Thursday, July 25, 2013

Menggeledah Surat Cinta.


Assalamualaikum.


Setelah 6 minggu bercuti, hari ni baru tergerak hati nak kemas-kemas sikit buku-buku yang dibawak balik hari tu dan terjumpa ini. Hari tu balik rushing sangat sampai tak sempat nak kemas betul-betul barang-barang kenangan ni. Kebanyakan surat cinta ini adalah nota-nota yang ditampal depan meja study dan jugak surat cinta dari sahabat yang comel lote. 





Ayat-ayat 'pujukan' bersumberkan ayat Al-Quran. 
Bila stress macam nak menangis, cepat-cepat pandang dinding dan baca ni ulang-ulang kali. Alhamdulillah, very helpful. :')




Peringatan buat diri sendiri yang selalu terlupa T.T 





Apabila mood yang tak berapa nak kreatif tu dah mai =,="




Nota-nota jiwangz dari sahabat :)




NO! hehe ;)




Feeling sangat best bila kita bangun dari tidur dan pergi ke meja study lepaih tu ada nota-nota jiwangz sebegini terselit bawah plastik lapik meja :) hehe..feeling loved betoi. Sampai ada yang terpaksa di-censored kan ^_^ hihihi.




One of my favourite, nota jiwangz ala-ala poster from Nisa', my sahabat.
InsyaAllah, I'll keep it in mind till my last breath.




Last but not least, haish...teringin jugak =,=" huhu




Alhamdulillah, rasa bersyukur sangat-sangat di atas 'pertemuan' dengan sahabat-sahabat yang baik dan 'perpisahan' yang diatur-Nya ini :') Selepas hujan memang pelangi akan muncul kan? Now that's what we call as HIKMAH ^_^ 


Semester kali ni banyak ceritera gembira terukir di dalam diary. Walaupun ada jugak perkara lain yang mengecewakan... POSITIVE!! POSITIVE!! Mungkin belum ada rezeki, Allah suruh usaha lebih, jangan jatuh, bangkit! Ada dua tahun lagi! Walaupun kadang-kadang ada rasa macam nak putus asa.... Untuk mama & abah, I'll keep on trying :') walaupun gagal seribu kali.


Semoga semester depan, diary akan dipenuhi dengan ceritera gembira lagi, malah mungkin lebih gembira, InsyaAllah. Amiin. 



Muhasabah 14 Ramadhan 1434


Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat, renungan khususnya untuk para wanita. Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah saw menangis mankala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw, mengapa beliau menangis.


Beliau menjawab, "Pada malam aku di isra'-kan, aku melihat perempuan- perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya." Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kala jengking.


Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.


Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka," kata Nabi saw.


Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan, "Mengapa mereka disiksa seperti itu?" 


Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, Adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.


Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya. Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas. 


Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain. Perempuan yang memotong sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.


Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena dia meninggalkan solat dan tidak mahu mandi junub.


Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."


Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan. 


Allahhurobbi :'(


Tak aku nafikan, godaan terhadap kaum perempuan pada zaman ini sangat KUAT! Berperang dengan kemahuan dan keperluan, kehendak manusia dan kehendak Allah, nafsu dan iman. Aku mengaku, aku seringkali kalah. Kuatkan hambaMu ini Ya Allah :'( 



Sunday, July 21, 2013

Muhasabah 9, 10, 11, 12, 13 Ramadhan 1434





"hari ni dah ramadhan 13, sedar tak?"

"yep"

"so camane?"

"maksud?"

"level iman dah upgrade?"

"err tak tau la nak cakap camane"

"haa. apsal pulak tak tau?"

"kadang-kadang aku lupa ni bulan ramadhan, kadang-kadang aku ingat. bila ingat tu, memang terus cepat-cepat istighfar, ingat Allah balik"

"sebelum masuk ramadhan ni, ko happy tak?"

