Saturday, July 26, 2014

Berhenti Berangan.


Semenjak-menjak usia menjejak 20-an ni, nak tak nak diri ini tak boleh lari dari memikirkan masa depan. Apa nak buat lepas graduasi, mana nak cari kerja, nak kumpul duit cepat-cepat untuk bayar hutang ptptn, nak beli kereta, nak beli rumah, google tips for walk-in interview (ok melampau macam dah forth year padahal baru habis second year -,-").


Dan semenjak-menjak usia menjejak 20-an ini juga, bila borak-borak dengan kawan-kawan, antara topik kegemaran, tak lain tak bukan adalah K to the A to the H to the W to the I to the N -,-" Tak faham lah! Tak faham lah! Tak faham lah! Kenapa? Kenapa? Kenapa? Tak ada topik lain ke? Tak ada topik lain ke? Tak ada topik lain ke? 



Hakikatnya realiti hidup ini tidak seindah drama-drama korea, novel-novel cinta mahupun drama-drama dan movie-movie yang diadaptasikan dari novel-novel cinta. Jadi, BERHENTI BERANGAN! 

Many of us are concerned about when we’ll get married or to whom, but such concerns should not consume our daily thoughts for this takes away from more urgent matters, such as our religious and worldly obligations. If you’re twenty two years old for example, and Allah Had decreed for you marriage at the age of twenty seven, imagine how you would waste a good five years talking and thinking about marriage! Wouldn’t that be a misuse of the gift of time?

Wednesday, February 19, 2014

Alah Bisa Tegal Biasa


Aku sedar, aku tau, aku faham yang kalau aku inginkan kelainan pada slip keputusan peperiksaan aku untuk semester ini berbanding semester-semester lepas, aku perlu, aku wajib lakukan sesuatu. Aku harus keluar dari kepompong keselesaan yang selama ini banyak memanjakan aku. 





Dan aku mengambil keputusan untuk tidak lagi berehat-rehat seperti dulu. Aku berhajat untuk membuat pecutan seawal yang mungkin. Sedikit demi sedikit keseronokan yang banyak melalaikan aku dulu aku cuba tinggalkan. Aku masih mencuba. 






Kadang-kadang, tanpa sedar, bila tiada orang di sekeliling, aku, di sudut karel yang paling hujung, teresak-esak...cuba untuk kumpul kekuatan sendiri...cuba untuk yakinkan diri sendiri...walau terpaksa menipu diri sendiri...kau kuat Nadia! 



Monday, February 3, 2014

Aku Yakin Begitu.


Aku percaya yang aku mampu.
Melupakan semua kisah silam 
Yang terlalu pahit untuk disimpan,
Yang terlalu sedih untuk ditangisi,
Dan terlalu jahil untuk diakui.
Walaupun tersimpan di ruang paling dalam,
Walaupun kerapkali menerjah di ingatan,
Segera aku berbisik.
Bahawa aku yakin!
Aku percaya Allah akan membantuku,
Menyembuhkanku perlahan-lahan,
Hingga tidak sedikitpun hati ini terkesan pada luka-luka semalam.
Hingga jiwa sedikitpun tak tergugat pada kata-kata orang,
Agar bibir mudah tersenyum secerah mentari di waktu siang,
Agar hati lebih tenang seterang bintang di waktu malam.
Agar hati mudah berpihak pada PENCIPTA.
Aku yakin begitu.


Tuesday, October 15, 2013

Aku, Jeans, dan Tudung Singkat.


Berkata seorang teman...

"To me, ada dua sebab kenapa Allah temukan kita dengan orang yang tertentu; sama ada orang tu akan mengubah kita atau kita yang akan mengubah dia."



Lalu aku jadi teringat dengan kata-kata Prof. Yusoff dalam salah satu kuliah beliau...

"Kalau nak cari nilai A,B, dan seterusnya dalam partial fraction boleh guna method cover up rule untuk ditukar kepada time domain. Tapi mesti cover betul-betul. Sama seperi aurat, cover betul-betul. Harus fahami maksud tutup dengan balut. Jangan pakai pakaian seolah tidak pakai apa-apa. Dan sekarang ni banyak saya nampak fesyen muslimah atas labuh, cantik dah, bila turun bawah tengok balut aurat (ketat). Macam mana tu? Atas masuk syurga, bawah masuk neraka ke? Wanita itu sangat berharga, lindungi kecantikkan anda, tunjuk pada yang berhak sahaja."


Dan conversation dengan 'artis' buat aku berfikir panjang...






Allah, aku selalu bimbang manusia memandang tidak elok terhadapku, tetapi aku lupa bagaimanalah agaknya aku pada pandangan-Mu.
:'(




Thursday, August 22, 2013

Rasa macam nak lempang diri sendiri.





Kadang-kadang bukan kadang-kadang, tapi selalu bukak facebook semata-mata nak update tentang apa yang terjadi kat Mesir dan Syria. Tapi tak dinafikan bila dah start scrolling tu mesti akan jumpa post-post yang agak _______. Kadang-kadang rasa frust jugak tapi frust kat diri sendiri berganda-ganda lebih lagi! Entahlah, susah nak cakap, sebab diri sendiri pun tak betul lagi, so rasa macam tak layak pulak nak bagi apa-apa pendapat. Lagi pun, diri ini ada BAAAAAAANYAK lagi yang perlu diperbaiki, so better diam. Nak puasa fb, bye.  



Wednesday, August 7, 2013

Monday, August 5, 2013

Masa Silam vs Masa Depan




Kata orang, "jangan toleh ke belakang".
Sebenarnya perlu toleh ke belakang, tapi tak perlu "u-turn".
Toleh untuk jadikan pengajaran.
Jadi saya melangkah tinggalkan satu titik dan tak ingin kembali ke titik itu. 
:)