Monday, April 27, 2015

Al-Asr





"Al Asr". Surah yang paling pendek dalam Al Quran. Tiap kali habis majlis kena baca Al asr. Tapi pernah ke kita menghayati atau cuma baca je? Imam Syafie pernah berkata kalau lah ayat Al-Quran lain tak turun untuk kita, surah Al Asr sahaja dah cukup untuk manusia menghayati dan beramal. 



Mengikut tafsir "wal asr" membawa maksud demi masa. Atau lebih terperinci nya lebih kepada Allah berfirman, و membawa maksud aku bersumpah, عصر adalah waktu asar. والعصر membawa maksud aku bersumpah demi waktu asar. 
Anologinya asar adalah penghujung hari sebelum memulakan hari baru. Maksud tersiratnya demi usia kita yang semakin di penghujung. Semakin singkat. Semakin pendek. 



Dengan satu ayat sahaja sangat lah dalam maksud yang Allah cuba sampaikan. Kita ni usia semakin bertambah setiap hari. Mati tak pasti bila. Mungkin hari ini atau esok lusa. Tapi pernah ke kita soal pada diri kita apa amal yang kita nak bawa ke alam sana. Adakah kita lebih baik dari semalam?



Saturday, April 25, 2015

4 years, and still counting.





People say best friends are hard to find, that's because the best is already mine!
:)


Friday, April 17, 2015

Pendamping Terbaik


Daripada Abu Hurairah RA, daripada Rasulullah SAW bersabda;
' Orang yang hafal Al-Quran pada hari kiamat nanti akan datang dan Al-Quran akan berkata; "Wahai Tuhan, pakaikanlah dia dengan pakaian yang baik lagi baru." Maka orang tersebut diberi mahkota kehormatan. Al-Quran berkata lagi; "Wahai Tuhan tambahkanlah pakaiannya." Maka orang itu diberi pakaian kehormatannya." Al-Quran lalu berkata lagi; "Wahai Tuhan, redhailah dia." Maka kepadanya dikatakan; "Bacalah dan naiklah." Dan untuk setiap ayat, dia diberi tambahan satu kebajikan. '



Daripada Buraidah Al-Aslami RA, dia berkata bahawasanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda; 
' Pada hari kiamat nanti, Al-Quran akan menemui penghafalnya ketika dia itu keluar dari kuburnya. Al-Quran akan wujud dalam bentuk seseorang dan bertanya kepada penghafalnya; "Apakah engkau mengenalku?" Penghafal tadi menjawab; "Saya tidak mengenal kamu." Al-Quran berkata; "Saya adalah kawanmu, Al-Quran yang membuatmu kehausan di tengah hari yang panas dan membuatmu tidak tidur pada malam hari. Sesungguhnya setiap pedagang akan mendapat keuntungan selepas dari dagangannya dan kamu pada hari ini telah selesai semua dagangan." Maka penghafal Al-Quran tadi diberi kekuasaan di tangan kanannya dan diberi kekekalan di tangan kirinya, serta di atas kepalanya dipasang mahkota perkasa. Sedang kedua orang tuanya diberi dua pakaian baru lagi bagus yang harganya tidak dapat dibayar oleh penghuni dunia keseluruhannya. Kedua orang tua itu bertanya; "Kenapa kami diberi pakaian begini?" Kemudian dijawab; "Kerana anakmu hafal Al-Quran." Kemudian penghafal Al-Quran tadi diperintahkan; "Bacalah dan naiklah ke tingkat-tingkat syurga dan kamar-kamarnya." Maka dia pun terus naik selagi dia tetap membaca, baik bacaan itu cepat atau perlahan (tartil). '



Sabda Rasulullah SAW daripada Anas RA, dia berkata bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud;
' Sesungguhnya Allah itu mempunyai keluarga yang terdiri daripada manusia. Kemudian Anas berkata lagi, lalu bertanya; "Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?" Baginda menjawab; "Iaitu ahli Quran (orang yang membaca atau menghafal Al-Quran dan mengamalkan isinya). Mereka adalah keluarga Allah dan orang-orang yang istimewa bagi Allah. ' 