"of course aku happy. sebab amalan lipat kali ganda. doa mustajab. pintu syurga dibuka seluasnya. syaitan dibelenggu, dihapuskan dosa-dosa"

"ko ada niat tak apa yang ko nak achieve bulan ni?"

"errk. ada ke tak eh. ada kot. tapi aku just niat macam tu je la"

"mana lagi banyak masa ko spend? tengok tv, online atau ingat Allah?

"boleh main pass soalan tak? errk. susah nak cakap"

"honestly"

"ok. jujurnya it depends. kalau ada cerita best, aku layan jugak. kalau tak, aku online tengok update semasa. tapi lepas solat, aku mengaji." 

"ohh, ko nak tahu kenapa ko boleh rasa kadang-kadang tak ingat ni bulan ramadhan?"

"kenapa?"

"sebab ko acuh tak acuh macam ni lah. ko tak all-out lagi nak imarah kan ramadhan. ko macam sayang lagi nak tinggalkan 'worldly life' ni. ko macam tak bersungguh pun nak dapatkan ganjaran yang Allah dah sediakan . wa astaghfirullah"

"ermm"

"sebaiknya, kalau ko betul serius nak ganjaran yang Allah dah sediakan, persediaan pun kena serius.tulis target apa yang nak capai dalam ramadhan tahun ni. tampal sebelah katil. baru ko boleh baca, tengok hari-hari. macam dalam Al-Baqarah ayat 183, Allah perintahkan puasa untuk kita jadi orang bertaqwa. orang bertaqwa ni macam mana? orang yang memperhalusi tindak-tanduk dia, supaya sentiasa selari dengan Allah suruh dan tak buat yang Allah larang. baru rasa berkobar-kobar nak buat amal sebanyak-banyaknya"

"ohh. kira nak kena tulis la ni? ni dah hari ke 13. err tak lewat sangat dah ke?"

"better late than never. ehem. nak grad cemerlang kan?"

"tapi kadang-kadang persekitaran tak berapa membantu la. camane?"

"sebab tu kena makin giat berdoa. mudah-mudahan Allah bantu kita tahan nafsu untuk tak ikut sama makan daging saudara sendiri, tak jadi saudara syaitan bila nk beli juadah berbuka, tak pergi tempat-tempat lagha.  tak tengok cerita tak bermanfaat, tak bukak page-page hiburan melalaikan. jadikan setiap masa kita berkomunikasi dengan Allah. thru doa dan zikir-zikir. malu la kalau kita tau kisah cinta setiap artis, tapi tak pernak nak balas cinta Allah pada kita. "

"banyak lagi ni kena reflect"

"memang. setiap hari. manusia, tak boleh lari dari peringatan (51 :55)"

"bacaan Al-Quran dah banyak mana?"

"masa mula-mula tu semangat jugak nak baca. tapi bila dah busy sangat, miss jugak"

"kalau boleh, jangan guna alasan busy. ambik masa untuk selit-selit baca. paksa diri untuk baca Quran. tak apa kalau tak sempat khatam, tapi at least, we put an effort. solat fardhu mesti kena jaga. solat terawih berjemaah. bangun solat tahajud. bila bangun nak sahur tu, cuba ambik masa 10 minit untuk solat dulu. masa bulan puasa ni la senang untuk latih badan bangun qiam. nanti bila dah habis ramadhan, boleh continue untuk qiammulayl. solat-solat sunat yang lain pun, paksa diri untuk buat. ini tak, rasa macam bulan puasa ni lagi banyak ibadah tidur dari ibadah dengan Allah kan?"

"..."

