Friday, February 22, 2013

New Semester

Hey-ho





Semester baru sudah pun bermula! Almost 2 weeks dah pun. Baru ada kesempatan untuk update sebab baru berkesempatan untuk men-settle-kan bill broadband yang telah di-barred sebelum ini =,=" heh. 


So yeah, gambar di atas adalah gambar acah-acahan rajin kengkonon pergi menelaah di library, padahal first time datang main library Unimap meski telah bergelar pelajar TAHUN DUA! Shame on me T_T Tapi ok lah kan, better late than never aite? ;) 


Banyak sangat perancangan yang telah di-listkan dalam diary bagi dilaksanakan untuk semester ni, InsyaAllah. Tinggal lagi kesungguhan dan kekuatan untuk istiqamah sahaja yang perlu di-upgradekan dari sehari ke sehari. 


Aku cuba untuk tidak meninggalkan barang sedikit ruang mahupun rompong dalam aktiviti seharian aku bagi mengelakkan fikiran aku melakukan aktiviti kesukaannya suatu ketika dahulu iaitu BERANGAN. Aku harap sangat boleh nyah-kan habit yang satu tu jauh-jauh mulai semester ini! 


Aku rindu kat mama & baby sangat-sangat niiiih T_T 


Well, salah satu azam aku untuk semester ini adalah untuk lebihkan......



Senyum-lah senyum-lah ahai cek mek molek~ =,=" Aku terima banyak aduan yang mengatakan muka aku masam, garang, berkerut senantiasa, tak berseri, dan banyak lagi! Heh. Entahlah, kadang-kadang aku tak sedar pun yang aku tengah buat muka garang time tu, tau-tau kening dah berkerut. Dah sebati dalam diri kot =,="


Ada orang kata aku senyum dalam gambar pun macam tak ikhlas =,=" oh man, aku memang ada masalah sindrom sukar senyum mungkin. Hmm. Akan cuba diatasi semester ini. SENYUM SOKMO NANAD!!! :D


p/s : Ada hutang senyuman dengan seseorang. BHAHAH! Kelakar bila teringat betapa memalukannya seorang aku yang pemalu ini =,=" Nak langsaikan hutang ni sebelum semester ni berakhir. ;) SENYUM!~ 




Thursday, February 14, 2013

F A M I L Y

Hey-ho



Haishh..belum balik Perlis lagi dah mula rindu apa cer ni? Gambar ni waktu Aidilfitri 2012. Nampak tak aku dah buat dua kesilapan dalam gambar ni? 


Satu: Aku terpakai foundation yang teroverdose! Akibatnya aku dah macam anak angkat je dalam gambar ni sebab berkulit abnormal dan tak mewarisi keturunan. 


Dua: Aku pergi edit brightness pula -,- ASDFGHJKL! 





KELUARGAKU ADALAH KEBAHAGIAANKU :')



Tuesday, February 12, 2013

Yang Kedua

Hey-ho


Sebenarnya aku tengah sedih sangat sekarang ni. SANGAT! Rasa macam tak nak tengok dunia luar lagi dah. Ada sedikit rasa putus asa. Putus harapan.  Putus fius bak kata Hlovet. Segala macam putus ada sekarang ni. Tapi dengan kehadiran support dari family, aku cuba, cuba, dan CUBA jugak jugak kuatkan diri aku yang super fragile ni. Aku benci diri aku yang selalu hampakan mama & abah :'( 
Keputusan final exam semester 3 aku hari tu teruk. SANGAT TERUK! Lepas je aku check result aku tu, aku rasa macam tak nampak dah masa depan aku sebagai seorang engineer. Memang tak nampak, sipi pun tak. Aku macam dah fikir nak ikut plan B aku yang selama ni aku rancang. Kalau aku tak dapat jadi engineer, aku akan jadi seorang suri rumah sepenuh masa di samping membuat home tuition kat rumah. Macam Aunty Ani, macam Teacher Rozita, cikgu home tuition aku waktu SPM dulu. Dekat area bandar ni permintaan tuition tinggi kot. Income pun boleh tahan. Janji kena rajin and ada teknik mengajar yang berkesan. Aku dah berangan nak renovate rumah bagai dah. Pfft.