Daripada Abdullah Bin Mas'ud RA, daripada Rasulullah SAW bersabda;
' Bacalah Al-Quran kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang hafal Al-Quran. Sesungguhnya Al-Quran ini adalah hidangan Allah, sesiapa yang memasukkannya, dia akan aman. Dan barangsiapa yang mencintai Al-Quran maka hendaklah dia bergembira. ' 



Daripada Ali bin Abu Talib, dia berkata;
' Barangsiapa membaca Al-Quran dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberinya hak syafaat untuk sepuluh anggota keluarganya di mana mereka semua telah ditetapkan untuk masuk neraka. '  



Secara jujur dari hati, since lepas balik dari Umrah hari itu, aku cuba untuk membaca Al-Quran dengan lebih kerap dari kebiasaan serta memahami kandungan isinya serta cuba semampu yang boleh untuk beramal dengannya. Dan Subhanallah, aku rasa jatuh kasih pada Al-Quran. Rasa sayang sangat dan rasa terlalu cinta. Rasa macam tak mahu berenggang dengan ayat-ayat Al-Quran. Bila ABC, aku bagaikan orang yang sedang angau, terlalu rindu untuk melafazkan kalam-kalam suci dari Allah SWT itu. Walaupun bisa untuk mendengar kalam suci itu melalui mp3, tapi kerinduan untuk menyentuh dan membacanya menusuk-nusuk ke dalam tangkai jantung ini. Serba tak kena jadinya diri ini apabila seharian tidak membaca Al-Quran. 



Alhamdulillah. Terima Kasih Ya Allah. Aku percaya, ini semua adalah kerana kekuasaan-Mu Ya Allah. Tanpa kuasa-Mu, adalah tidak mungkin aku dapat berperasaan sebegini. Sesungguhnya hanya Engkaulah yang berkuasa membolak-balikkan hati ini. Terima Kasih Ya Allah. Kerana telah memberikan aku peluang untuk menghayati nikmat Islam yang sebenar. Tidak akan aku sia-siakan ia Ya Allah. Alangkah indahnya jika aku mampu untuk menghafal keseluruhan isi kandungan Al-Quran. Subhanallah. Jujur aku cemburu sekali dengan mereka-meraka yang lengkap sempurna hafalan Al-Quran di dada. Betapa beruntungnya mereka. Aku juga ingin termasuk dalam golongan mereka yang beruntung itu. Sempatkah aku? 




Indeed. I felt the same way too. Kadang-kadang bila sudah habis mengaji, rasa refresh sangat, rasa macam taknak lepas Al-Quran tu dari pelukan sambil tersenyum panjang :) Sungguh indah perasaan itu, Subhanallah.



Very-very true indeed. And my most favourite surah is Ar-Rahman. Sebab Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Diri ini terlalu kurang bersyukur dengan nikmat Allah, jadi perlu selalu diingatkan melalui surah ini. Each time rasa macam nak give up, surah Ar-Rahman ini akan jadi wake-up call for me :)



Moga impianku untuk menghafal dan mengamalkan seluruh isi kandungan Al-Quran dapat tercapai sebelum mata ini tertutup buat selama-lamanya. Amin. 



Thursday, April 16, 2015

Kerinduan yang tak mampu diucapkan dengan perkataan.


Dulu waktu kecik aku tak faham, kenapa arwah Atuk suka sangat pergi buat Haji banyak kali. Tak ingat berapa kali arwah pernah pergi tapi lebih dua kali kalau tak silap. Aku mengandaikan yang Rukun Islam kelima ini hanya wajib dilaksanakan sekali seumur hidup. Kemudian, kira tanggungjawab selesai. Ternyata aku silap besar. Jahilnya aku pada waktu itu. 


