkedut, tak mampu berjalan, tak ada rambut, padahal dalamannya masih muda. Bila dia nampak budak-budak, dia ada rasa teringin untuk bermain bersama mereka, tapi memikirkan fizikal dan disability dia, dia lupakan saja, dan banyak habiskan masa dia bersama orang tua-tua dalam Nursing Home tu.
Hmm.. Kalau nak cerita dari mula sampai habis tentang cerita ni mungkin makan berbelas entry. Huhu. Long story short, cerita ni sangat best bagi aku. Sebab ia berkisar kehidupan. Lahir, hidup dan menuju ke arah kematian. Apa yang aku terkesan sangat dalam cerita ni, ada satu quote dia lebih kurang gini, kita manusia sebenarnya sedang menuju ke suatu arah yang sama. Semua orang. Cuma jalan yang kita lalui saja berbeza, setiap orang. Jadi setiap moment, setiap saat, setiap detik itu sangat penting sebab itu semualah yang akan mencorakkan journey kita which is berbeza dengan semua orang.
Mungkin penonton akan berasa sangat kasihan dengan watak Benjamin. Sebab lalui fasa kehidupan yang sangat berbeza dengan orang lain. Membesar bersama orang tua-tua tanpa ibu bapa untuk bermanja. Bila dah tua pulak, fizikal berubah menjadi muda remaja sedangkan orang sekeliling dan gadis yang sangat dicintainya semakin tua dimamah usia. Membuatkan dia rasa better he off alone by himself sebab tak nak menyusahkan orang sekeliling dia sebab perlu untuk menjaga dia yang akan jadi budak kecik dan seterusnya baby.
Ada satu scene tu, bapa kandung Benjamin muncul semula dan baru nak mengaku yang Benjamin adalah anaknya, dan minta maaf sebab buang Benjamin dulu. Asalnya Benjamin macam marah dan tak terima permohonan maaf ayah dia. Tapi akhirnya dia mengalah. And waktu saat-saat akhir hidup ayah dia, dia bawa ayah dia pergi tengok sunrise. And ayat sewaktu scene itu tersangatlah deep :'(
Benjamin boleh dikatakan sangat beruntung selepas itu sebab segala harta peninggalan ayahnya diserahkan kepada dia. Lepastu dia banyak travel guna harta peninggalan ayah dia. Wajah dan badan dia jadi semakin muda dan handsome. Sampai lah satu hari tu, dia kembali semula ke Nursing Home tu dan berjumpa semula dengan Daisy. Lepastu pendekkan cerita dia mulakan hidup baru dengan Daisy, beli rumah baru, buka dance class untuk Daisy mengajar. Mereka berdua hidup bahagia and so on. Sampai lah satu satu hari tu, Daisy beritahu yang dia mengandung. Terus Benjamin macam terfikir sesuatu, tentang masa hadapan. Macam mana dengan kehidupan dia sewaktu tua nanti which is sangat berbeza dengan kehidupan manusia normal. Macam mana dia nak go on jadi seorang ayah kepada anaknya kalau dia pun akan sama-sama jadi kanak-kanak seperti anaknya nanti. Macam mana Daisy nak jaga dua orang kanak-kanak dalam satu masa tanpa seorang ayah?
Pastu Benjamin decide untuk jual seluruh harta sepeninggalan ayah dia dan serah bulat-bulat pada Daisy untuk hidup dan besarkan anak diorang. Lagi dia pesan pada Daisy untuk cari seorang ayah yang lebih sesuai. Lepastu dia hilangkan diri. Dia travel lagi. And dalam diary tu, dia tak lupa tinggalkan poskad setiap negara yang dia lawati disertakan dengan notes untuk anak dia setiap tahun. Macam mana dia teringin nak tengok anak dia membesar. Part ni pun macam sedih jugak and satu part tu quote dia lagi sekali, sangat deep, iaitu pesanan Benjamin untuk anaknya :'(
Ok, macam dah tercerita semua pula. Ending dia, kena tengok sendiri lah. Eheh. Last but not least, one more quote from this movie that had really touches my heart;
"We're meant to lose the people we love. How else would we know how important they are to us?"
No comments:
Post a Comment