Wednesday, February 19, 2014

Alah Bisa Tegal Biasa


Aku sedar, aku tau, aku faham yang kalau aku inginkan kelainan pada slip keputusan peperiksaan aku untuk semester ini berbanding semester-semester lepas, aku perlu, aku wajib lakukan sesuatu. Aku harus keluar dari kepompong keselesaan yang selama ini banyak memanjakan aku. 





Dan aku mengambil keputusan untuk tidak lagi berehat-rehat seperti dulu. Aku berhajat untuk membuat pecutan seawal yang mungkin. Sedikit demi sedikit keseronokan yang banyak melalaikan aku dulu aku cuba tinggalkan. Aku masih mencuba. 






Kadang-kadang, tanpa sedar, bila tiada orang di sekeliling, aku, di sudut karel yang paling hujung, teresak-esak...cuba untuk kumpul kekuatan sendiri...cuba untuk yakinkan diri sendiri...walau terpaksa menipu diri sendiri...kau kuat Nadia! 



Monday, February 3, 2014

Aku Yakin Begitu.


Aku percaya yang aku mampu.
Melupakan semua kisah silam 
Yang terlalu pahit untuk disimpan,
Yang terlalu sedih untuk ditangisi,
Dan terlalu jahil untuk diakui.
Walaupun tersimpan di ruang paling dalam,
Walaupun kerapkali menerjah di ingatan,
Segera aku berbisik.
Bahawa aku yakin!
Aku percaya Allah akan membantuku,
Menyembuhkanku perlahan-lahan,
Hingga tidak sedikitpun hati ini terkesan pada luka-luka semalam.
Hingga jiwa sedikitpun tak tergugat pada kata-kata orang,
Agar bibir mudah tersenyum secerah mentari di waktu siang,
Agar hati lebih tenang seterang bintang di waktu malam.
Agar hati mudah berpihak pada PENCIPTA.
Aku yakin begitu.