Thursday, August 22, 2013

Rasa macam nak lempang diri sendiri.





Kadang-kadang bukan kadang-kadang, tapi selalu bukak facebook semata-mata nak update tentang apa yang terjadi kat Mesir dan Syria. Tapi tak dinafikan bila dah start scrolling tu mesti akan jumpa post-post yang agak _______. Kadang-kadang rasa frust jugak tapi frust kat diri sendiri berganda-ganda lebih lagi! Entahlah, susah nak cakap, sebab diri sendiri pun tak betul lagi, so rasa macam tak layak pulak nak bagi apa-apa pendapat. Lagi pun, diri ini ada BAAAAAAANYAK lagi yang perlu diperbaiki, so better diam. Nak puasa fb, bye.  



Wednesday, August 7, 2013

Monday, August 5, 2013

Masa Silam vs Masa Depan




Kata orang, "jangan toleh ke belakang".
Sebenarnya perlu toleh ke belakang, tapi tak perlu "u-turn".
Toleh untuk jadikan pengajaran.
Jadi saya melangkah tinggalkan satu titik dan tak ingin kembali ke titik itu. 
:)


Saturday, August 3, 2013

To upload, or not to upload. I choose NO!


Assalamualaikum.


Alhamdulillah, masih diberi keizinan untuk bernafas :) say Alhamdulillah lekaih! Ok. Nampaknya Ramadhan semakin sampai ke penghujung. To be honest, rasa sedih sangat ni. Entahlah, kali ni aku tak rasa excited langsung nak raya macam tahun-tahun sudah. Baju raya pun tak beli, tak ada mood nak beli pun. Semakin bertambah umur, semakin aku rasa yang RAYA ni tak membawa apa-apa makna sangat pun. RAMADHAN tu lebih bermakna. 


Tapi macam biasa, seperti tahun-tahun sudah, aku selalu jadi orang yang rugi sebab selalu sia-siakan Ramadhan dan biar ia pergi macam tu saja. Tapi tahun ni aku cuba tak banyak, sikit untuk memaknakan Ramadhan dalam hidup aku. Siapa tahu, mungkin ini Ramadhan terakhir aku. But still, aku rasa macam tak puas, aku rasa macam aku masih lagi lalai T.T masih lagi tak manfaatkan peluang ni secukupnya. Masih ada lagikah peluang buat aku selepas ini? :'(


Raya dah nak dekat. As usual, medan social network akan sibuk berperang. Berperang berlawan gambar. Hihihi. Gambar family siapa paling lawa bergaya dengan baju raya yang sedondondon. Gambar rendang, lemang, ketupat siapa yang paling nyumnyumnyum. Gambar bunga api siapa yang paling sparkling bling-bling-bling. Ini lumrah orang melayu kita :) aku pun tidak terkecuali.


So, aku kan dah pernah berazam untuk tidak mengupload sebarang gambar ke laman social lagi. Huh, masa ni lah nak buktikan! Still, aku masih tak yakin. Tapi aku akan cuba lawan, lawan, lawan dan LAWAN! No upload! No upload! NO UPLOAD! 


Tipulah kalau nak kata sepanjang Ramadhan ni tak ada godaan untuk mengupload gambar. Ada je =,=" Tapi tiap kali nak upload tu, fikir duablasratustigaplohtujuh kali jugaklah. "Perlu ke aku upload?" "Apa faedah yang aku dapat?" "Likes?" "Then?" "Dapat apa lagi?" "Nak tunjuk kat sapa je pun?" "Muka ko tak lawa pun." "Baju ko tak cantik." "No one even cares about your updates." OKEH!! Tidak perlu kannnnn? ;) 


So, jom kita drag gambar-gambar yang konon-konon nak upload tu ke dalam private folder dalam laptop yang hanya khas buat tatapan family dan bakal suami. *Eh! kbai. :P



Friday, August 2, 2013

Minat vs Bakat




Aku tak pernah ada bakat melukis. Dari kecik lagi, memang ZERO bab art ni. Tapi aku minat art. Seriously minat sangat. Tapi jari-jemari sangat bangku bila masuk bab melukis. 


Dulu time sekolah aku ada dua orang kawan baik yang suka sangat lukis anime. Hebat lukisan diorang, sup sap sup sap, siap dah naruto seketul. Sup sap sup sap lagi, siap dah detective conan seketul. Diorang berdua memang berjiwa anime. Kalau diorang dah start borak pasal anime, aku memang completely diabaikan sebab tak faham apa yang diorang borakkan plus kalau aku mencelah sibuk nak tau, itu akan menyulitkan diorang untuk explain segala mak nenek A to Z pasal anime yang aku memang completely not interested. 


