Tuesday, June 9, 2015

Penggoncang Dunia Dari Kerusi Roda

"Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.

Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.

Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. Carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH."





Subhanallah. Terkesan betul lepas baca buku ni. Dahsyat dan kentalnya semangat seorang Syeikh Ahmad Yassin meskipun beliau hanya berkerusi roda. Paling kagum dengan cara beliau meniupkan roh islam dalam mendidik anak didiknya. Sampaikan diceritakan, jika pada hari itu di kelas, beliau mengajar tentang solat malam pada anak muridnya, keesokkan paginya ibu-bapa pada murid-murid itu akan datang ke sekolah dan mengadu bahawa malam itu anak-anak mereka tidak tidur kerana mahu berjaga untuk solat malam. MasyaAllah. Rasa tak puas baca buku ni. Mungkin kena cari buku tambahan berkenaan Syeikh Ahmad Yassin untuk lebih mengetahui cara hidup dan amalan-amalan beliau sehingga semangatnya memperjuangkan Islam mampu menggoncangkan dunia dan menggentarkan musuh-musuh Islam. 

Monday, June 8, 2015

Kali ini, tidak akan aku lepaskanmu...


Diam tak diam, tinggal lagi 10 hari sebelum menjelangnya bulan yang dinanti-nanti oleh seluruh umat Islam, bulan penuh keberkahan, bulan mulia, bulan kita semua umat Islam berlumba-lumba dalam beribadah kepada-Nya, bulan Ramadhan Al-Mubarak. 


Selain daripada train perut dan badan melalui perbanyakkan puasa di bulan Rejab & Sya'ban, perbanyakkan tilawah & tadarus supaya lidah ni jadi 'alah bisa tegal biasa' di bulan Ramadhan nanti, melazimi ibadah-ibadah sunat dan qiamullail supaya badan tak terkejut nanti, aku juga ada sedikit sebanyak mem-variasikan bahan bacaan aku. 


Sedang-sedang membaca buku baru beli semalam (selalu pilih kasih bab baca buku ni, nak baca buku baru beli je, yang dah lama beli tu tersimpan kemas dalam rak, bila nak baca entah -,-") tiba-tiba teringat pasal buku ni.... Contengan Jalanan by Hlovate.


One suitable word for this book ; BEST!


Okay, nak hadam dan habiskan baca buku ni malam ni jugak! Dear Ramadhan, kali ini, tidak akan aku lepaskanmu menjadi sia-sia seperti sebelum-sebelum ini. Akan ku kejar Malam Lailatul Qadr sesungguhnya! InsyaAllah, Aamiin. 



Saturday, June 6, 2015

Selamat tinggal usia remaja yang penuh dengan 'angan-angan'.


Menyusun sambil meng-suggest novel best-best pada customer



Baby // Aku


Kak Iya tak rasa sedih ke jual semua buku-buku tu?


Ermm...TAK


Kenapa tak rasa sedih? Kenapa taknak simpan je? Nanti bila Kak Iya dah tua, buku-buku tu boleh jadi antara koleksi rare Kak Iya kot. Kalau Baby, Baby simpan je. 


Entahlah. Mungkin sebab hasil daripada jualan buku-buku tu adalah lebih penting daripada kewujudan buku-buku itu sendiri yang tak memberikan sebarang faedah pun. Hmm.. Sebab tu kot Kak Iya tak sedih. 


Kak Iya nak buat apa dengan duit jual buku tu?


Adaaaaaalah ;) 


______________



Alhamdulillah syukur, habis kesemua buku dapat dijual. Biarlah. Biarlah hanya aku dan Allah saja yang mengetahui hendak ku salur ke mana duit jualan buku-buku itu. Yang penting, solusi yang aku cari-cari selama ini iaitu hendak 'melupuskan' novel-novel ini tercapai. Fuh! Lega... 


Pelik kan? Dulu aku begitu eager dan beria-ia membeli buku-buku itu tanpa sekelumit pun ada rasa bersalah memikirkan yang ianya satu pembaziran. Tapi sekarang ni, berbeza betul perasaan aku dibandingkan dengan dulu. Mungkin sifat kematangan dah mula mengetuk pintu hati ini. Aicewwah. 


Apa yang penting, aku lebih kenal diri aku sekarang dan aku lebih faham, genre buku mana yang patut aku kejar untuk dibeli secara eager dan beria-ia lagi. Hehe.


Moga Allah tunjukkan jalan buatku. Aamiin. :)



Thursday, June 4, 2015

Jika diberikan ku satu peluang...inginku dijemput ke sana lagi.