"if rasa complicated sangat, buat checklist. hp mahal-mahal buat apa kalau tak guna ke arah kebaikan. dalam notes tu, tulis nak sedeqah, sebarkan senyuman pada orang, sediakan juadah berbuka, wake up for sahur, nak buat kebaikan walaupun sekecil-kecil pertolongan,etc etc. kita ni, kalau tak paksa diri, memang susah. baca 'Lahawlawala quwwata illa billah' banyak-banyak. InshaAllah, Allah bagi kekuatan"

"inshaAllah"

"lagi satu, jaga hubungan dengan manusia. jangan sampai nak habiskan satu juzu' ni, tak buat apa yang mak suruh. baju adik-adik tak berlipat, rumah bersepah dengan sampah. kerja-kerja kat ofis tertangguh. tak bercakap langsung dengan staff meja sebelah. sederhanalah. jangan jadi fitnah pada agama. Islam ni mudah sebenarnya."

"point ko semua memang nak aku terasa kan?"

"terpulang. reminder, untuk kita. yang penting sebelum tidur, doakan semoga Allah terima segala amalan kita dan diberikan keampunan oleh Allah. ni dah masuk fasa kedua, fasa maghfirah, lepas ni fasa pembebasan dari api neraka. pejam celik pejam celik. dah habis ramadhan. sekejap je. ko taknak jadi golongan yang rugi kan? orang yang puasa, tapi tak dapat apa di sisi Allah, hanya perut yang lapar dan tekak yang kering. wana'uzubillah"

"tak nak! aku dah tak nak puasa aku macam aku kecik-kecik dulu"

"so? nak tunggu apa lagi, kalau bukan sekarang? jom. refresh niat. aku puasa kerana Allah taa'la untuk jadi mukmin yang bertaqwa, nak grab as much as pahala, dan diampunkan segala dosa. inshaAllah"

"aameen"

Milah angguk-angguk. Terus dicarinya pen dan kertas dalam laci almari meja soleknya.
...

"Milaaaaahhhhhh"

"yaa mak"

"ko cakap dengan sapa tu?"

"takde sapa-sapa mak"

Di hadapan cermin, Milah tersenyum sendiri. 
Ya, dia mahu memaknakan ramadhan kali ini. Kalau bukan sekarang, bila lagi? 





Monday, July 15, 2013

Al-Kisah Social Network (Part 1)


Assalamualaikum.


Terkesan dengan entry latest FL dimana supervisor beliau ada bertanya, berapa jam dalam sehari mereka habiskan masa dengan facebook. Kebanyakannya jawab 2-3 and 3-4 hours. Lepas tu supervisor itupun berkata : 


"Whats wrong with you people, don't you have enough of your life that you HAVE TO CHECK ON other people's lives everyday? Life is not all about you, you and you. Its about helping the poor, contribute to the society and make the world a better place to live. If you die today, aren't you ashamed to meet the God? You're full of yourselves, didn't help the orphanage, you threw litters everywhere. How dare you gonna meet Allah with that attitude?"


Hmm.. Cukup terasa bagaikan ada batu besar terhempap di kepala ku. Memang realiti hari ini, zaman ini. Susah nak cari seorang manusia yang bergelar remaja di usia aku yang hidupnya tak terikat langsung dengan social network ni. Kalau ada pun, boleh kira dengan jari. 


Ramadhan kali ni, aku ada setkan beberapa azam baru. Azam perubahan, mungkin. Tak tahu lah boleh tercapai atau tak. Diri sendiri pun kenal dengan diri sendiri kan. (apa ayat aku ni? =,=") Diri sendiri pun tahu tahap kemampuan diri sendiri. Tapi, sampai bila aku nak duduk dalam comfort zone aku ni? Perlu lakukan sesuatu, meski ia sekecil hama. PERLU! INI KALILAH! *tibetibe


Salah satu azam aku adalah, untuk tidak meng-upload sebarang gambar aku ke dalam laman social lagi. Waktu aku tulis azam ni dalam diary, aku tersengih sendiri. Boleh percaya ke? Mampu ke kau? Nampak tak, aku sendiri tak yakin dengan diri sendiri T.T rasa dicabar oleh diri sendiri. FINE! we'll wait and see ;) hmm.. tapi.. seriously.. mampu ke aku? 






