"hari ni dah ramadhan 13, sedar tak?"
"yep"
"so camane?"
"maksud?"
"level iman dah upgrade?"
"err tak tau la nak cakap camane"
"haa. apsal pulak tak tau?"
"kadang-kadang aku lupa ni bulan ramadhan, kadang-kadang aku ingat. bila ingat tu, memang terus cepat-cepat istighfar, ingat Allah balik"
"sebelum masuk ramadhan ni, ko happy tak?"
"of course aku happy. sebab amalan lipat kali ganda. doa mustajab. pintu syurga dibuka seluasnya. syaitan dibelenggu, dihapuskan dosa-dosa"
"ko ada niat tak apa yang ko nak achieve bulan ni?"
"errk. ada ke tak eh. ada kot. tapi aku just niat macam tu je la"
"mana lagi banyak masa ko spend? tengok tv, online atau ingat Allah?
"boleh main pass soalan tak? errk. susah nak cakap"
"honestly"
"ok. jujurnya it depends. kalau ada cerita best, aku layan jugak. kalau tak, aku online tengok update semasa. tapi lepas solat, aku mengaji."
"ohh, ko nak tahu kenapa ko boleh rasa kadang-kadang tak ingat ni bulan ramadhan?"
"kenapa?"
"sebab ko acuh tak acuh macam ni lah. ko tak all-out lagi nak imarah kan ramadhan. ko macam sayang lagi nak tinggalkan 'worldly life' ni. ko macam tak bersungguh pun nak dapatkan ganjaran yang Allah dah sediakan . wa astaghfirullah"
"ermm"
"sebaiknya, kalau ko betul serius nak ganjaran yang Allah dah sediakan, persediaan pun kena serius.tulis target apa yang nak capai dalam ramadhan tahun ni. tampal sebelah katil. baru ko boleh baca, tengok hari-hari. macam dalam Al-Baqarah ayat 183, Allah perintahkan puasa untuk kita jadi orang bertaqwa. orang bertaqwa ni macam mana? orang yang memperhalusi tindak-tanduk dia, supaya sentiasa selari dengan Allah suruh dan tak buat yang Allah larang. baru rasa berkobar-kobar nak buat amal sebanyak-banyaknya"
"ohh. kira nak kena tulis la ni? ni dah hari ke 13. err tak lewat sangat dah ke?"
"better late than never. ehem. nak grad cemerlang kan?"
"tapi kadang-kadang persekitaran tak berapa membantu la. camane?"
"sebab tu kena makin giat berdoa. mudah-mudahan Allah bantu kita tahan nafsu untuk tak ikut sama makan daging saudara sendiri, tak jadi saudara syaitan bila nk beli juadah berbuka, tak pergi tempat-tempat lagha. tak tengok cerita tak bermanfaat, tak bukak page-page hiburan melalaikan. jadikan setiap masa kita berkomunikasi dengan Allah. thru doa dan zikir-zikir. malu la kalau kita tau kisah cinta setiap artis, tapi tak pernak nak balas cinta Allah pada kita. "
"banyak lagi ni kena reflect"
"memang. setiap hari. manusia, tak boleh lari dari peringatan (51 :55)"
"bacaan Al-Quran dah banyak mana?"
"masa mula-mula tu semangat jugak nak baca. tapi bila dah busy sangat, miss jugak"
"kalau boleh, jangan guna alasan busy. ambik masa untuk selit-selit baca. paksa diri untuk baca Quran. tak apa kalau tak sempat khatam, tapi at least, we put an effort. solat fardhu mesti kena jaga. solat terawih berjemaah. bangun solat tahajud. bila bangun nak sahur tu, cuba ambik masa 10 minit untuk solat dulu. masa bulan puasa ni la senang untuk latih badan bangun qiam. nanti bila dah habis ramadhan, boleh continue untuk qiammulayl. solat-solat sunat yang lain pun, paksa diri untuk buat. ini tak, rasa macam bulan puasa ni lagi banyak ibadah tidur dari ibadah dengan Allah kan?"
"..."
"if rasa complicated sangat, buat checklist. hp mahal-mahal buat apa kalau tak guna ke arah kebaikan. dalam notes tu, tulis nak sedeqah, sebarkan senyuman pada orang, sediakan juadah berbuka, wake up for sahur, nak buat kebaikan walaupun sekecil-kecil pertolongan,etc etc. kita ni, kalau tak paksa diri, memang susah. baca 'Lahawlawala quwwata illa billah' banyak-banyak. InshaAllah, Allah bagi kekuatan"
"inshaAllah"
"lagi satu, jaga hubungan dengan manusia. jangan sampai nak habiskan satu juzu' ni, tak buat apa yang mak suruh. baju adik-adik tak berlipat, rumah bersepah dengan sampah. kerja-kerja kat ofis tertangguh. tak bercakap langsung dengan staff meja sebelah. sederhanalah. jangan jadi fitnah pada agama. Islam ni mudah sebenarnya."
"point ko semua memang nak aku terasa kan?"
"terpulang. reminder, untuk kita. yang penting sebelum tidur, doakan semoga Allah terima segala amalan kita dan diberikan keampunan oleh Allah. ni dah masuk fasa kedua, fasa maghfirah, lepas ni fasa pembebasan dari api neraka. pejam celik pejam celik. dah habis ramadhan. sekejap je. ko taknak jadi golongan yang rugi kan? orang yang puasa, tapi tak dapat apa di sisi Allah, hanya perut yang lapar dan tekak yang kering. wana'uzubillah"
"tak nak! aku dah tak nak puasa aku macam aku kecik-kecik dulu"
"so? nak tunggu apa lagi, kalau bukan sekarang? jom. refresh niat. aku puasa kerana Allah taa'la untuk jadi mukmin yang bertaqwa, nak grab as much as pahala, dan diampunkan segala dosa. inshaAllah"
"aameen"
Milah angguk-angguk. Terus dicarinya pen dan kertas dalam laci almari meja soleknya.
...
"Milaaaaahhhhhh"
"yaa mak"
"ko cakap dengan sapa tu?"
"takde sapa-sapa mak"
Di hadapan cermin, Milah tersenyum sendiri.
Ya, dia mahu memaknakan ramadhan kali ini. Kalau bukan sekarang, bila lagi?