Alhamdulillah, masih bernafas :')
Alhamdulillah, berjaya deactivate facebook selama seminggu dengan consistent nya \(^_^)/ horreyy!~ InsyaAllah akan terus consistent dan istiqamah menyusuri minggu-minggu dan bulan-bulan yang akan datang tanpa facebook di sisi. YOSH! >_<
Tak dinafikan hidup lebih terisi dengan aktiviti berfaedah bila masa tidak dibazirkan begitu sahaja dengan mengadap newsfeed sambil scroll tak sudah-sudah. Nak-nak di minggu-minggu akhir semester 4 ni. Haruslah FOKUS dalam kadar luar biasa.
Tekanan memuncak-muncak dengan presentation, assignment, mini project, lab test, quiz yang berderet-deret, beranak-pinak, dan bercambah-cambah dengan lajunya berlari mengejar due date. Masa pulak terbang macam kilat semenjak dua menjak ni.
Moga dipermudahkan Allah. Amiin.
Seorang usrahmate yang sangat aku kagumi telah mengajak aku untuk turut serta dalam sebuah kelab pencinta buku (yang bakal ditubuhkan semester depan, InsyaAllah) yang lebih bertujuan kepada perkongsian ilmu dan isu-isu semasa dalam bentuk forum, perbincangan dan sebagainya.
Mulanya rasa macam tak layak kerana memikirkan ilmu di dada yang sangat SANGAT cetek T.T tapi bila difikir-fikir balik, why not? Mungkin dengan cara ini boleh menambah sesuatu dalam dada yang cetek dengan ilmu ini. Akan kucuba untuk terus topup ilmu sebanyak mungkin sementara masih punya kudrat, InsyaAllah :')
No comments:
Post a Comment