Step pertama yang aku cuba buat adalah percubaan mendelete akaun Instagram. Tapi, puas dah aku godek-godek settings kat instagram tu untuk menghapuskan akaun aku tu, sampai sekarang tak jumpa. Emangnya, akaun instagram itu enggak bisa didelete ya? Disebabkan aku tak jumpa lagi cara-cara nak delete akaun instagram itu, aku ambil keputusan untuk delete semua gambar dalam tu. Dan berazam untuk tidak upload sebarang gambar lagi di situ. Tapi selagi akaun tu tidak didelete, selagi tu aku tak yakin dengan diri sendiri yang aku mampu untuk tidak meng-upload sebarang gambar T.T


Aku terfikir, instagram ni sebenarnya banyak bawak pengaruh negative berbanding positive. Apa pengaruh negativenya? Senang je. Niat. Selalu kita dengar, setiap perbuatan kita setiap hari itu, bergantung pada niat. Dan sepatutnya setiap amal perbuatan kita sehari-harian itu haruslah diniatkan semata-mata kerana Allah. Dan aku kembali menggodek-godek gambar-gambar aku di instagram dan kaitkan semula dengan niat aku ketika mula-mula nak upload gambar terbabit. Heh.. eheheh... Delete.. delete.. DELETE!


Lagi satu, instagram sekarang ni memang tempat terbaik untuk berbisnes lah. Sebabnya, aku perasan sekarang ni banyak sangat akaun-akaun yang berkaitan dengan produk kecantikan lah, baju-baju, shawl, kasut, bag, banyak lagi lah! Perempuan ni dah lah ada 9 nafsu. Mana boleh tahan bila dah tengok benda-benda alah macam tu. Maunya akan scroll tak sudah-sudah dekat 2-3 jam. Seriously! Ok tipu, tak ada lah direct 2-3 jam. Ehe. 


Dan kebanyakan akaun instagram yang menjual pakaian-pakaian dan shawls yang anggun-anggun ni semestinya akan menggunakan model-model yang tak kurang anggunnya. Semestinya lah kan. Dan kadang-kadang, secara tak sedar, aku sebagai seorang perempuan yang miliki 100000000001 kelemahan ni, mudah rasa down bila tengok kehebatan orang lain. Bukan jelous, tapi lebih kepada putus semangat sekejap. Entah, rasa DOWN. Rendah diri. tsk tsk tsk. Ok, kenapa perlu ada tsk tsk tsk? -,-" Dan bagi aku, apabila berlambaknya akaun-akaun instagram yang memaparkan wanita-wanita anggun sebagai model demi memperagakan koleksi baju-baju yang lawa-lawa milik butiknya itu, semakin sukar buat kaum Adam untuk menjaga mata mereka. Kasihan mereka. Dan kasihan buat kaum Hawa juga, susah nak kawal nafsu shopping. Jadi, mencegah lebih elok dari mengubati, kan?


Untuk facebook, kalau lah bukan kerana group kelas biomedik yang selalu update isu-isu semasa berkaitan studies, dah lama aku deactivated selama-lama-lamanya tanpa perlu activated sekejap-sekejap. Sekarang ni tengah deactivated. Tapi selang 2-3 hari aku akan activated sekejap untuk tau kalau-kalau ada update dalam group kelas tu. Kes takut terlambat daftar subjek =,=" Nak bukak portal malas. Hihi. Lepas dah baca apa-apa yang penting, dactivate balik. Begitulah. 


Untuk twitter pulak, hmm.. Entah lah, rasa sayang pulak nak deactivated buat selama-lama-lamanya sebab rasa macam banyak kenangan pulak kat situ. Ahahahahahahahahahahahahahahahahahah...deactivate...deactivate...DEACTIVATE!!! 


