Antara waktu seseorang dekat dengan Tuhannya ialah ketika dia sedang bertawaf memuji Allah, beristighfar, memanjatkan doa dan hajat sambil air mata mengalir membasahi pipi merasai kerdilnya diri dihadapan Allah swt dan kaabah. Bayangkan ketika ini ditaqdirkan untuk seseorang itu mati bertemu rabnya dalam keadaan berihram putih dan bibirnya basah menyebut-nyebut nama Allah.
Bergembiralah mereka yang telah mati pada ketika ini, di tempat yang mulia, di hari yang mulia dan diwaktu yang mulia kau dijemput untuk bertemu sang Pencipta. Dunia menangisi pemergian mu, tetapi barangkali kau tersenyum-senyum bertemu Tuhan mu kerana menamatkan riwayat hidup ditempat yang sangat mulia. Semoga semua mereka diampunkan Allah dan dirahmati jenazah mereka.
"Ya Allah ampunilah mereka, rahmatilah mereka, mandikanlah mereka dengan air, salji dan sesuatu yang sangat memberi kesejukan, sucikanlah mereka dari dosa sebagaimana Kau sucikan kain yang putih daripada kekotoran, masukkanlah mereka ke dalam syuga Mu, dan jauhkanlah mereka dari azab kubur dan neraka."
No comments:
Post a Comment