Tapi itu semua hanyalah Plan B. Cita-cita aku cuma nak realisasikan impian mama & abah. Abah teringin nak tengok aku jadi engineer. Course Biomedical Engineering ni pun aku pilih atas permintaan abah. Kalau ikutkan hati, memang aku nak sangat lari dari science stream ni. Tapi aku gagahkan jua demi mama & abah. 


Sekarang ni aku dah dikira separuh perjalanan menuju cita-cita aku tu. Anggaplah aku macam tengah berlari sekarang ni. Tapi aku macam terseliuh sekejap sekarang ni. (okay, analogi aku memang macam ntah pape -,-) Dan macam seorang pelari pecut, bila kaki dah terseliuh, ambik masa yang agak lama untuk tunggu kaki tu sembuh dan kembali berlari. Apa dia perlu buat dalam keadaan sekarang ni? Ya, ubat kaki dia di samping cari punca-punca kesilapan waktu berlari sampai kaki dia terseliuh dan cuba untuk tidak mengulanginya lagi sambil buat latihan untuk kembali belari. 






Adalah sangat membuang masa kalau aku terus bersedih dan merintih dengan penuh penyesalan ke atas benda yang dah berlalu dan memang tak akan boleh diubah barang sedikit pun. So, benda pertama aku buat adalah list kan habit-habit, sikap-sikap, benda-benda dan makhluk-makhluk yang dah berjaya membuat aku tidak berjaya semester lepas dan semester lepas dan semester lepas. 


Benda pertama yang aku rasa sangat-sangat mempengaruhi masa lapang aku dan sangat melaghakan aku adalah social network. Jadi untuk facebook, aku dah private kan semua gambar-gambar aku, delete semua status-status, tak akan LIKE apa-apa link/status/picture siapa-siapa dah lepas ni. Buat macam tak pernah log in! Aku tak nak deactivate, sebab aku rasa ia menyusahkan aku untuk terima apa-apa info penting. So, aku akan biarkan saja ia begitu tanpa diupdate. Log in hanya untuk dapatkan info-info penting dan bukan untuk bersosial di alam maya macam dulu. Instagram pun sudah aku delete semua gambarnya dan safely private. Twitter coming soon!


Aku akan cuba alihkan ketagihan aku terhadap social network kepada menulis blog ni. Tak apa lah, tak kisah pun membebel sorang-sorang, janji dapat tengok and nilai sendiri perkembangan hidup aku. Ya, siapa lagi yang nak tahu pasal perkembangan hidup aku sendiri kalau bukan diri aku sendiri. Lewls. Banyak lagi habit-habit, sikap-sikap, benda-benda dan makhluk-makhluk yang perlu aku list dan cuba overcome tapi cukuplah aku listkan dalam personal diary sahaja hehe. 

Yang Pertama.

Hey-ho

Hari ni 13 February 2013. Ada apa dengan 13 February? Tak ada apa pun. Cuma 18 February aku dah start semester 4. 16 February dah kena balik Perlis semula. Hermsff! Saat-saat yang sangat memeritkan adalah saat berpisah dengan family. Walaupun Perlis dan Shah Alam hanya dipisahkan dengan jarak 503 km (proven by Google maps) but still kena tunggu cuti sem yang panjang untuk balik rumah. Homesick tu adalah satu perasaan yang  sangat menyakitkan tahu?


Ini adalah blog kedua. Blog untuk curhat kot. Blog untuk membebel sorang-sorang. Blog untuk nilai apa-apa pencapaian yang mungkin bakal terjadi tak lama lagi atau untuk nilai kegagalan lagi? Entah. Design blog ni kelakar kan? Maaf, ia di-design ketika mengantuk. So tadaa~ Inilah hasilnya. Yes, kelakar -,-. Lagu pun main rembat 1D hehe. KELAKAR! 


Rasa terharu bila tau ada family (mama,abah,abang,adik) yang ikut perkembangan blog yang pertama sebelum ni. Heh. Malu tahu! Nasib baik diorang jenis senyap je bila dah baca, tak ada suara-suara ejekan sumbang kedengaran. Al-Maklumlah, blog aku tu KELAKAR! Mungkin akan jarang-jarang update blog pertama tu lepas ni. 


p/s : Aku harap tiada student Unimap yang akan jumpa blog ni. Sebab blog ni KELAKAR!