Buat masa ni cuma aktif blogging je. Tu pun sebab nak ambik tempahan doodle. Naik semester nanti say bye-bye to blog pulak. Buat masa ni, boleh lah sikit-sikit. Lagi pun, tak banyak masa habis sangat dengan ber-blogging compared to facebooking, tweeting, and instagramming. Apa-apa pun, semua berbalik kepada niat. ;)


Sunday, July 14, 2013

Muhasabah 5 Ramadhan 1434


MABUK CINTA ALLAH


Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali rahimahullah bahwa pada suatu hari Nabi Isa alaihis salam berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Dan pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa alaihis salam berada di hadapannya maka dia pun berkata, “Wahai Nabi Isa, mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Zarrah [semut paling kecil] cintaku kepada-Nya.” Berkata Nabi Isa alaihis salam, “Wahai saudaraku, kamu tidak akan kuat untuk seberat semut Zarrah itu.”


Berkata pemuda itu lagi, “Wahai Nabi Isa, kalau aku tidak kuat untuk satu semut Zarrah, maka mintakan untukku setengah berat semut Zarrah.” Karena keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa alaihis salam pun berdoa, “Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat semut Zarrah cintanya Kepada-Mu.” Setelah Nabi Isa alaihis salam berdoa maka beliau pun berlalu dari situ. Selang beberapa lama Nabi Isa alaihis salam datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa alaihis salam tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa alaihis salam pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahwa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.


Setelah Nabi Isa alaihis salam mendengar penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah SWT, “Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku dimana pemuda itu.” Selesai saja Nabi Isa alaihis salam berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-gunung dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.


Nabi Isa alaihis salam pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa alaihis salam, lalu Nabi Isa berkata, “Aku ini Isa.” Kemudian Allah SWT menurunkan wahyu yang berbunyi, “Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Zarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya.”



Muhasabah 4 Ramadhan 1434


Belajarlah melaksanakan sesuatu ibadah dengan menghadirkan Allah dan menghilangkan pandangan manusia. Maka akan lahirlah keikhlasan. Beribadahlah, bukan semata-mata kerana pahala, tetapi cinta. Maka akan lahirlah istiqomah. Semoga Ramadhan menemukan kita dengan Tuhan, baik di `luar` (makrifat)  mahupun di `dalam` (hati).







Friday, July 12, 2013

Muhasabah 3 Ramadhan 1434




“Nawaitu yang penting . Kalau niat bukan kerana Allah, kita akan cepat kecundang .” -Anonymous


Ya ALLAH jika hatiku masih kotor karena berlumur dosa, mohon tuntunlah agar diriku mampu membersihkannya dan berilah kekuatanMu agar diriku mampu menjaganya agar tetap bersih..

Ya ALLAH jika hatiku masih lemah dalam menerima setiap hal yang baik menurutMu, kumohon berikanlah aku rasa ikhlas dan sabar itu agar aku tau apa yang menurutMu baik memang baik adanya untukku..

Amiin.



Thursday, July 11, 2013

Muhasabah 2 Ramadhan 1434.


"Baca Quran ni patutnya macam baca novel la. Patutnya lebih lagi daripada tu. Baca Quran ni kena ada feel. Kalau tak, tak bawa makna apa." Akmal sengih. "Kalau orang baca novel tu boleh feel habis sampai menangis-nangis, baca Quran ni patutnya berkali-kali ganda lebih feel daripada tu. Patut habis tisu berkotak-kotak kalau betul-betul boleh hayati kalam Allah ni."


"Tu la. Kita ni kadang-kadang berlagak." Akmal senyum segaris. "Kalau baca Quran dengan tafsir, kita sentiasa je letak diri kita jadi 'watak putih' dalam Quran tu. Tapi kita lupa, cukup ke kriteria kita nak jadi 'watak putih' tu? Cukup ke apa yang kita dah buat selama ni untuk dengan bangganya kata aku la orangnya yang disebutkan dalam ayat 'wahai orang yang beriman...', 'wahai orang Mukmin'...'golongan-golongan muhsin' tu. Yakin ke kita yang kita ni orang yang Allah sebut dalam Quran tentang orang yang diberi balasan syurga dengan nikmat tak ada limit tu? Betul amal kita cukup untuk jadi orang-orang yang Allah sebut tu?"