Masih teringat-ingat akan perasaan teruja 4 bulan yang lalu apabila diberitahu Abah akan kesempatan buat aku dan keluarga untuk menjadi tetamu agung Allah SWT ke rumah-Nya. Subhanallah, tiada perasaan segembira itu yang pernah wujud di dalam kamus hidupku. 


Masih terngiang-ngiang setiap bait ungkapan doa Abah sewaktu kami bersembahyang jemaah sekeluarga di rumah sebelum bertolak ke KLIA dan seterusnya berlepas ke Jeddah. Kelirihan dan kesayuan rintihan doa Abah tersangat menusuk tangkai hatiku dan masih teringat-ingat sehingga ke hari ini. 


Masih tidak ku lupa akan setiap persiapan awal yang dilakukan sebelum bertolak ke Bumi Barakah itu. Persiapan dari segi rohaniah, jasmaniah, ilmiah, dan segala macam persiapan lagi. Subhanallah, masih dapat aku rasakan perasaan keterujaan kami semua pada ketika itu. Priceless sangat! 



Masih teringat, akan perasaan pertama kali kedua biji mata ini tertancap pada Bumi Haramain melalui tingkap pesawat. Allahuakbar, Allah Maha Besar. Segala puji hanya bagi Allah. Sebak yang kurasakan benar-benar membuatkan hati ini merasa dekat dengan kasih sayang Allah yang tiada tandingannya. 


Masih teringat akan setiap bait-bait kisah Rasulullah SAW dan para Sahabat yang diceritakan oleh Mutawwif kami, Ustaz Amir. Masih terkesan di hati ini perasaan teruja dan sebak setiap kali berada di dalam bus sambil menziarah tempat-tempat bersejarah, tempat Rasulullah SAW & para Sahabat berjuang menegakkan agama Allah.


Masih...aahh, terlalu banyak perasaan yang bercampur-baur tika ini. Rindu Ya Allah, terlalu rindu. Moga akan ada lagi kesempatan buatku untuk menjadi tetamu-Mu lagi Ya Allah. Moga Haramain masuk dalam mimpiku lagi malam ini. Allahumma Aamiin.



4 bulan yang penuh dengan kerinduan pada Bumi Haramain.




"Ya Allah, Ya Tuhanku, jika ditakdirkan aku mati pada tahun ini, matikanlah aku selepas daripada bulan Ramadhan. Aamiin."



My Very Own Mini Library


Ya Allah, rasa gembira tidak terkata apabila dapat keluarkan berpuluh koleksi novel-novel cintan yang dipelihara since zaman sekolah menengah dulukala. Ikutkan hati rasa macam nak jual semula semua buku tu dengan harga murah pun tak apa janji dapat keluarkan semua buku tu dari rumah ni. Huhu. Dulu, adalah menjadi satu kepuasan bila dapat beli novel-novel cintan ni. Bila nampak je novel baru yang ditulis penulis favourite dekat kedai buku, tanpa berfikir panjang terus je beli. Sekarang ni, nampak je novel bertimbun kat kedai buku, just pandang sekali lalu je. Lebih berminat dengan buku-buku keagamaan dan motivasi. Hmm. Peralihan umur mungkin. 



Antara koleksi buku-buku keagamaan dan motivasi yang dikumpul since habis matriks sehingga kini.


Tadaa~ Mungkin koleksi buku aku tidak setanding dengan orang lain. Sejujurnya, hati ini sangat cemburu melihat rak buku rakan-rakan yang dipenuhi dengan kitab-kitab dan buku ilmiah. Alangkah beruntungnya mereka, sudahlah pandai, pandai mengurus waktu, rajin membaca pula tu! Semestinya dada mereka dipenuhi dengan ilmu duniawi dan ukhrawi, MasyaAllah. 



Koleksi bahan bacaan semester ini yang berada di hostel Unimap


Sikit. Sedikit sangat buku-buku yang aku ada jika nak dibandingkan dengan orang lain yang benar-benar 'si ulat buku'. Bawah ni contoh 'si ulat buku' yang paling OHSEM! Jumpa di insta Jihad Umayrah. Subhanallah.. Seronoknya kalau dapat peluang untuk membelek setiap inci rak buku-buku yang penuh sarat itu >,< 



Syurga ilmu!


One fine day... In my very own fine house... 
InsyaAllah... Aamiin!
(^_^)y




Wednesday, June 3, 2015

Muhasabah Iman

BERZIKIR TAPI HATI MASIH TAK TENANG


Sedangkan jaminan dariNya, bila hati zikir ingati Dia, hati akan jadi tenang...


الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّـهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّـهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ ﴿٢٨﴾

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.
(Ar-Ra'd: 28)


Hati tenang tenteram dan jinak dengan mentauhidkan Allah, hati mereka menjadi tenang tenteram bila berterusan berzikir dengan menyebut namaNya. Qatadah, Mujahid dan yang lain iaitu tenang dengan membaca Al-Quran. Para mufassir yang lain mentafsirkannya sebagai tenang dengan mengingati janjiNya, atau mengingati kelebihanNya dan nikmat-nikmatNya, meneliti ayat-ayatNya dan mengenali kesempurnaan qudratNya dengan mata hatiNya. Juga hati tenang dengan mentaatiNya, dan mengingati pahala balasanNya. Inilah sifat dan tabiat hati orang-orang sempurna imannya.


اللَّـهُ نَزَّلَ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ كِتَابًا مُّتَشَابِهًا مَّثَانِيَ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّـهِ ۚ ذَٰلِكَ هُدَى اللَّـهِ يَهْدِي بِهِ مَن يَشَاءُ ۚ وَمَن يُضْلِلِ اللَّـهُ فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ ﴿٢٣﴾

Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (iaitu) Al-Quran yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gemetar karenanya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, nescaya tak ada baginya seorang pemimpin pun.
(Az-Zumar: 23)


إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّـهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ ﴿٢﴾

Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.
(Al-Anfaal: 2)


Sifat orang-orang yang beriman ialah takut yang sempurna terhadap Allah iaitu mereka yang bila mengingati Allah dengan hati-hati mereka, merasai kebesaran dan keagunganNya, mengingati janji buruk dan baikNya, mereka benar-benar takutkan Allah 'Azza wa Jalla. Ini adalah hasil daripada iman dan makrifah terhadap Allah SWT...


وَبَشِّرِ الْمُخْبِتِينَ ﴿٣٤﴾ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّـهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَالصَّابِرِينَ عَلَىٰ مَا أَصَابَهُمْ وَالْمُقِيمِي الصَّلَاةِ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ ﴿٣٥﴾

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah) (iaitu) orang-orang yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, orang-orang yang sabar terhadap apa yang menimpa mereka, orang-orang yang mendirikan sembahyang dan orang-orang yang menafkahkan sebagian dari apa yang telah Kami rezekikan kepada mereka.
(Al-Hajj: 34-35)


وقال ابن أبي نجيح : سأل رجل الحسن فقال : أمؤمن أنت ؟ فقال : إن كنت تسألني عن الإيمان بالله وملائكته وكتبه ورسله واليوم الآخر والجنة والنار والبعث والحساب فأنا بها مؤمن ، وإن كنت تسألني عن قوله : " إنما المؤمنون الذين إذا ذكر الله وجلت قلوبهم " الآية ، فلا أدري أمنهم أنا أم لا ؟

Berkata Ibnu Abi Nujaih: Seorang lelaki bertanya kepada Hassan Al Basri:

"Adakah engkau seorang yang beriman? Hassan Al Basri menjawab : "Jika engkau menanyai aku tentang iman kepada Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya, para rasulNya, hari akhirat, syurga dan neraka, kebangkitan dan perhitungan amal, maka aku seorang yang beriman dengan segalanya itu. Jika engkau bertanyakan aku tentang ayatNya (bermaksud): 'Hanyasanya orang-orang yang beriman itu ialah apa disebut Allah maka gementar takut hati-hati mereka'. Maka aku tidak tahu apakah aku di kalangan mereka atau tidak..."


Justeru, muhasabahlah hatimu, muhasabahlah imanmu kerana tanpa zikir yang benar, hati tidak akan dapat ketenangan dan ketenteraman.




Monday, June 1, 2015

Cinta Hatiku Selepas Allah SWT & Rasulullah SAW


Ya Allah, grant my beloved parents and my wonderful siblings the absolute best. Forgive them, have mercy upon them and guide them to the straight path. Shower your blessings on them and help them through all their hardships. 


Ya Allah, grant them success both in this life and in the hereafter and never let them leave this earth before you are satisfied with them. Ya Allah, let our love grow, grant us light and grant us the ability to change this world for the better. 


Ya Allah, I love my family so much and I pray from the bottom of my heart that we all will meet again in Jannatul Firdaus. Alhamdulillah for blessing me with more than I deserve Ya Rabb.


Allahumma Ameen :')