Alhamdulillah. Rezeki Mama & Abah, rezeki aku dan juga adik-beradik yang lain, dijemput menjadi tetamu agung Allah SWT dalam usia yang muda dan sihat wal'afiat. Sehingga kini aku seakan tidak percaya yang aku pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Seakan masih bermimpi. Sesuatu yang sungguh unexpected to happen dalam masa yang terdekat ini. Terima Kasih Ya Allah. Aku benar-benar bersyukur dia atas kesempatan ini. Terlalu banyak pengajaran dan hikmah yang aku dapat semenjak pulang dari Tanah Suci. Alhamdulillah, Terima Kasih Ya Allah. Segala puji hanyalah untuk-Mu. 





Apabila ditanya, apa perasaan bila pulang dari Tanah Suci? Aku jawab, perasaan seakan dilahirkan semula. Allahuakbar! Dan ada sesuatu milik aku yang telah tertinggal di sana. Hati aku. Setiap hari, setiap jam, setiap saat, setiap detik, aku sentiasa memikirkan suasana disana. Alangkah indahnya jika aku dapat terus kekal tinggal di sana. Beruntungnya mereka yang memang bermaustatin di sana. Beruntungnya para mutawif yang senantiasa dapat beribadah di sana sambil mengetuai jemaah haji/umrah. Alangkah beruntungnya Ya Allah. Aku juga ingin termasuk di dalam golongan insan-insan yang beruntung itu. Agar cinta aku, hamba-Mu pada-Mu senantiasa mekar dan mewangi. 


Perasaan rindu yang telah Allah campakkan ke dalam hatiku ini terlalu nikmat, dan sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Hanya mereka yang pernah menjejakkan kaki ke sana akan mengerti perasaan ini. Subhanallah, hebat sungguh kuasa Allah kan? :') Dalam sekelip mata cuma, aku rasa banyak benda yang telah berubah. Jemputan Allah ke rumah-Nya benar-benar telah memujuk hati aku yang sedang lelah, kecewa, dan hampir putus asa dengan dunia yang sementara ini. Setelah pulang dari Tanah Suci, aku kembali dengan semangat yang baru. Semangat untuk terus berjuang mengejar redha-Nya dan mengejar syurga Firdaus! Moga aku akan terus kuat untuk mengejar cita-cita ini. 


Monday, April 13, 2015

Peliks.

Since balik dari Umrah dua bulan lepas, aku dah jadikan tabiat memakai jubah ke kelas. Bukan jubah sahaja, malahan kasut murah yang dibeli khas untuk pergi Umrah hari itu pun masih aku sarungkan ke kaki buat kemana-mana. Kenapa? Simple. Sebab aku taknak walau sehari pun hidup aku berlalu, tanpa aku merasai detik seolah-olah aku sedang berada di Tanah Haram. Yes, ini uniform aku di sana, dan akan kekal dengan uniform ini di sini sehingga suatu hari nanti aku akan dijemput Allah semula untuk ke sana, InsyaAllah, Ameen! 


Screenshot from page USM Dakwah Confession


And today aku end up terbaca post ni kat newsfeed ku. Hmm. Tetiba terasa macam, "Eh, aku pun terperasaan macam tu juga." Ke aku yang perahsantan? Erm, ok, seriously, memang ada benarnya apa yang confessor ni cakap. Dan aku mula melalui pengalaman sebegitu lebih-lebih apabila aku tidak memakai jaket kuliah. Kenapa ya? 


Bukan ke lelaki hanya suka melihat yang indah-indah, cantik-cantik, comel-comel, seksi-seksi, etc. Dan jauh panggang dari api, kesemua ciri di atas tu LANGSUNG TAKDA pada aku! Apakah yang mereka pandang sebenarnya? Baju aku simple saja pon. Hitam. Plain. Tak ada yang menarik langsung pun! Muka banyak jerawat! Ada taik lalat! Ok, jangan hina diri sendiri Nadia. -,-" Istighfar~


Konklusinya, mungkin aku yang perasan. Mereka mungkin nak pandang tempat lain, lepaihtu aku block pandangan mereka. Iya, betul lah possibility itu. Tepat & padat! OK TUTUP CASE!