Terdiam dibuatnya mendengar kata-kata Akmal tu. Memang betul pun tu yang selalu dibuat. Ada jugak la rasa perasan 'beriman' tu. Sebab kita memang orang Islam, boleh kut kalau nak perasan macam tu? Tapi betul juga cakap Amal. Cukup kriteria ke?


"Sepatutnya kita letak sekali diri kita untuk jadi 'watak hitam'. Bayangkan yang diri kita la orang yang diseksa dalam neraka yang Allah describe dalam Quran tu. Bayangkan kita la orang yang kena azab. Baru la kita lagi berlumba-lumba nak lari daripada jadi golongan-golongan tu. Kita ni sebenarnya kadang-kadang tertipu apabila terlampau berangan sangat yang kita ni la 'watak putih', sedangkan amal kita nak melayakkan kita jadi 'watak kelabu' pun tak cukup qualification." 


Puasa ini, bukan hanya tahan lapar dahaga di perut aja, Nak Fendy. Puasa itu untuk bersihkan roh. Suara Bapak Tono kembali terdengar di telinga. 


-Contengan Jalanan




Wednesday, July 10, 2013

Muhasabah 1 Ramadhan 1434.

Syair ini telah membuatkan Imam Ahmad Bin Hambal menangis apabila mendengar dua bait pertama syair ini , moga ianya juga menjadi momentum kearah muhasabah dan perubahan pada diri kita semua, Insyaallah ...


Jika tuhanku bertanya kepadaku...
Tidak malukah kau bermaksiat padaku?
kau sembunyikan dosamu dari makhluk ku..
Dan datang pada ku dengan penuh dosa..
Bagaimana aku nak jawab duhai diriku yang malang?
Dan siapalah yang dapat menyelamatkan aku?
Aku terus menyogok jiwa ku dengan impian
dan harapan dari semasa ke semasa
dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati..
Dan apa yang akan berlaku selepas aku di kafankan..
Seolah-olah aku ini telah di jamin untuk hidup selamanya..
Seakan mati tidak akan menemui ku...
Dan telah datang padaku sakaratul maut yang begitu ngeri..
Siapakah sekarang ini yang mampu melindungi ku?
Aku melihat pada wajah wajah..
Apakah ada daripada mereka yang akan menebus ku?
Akan aku disoal apa yang telah ku lakukan didunia
untuk menyelamatkan diri ini?
Maka harus bagaimana kah akan ku jawab
setelah aku mengabaikan urusan agama ku?
Celakanya aku! Apakah aku tidak mendengar
ayat ayat Allah yang menyeru ku?
Apakah aku tidak mendengar apa yang telah diceritakan
dalam surah QAAF dan YAASIN?
Apakah aku tidak mendengar tentang hari dikumpul kannya manusia
iaitu hari perhimpunan, hari pembalasan dan hari ad deen?
Apakah aku tidak mendengar panggilan ajal maut
yang sentiasa menyeru dan menjemput ku?
Ya rabb...ya rabb seorang hamba datang bertaubat
siapakah yang dapat melindungi nya?
Melainkan tuhan yang maha luas pembentangan pengampunannya
yang membimbing aku pada kebenaran
aku telah datang kepadamu ya rabb
maka kasihanilah aku
dan beratkanlah timbangan amal kebaikan ku
dan ringankan lah perhitungan hisab ku kerana
engkaulah tuhan yang terbaik dalam perhitungan penghisaban
Amin!!