Selain anime, diorang jugak mahir bab-bab lukis pemandangan ni. Selalu jugak diorang masuk pertandingan melukis poster dan sebagainya time sekolah dulu and bila diorang dah menang dan dapat lukisan diorang semula, aku terpaksa tahan rasa cemburu sambil memuji-muji kehebatan mereka (seriously, mereka hebat) T.T dalam hati teringin jugak, tapi nak buat macam mana, tak ada bakat semulajadi. 


Pernah sekali tu, aku tengah duduk sorang-sorang dalam kelas, bukak lah buku conteng-conteng. Dengan bersungguh-sungguhnya nak lah try lukis anime seketul. Sup sap sup sap, padam-padam. Sup sap sup sap, padam-padam. Gitulah, kejap-kejap padam, kejap-kejap padam. Lepas dah banyak kali padam dan overwrite, maka terhasillah masterpiece anime aku yang pertama (tengok masterpiece sendiri sambil tersenyum kengkonon kagum sekejap dengan hasil titik peluh sendiri). Tiba-tiba aku terdengar suara kat belakang aku, "cantik awak lukis" pandang belakang tengok, kawan baik aku tu dok usha lukisan aku sambil menggariskan sedikit senyuman yang aku firasatkan sebagai senyuman sinis T.T Terus kelam-kabut aku padam balik lukisan tu dan berkata "Heheh, tak ada kerja, saja try-try, buruk lah!" cover itu harus. Dan semenjak hari tu, aku tak berani nak lukis apa-apa dah. Malu T.T


Waktu form 3 nak naik form 4, ramai jugak lah kawan-kawan yang dapat masuk aliran sains tapi nak transfer ke aliran akaun. Bila aku tengok diorang dok tukar-tukar ni, aku jadi teringin nak tukar dari aliran sains masuk ke aliran seni & grafik. Tapi biasalah, cikgu-cikgu selalu momok kitorang ni dengan ketidak-cerahan masa depan bagi pelajar-pelajar aliran sastera dan seni grafik ni. Tak banyak peluang lah katanya. Dan aku serta kawan-kawan yang masih mentah ni, hanya turutkan saja kata-kata cikgu yang lebih berpengalaman dan makan garam dulu dari kitorang ni. 


Budak-budak aliran seni grafik ni sangat beruntung, sebabnya diorang ada lab diorang sendiri plus bilik seni yang dah macam bilik diorang je sebabnya diorang je yang guna bilik tu pun. Apa yang aku nampak, cara pembelajaran diorang sangat santai and tak pening-pening macam kitorang budak sains ni. Aku selalu lalu-lalang saja-saja depan lab diorang sebab kat luar lab diorang ada papan kenyataan yang selalu update pasal kerja-kerja seni diorang. Dan macam biasa, aku cuma mampu tengok sambil berasa cemburu dan kagum dengan hasil kerja diorang. Diorang belajar adobe, diorang belajar ukiran, diorang belajar batik, diorang belajar buat shadow guna arang, diorang belajar blablabla..banyak lagi lah.


"Kalau kau minat seni, nanti lepas SPM ko sambung lah architecture. Tak pun sambung course yang berkaitan design-design, for example interior design ke, automotive design ke, fashion design ke?", kata seorang kawan pada aku waktu berkira-kira nak isi form ke IPTA. "Mama aku kata architecture susah, 5 tahun pulak tu. Ada sorang anak kawan dia dok stress memanjang sebab ambik course tu. Plus aku ni tak ada bakat lah wei nak amik course design-design ni." jawab aku. "Bakat ni boleh dipupuk, practice makes perfect. Yang penting minat tu. Ko nak ke habis bertahun-tahun belajar benda yang susah, at last dapat kerja yang ko tak minat?", katanya lagi. "Mama aku pernah cakap jugak, tak semua orang dalam dunia ni dapat apa yang dia nak, kerja yang dia minat. Ini semua rezeki masing-masing." 


"Awak student sains, belajar berkaitan sains dua tahun dah, better masuk universiti nanti ambik course yang berkaitan sains jugak. Bila dah ambik bidang sains ni, kena lah rajin, belajar betul-betul, usaha, bukan tunggu kena suap je. Kalau nak belajar relaks-relaks, pergi apply politeknik atau kolej komuniti." kata cikgu math aku suatu ketika dahulu. Cikgu aku tu selalu galakkan kitorang masuk matriks, sambung bidang sains jugak-jugak. Kadang-kadang tak berapa setuju jugak bila dia cakap apa-apa yang berkaitan selain daripada sains, masa depan akan kurang cerah. 


Akhirnya aku abaikan kata hati, dan terus isi form masuk matriks dan sampai lah sekarang ni kat Unimap. Kadang-kadang, jauh di sudut hati, aku still rasa ragu-ragu, aku dah tersilap buat pilihan ke? Sekarang ni dah separuh perjalanan pun, there's no turning back. Deep down ni my heart, aku cuma teringin nak belajar melukis secara formal. Dengan seorang guru. Sebab aku tau, aku memang tak ada bakat. Tapi aku minat dan sangat teringin :'(