Friday, October 16, 2015

Selamat Tinggal Kenangan.

Bila orang tanya aku, “Apa perasaan bila ditakdirkan dicampak ke sini (Wang Ulu) semula?”, aku hanya mampu respon dengan sebuah senyuman. Kira-kira 3 tahun sudah berlalu, since aku menginap di sini. Meski cuma setahun, tapi tak aku nafikan, banyak kenangan tercipta di sini. Kenangan manis dan juga kenangan pahit. Kat sini lah air mata aku banyak tumpah. Kat sini lah berat badan aku turun mendadak. Kat sini lah titik-titik putus asa mula bercambah dalam hati. Kat sini lah aku kenal erti ‘sisterhood’. Kat sini lah aku berjuang melawan kecamuk perasaan. Dan kat sini lah aku bangkit kembali. 


Sebelum ni stay kat Kg Wai, then Bumita, tak pernah pulak kenangan-kenangan dulu menghantui hidup aku macam sekarang ni. Mungkin sebab setiap hari naik bus lalu jalan yang dulu waktu first year siap hafal. Kedai-kedai makan yang pernah kami singgah. Rindu pada housemate waktu first year dulu sampai terbayang-bayang bayangan Kak Diba pada housemate yang sekarang ni. Kerusi batu itu yang pernah jadi saksi air mata berdedai-dedai sambil buat sesi curhat bersama Kak Diba. Hahah. Such a memories. 


Sebulan sudah bersendirian menginap di Wang Ulu, aku dah decide satu keputusan. Aku tak mahu hidup dalam kenangan lagi. Aku nak berjalan maju dan laju terus ke hadapan tanpa menoleh ke belakang lagi. Mungkin bersebab kenapa Allah campakkan aku ke sini buat seketika waktu. Untuk aku muhasabah diri. Untuk ambil pengajaran. Untuk tidak mengulangi kesilapan lalu. Dan aku terima setiap daripada itu sebagai satu learning process untuk mematangkan lagi diri aku. 




Sampai je depan lift Bumita tadi, hidung aku terus menangkap aroma bau ayam Che Mat. Tidak semena-mena terbit senyuman. Dalam hati aku rasa puas sangat. Tahniah Nadia, you made it! Alhamdulillah syukur. :')

No comments:

Post a Comment