Monday, July 1, 2013

Aku Ingin Menjadi


Aku Ingin Menjadi….

aku ingin menjadi pembaca tegar
yang begitu ketagihkan buku
yang hidupnya tak lengkap jika tidak mengkaji
dan melambakkan persoalan
tentang apa-apa yang dibacanya


aku ingin menjadi seorang penyabar
yang tak mudah mengeluh dan melatah
saat disapa ujian dan musibah
kerana tahu itu semua hadiah istimewa daripada Allah


aku ingin menjadi seorang yang adil
yang mampu meletakkan sesuatu pada tempatnya
yang mampu menerima hujah kawan mahupun lawan
yang mampu menilai kata-kata dan tidak menilai yang berkata-kata
yang mampu berfikir sekritis mungkin
yang mampu memikirkan sesuatu di luar kotak
tanpa membuang kotaknya


aku ingin menjadi seorang pemberani
yang tak takut menegakkan kebenaran
yang tak takut memberikan pendapat dan pandangan
yang tak takut menukarkan mimpi menjadi kenyataan
yang tak takut melawan penindasan
yang hanya takut pada Tuhan


aku ingin menjadi wanita yang perkasa
bukan dalam menakluki hati jejaka (kerana aku sedar siapalah aku)
tetapi aku ingin menjadi
seorang yang benar-benar faham
nilai serta harga seorang wanita
dan sanggup mati untuk mempertahankannya


aku ingin menjadi seorang pemotivasi
bukanlah aku mahu meniru Dr. Fazilah Kamsah atau Dr.H.M Tuah
bukan juga T.Harv Eker, Robert Kiyosaki, Stephen R.Covey, Anthony Robins atau Dr.Deepak Chopra
cukuplah seperti mak aku
yang kata-katanya selalu memotivasikan aku
dan insan sekelilingnya


aku ingin memahami segala macam ideologi
memahami sosok bernama Karl Marx, Adam Smith, Leon Trotsky, Gus Mus dan Luthfi Assykaunie
juga para ateis, gnostik, agnostik
juga mereka yang dituduh sesat dan kafir
aku ingin mendalami hujah-hujah mereka
dengan adil dan saksama
berpaksikan apa yang aku tahu dan percaya
tanpa terlebih dahulu membenci mereka


aku ingin mengkaji falsafah
cuba untuk menghayati walaupun selalunya
yang aku temukan hanyalah kebingungan dan kekeliruan
aku tak peduli kerana aku mahu pada akhirnya
aku dapat memilih yang mana dari Tuhan,
yang mana dari syaitan


aku ingin menjadi seorang yang sentiasa sedar
bahawa kebodohan dan kejahilan
adalah sebahagian daripada aku
agar aku menghargai akal
dengan menggunakannya,
sedaya mungkin, seluas-luasnya
dan menyerahkan apa-apa yang aku tahu dan tidak tahu itu
kembali kepada Pemilik akalku


aku ingin menjadi seorang pencinta yang setia
yang meletakkan cinta tepat pada tingkatannya,
sepanjang masa dan ketika:
Allah pertama, Rasulullah kedua


aku ingin menjadi seorang sahabat sejati
yang tak pernah meninggalkan sahabatnya
waktu senang, waktu susah
yang tak pernah jemu mengingatkan sahabatnya
tentang Dia Yang Maha Esa


aku ingin menjadi seorang yang tidak pernah mati
kerana ilmu, sumbangan dan jasanya
tetap hidup dalam diri manusia
walau jasad telah tiada


aku ingin menjadi manusia sederhana
biasa-biasa saja,
tidak tergoda oleh kemewahan dunia


aku ingin menjadikan setiap insan sebagai guruku
agar aku mampu merendahkan kesombonganku,
menjinakkan keegoaanku


aku ingin keluar dari kegelapan
dan melangkah menuju pencerahan


aku ingin memaksimumkan akalku
walaupun aku masih tidak tahu di mana titik maksimumnya


walaupun aku masih belum berjaya
doakanlah aku akan terus mencuba dan mencuba


[Hasil Nukilan: Wan Anis Yasmin]